Asam Garam Kehidupan: Hari jumaat oiii..

Nuffnang

Pages

4 Oct 2019

Hari jumaat oiii..

Paling best, paling ditunggu, paling bahagia, wahaha..lebih2 lagi kalo tengah cuti solat. Hehe..tapi hari ni tak cuti solat pun, satgi pukui 9 nak pi surau baca surah al kahfi dengan kawan2 muslimah taman ni. Seronok baca berjamaah ni. Boleh saling tegur menegur kalo ada salah2 dalam bacaan..no heart feeling lah.

Apa yang best sangat kalo hari jumaat pado den sang surirumah entoklaki den tu? Sebab pagi2 rumah dah senyap sunyi. Awat hari lain tak senyap sunyi ka? Eh dak aih, sunyi juga, tapi satgi dalam pukui 11 pagi ada pulak budak2 ngaji datang, kang petang pun ada, kang malam pun ada...ha..cer bayangkan camana sibuk den sekarang nih? Hehe..takdelah sibuk mana pun, cuma terasa ada gangguan2 lah juga bila baru habis solat tetiba.."semekom, ustazahhhh( sila baca dengan lenggok kanak2 ribena)..takdan nak wirid2 sepatah dua cepat2 cabut telekung nak ngadap dorang. Tapi Alhamdulillahla juga, dah bertambah juga anak2 murid ngaji den tu, ada dekat2 40 orang rasanya. Oihhh masyukkk hang na...eh, jangan salah kira2an. Sebenaqnya den caj sorang rm15 je, tu pun ada yang dah 5 bulan tak bayaq.. Bukanlah den berkira bona do, tapi berkiralah juga..masa den ngadap depa, bil elektrik den..ater, takkan tak buka lampu, tak buka kipas kan...tapi tulah nak wat camana? Mungkin makpak dorang fikir, alah takat ajaq ngaji apa susah..ater kenapa korang tak ajaq sendiri anak korang?

Ada ustazah Asma Harun cerita dulu dia ada buka kelas ngaji, caj rm50 satu kepala, ada ustazah ustaz yang digaji untuk ajar ngaji. Tapi ustazah tak dapat bayar gaji yang sepatutnya pada ustazah ustaz yang ajar ngaji tu, dorang terpaksa buat 2 kerja, contoh buka warung, meniaga kat pasar malam sebab nak menampung gaji yang tak cukup tu, sebab apa gaji tak cukup? Sebab makpak ramai yang tak bayar duit ngaji. Jadi lama kelamaan kelas ngaji ustazah Asma terpaksa ditutup sebab ustaz ustazahnya berenti kerja sebab gaji tak cukup nak menampung keperluan hidup.

Orang tua2 kampung atau ustaz dulu2 kat kampung ajar ngaji makpak ni faham, walaupun tak dapat bayaq duit, dorang bagi beras, bagi ikan, bagi sayuq, bagi tepung..jadi ustaz2 yang ajar ngaji tu tak perlu keluar mencari rezeki lain sebab apa yang makpak kasi tu cukup dah menampung hidup dorang. Tapi sekarang ni takkanlah takat nak bayaq rm15, rm20 pun nak berkira? Ilmu yang diajar tu ilmu yang akan dibawa ke akhirat kan, quran yang dibaca tu nanti akan jadi pembela kita di alam kubur sana..

Tapi betul apa yang ustazah Asma Harun cakap, dia kata kalo makpak bayaq ikhlas kita jadi seronok nak ajaq anak dia. Betui tak tipu, den tengok budak tu pun sejuk hati, seronok ajar dia ngaji walaupun dia tak pandai, jenuh nak ajaq bagi betui sebut satu2 huruf tu. Oo..kalo camtu bila makpak tak bayaq tu hang tak seronok la nak ajaq dia? Meh den nak terus terang, memang den ada rasa tak seronok nak ajaq tu, tapi den ajaqlah juga, ajaq bagi betui juga sebab den takut oiii kalo buat sambil lewa sok2 kat akhirat den kono hisab weiiii..eh, sat na, sambung kemudian..nak siap pi surau pulak.

Pukul 10.42.pagi..
Sambung. Den baru sampai kt rumah ni. Banyak laie kojo nak buat, tapi tongah semangat nak cerita ni, kena sambunglah. Kalo benti kang sah2 seminggu dua lagi baru dapat sambung.

Jauh den kona baring kan, entah..saje nak bercerita pasal budak2 ngaji ni. Takdelah ramai yang tak bayaq tu, ramai yang baik..masuk je bulan baru cepat je den dapat sampul duit raya. Yang sebenarnya den tengah kumpul duit sebab nak beli basikal elektrik tu. Anak cakap belilah motor, hamboii cantik mak hang mana nak cekau duit banyak2, lagipun den takdo lesen motor. Ada basikal tu senang sikit kot nak ke kedai ke, ke surau ke, ke rumah kawan2 yang jemput baca yasin ke..kan..nak minta duit toklaki, ermmm takpelah selagi boleh usaha sendiri, den usaha je sendiri..tu salah satu sebab den perlukan bayaran duit ngaji tu. Lagipun hari sabtu petang den buat kelas hafalan surah al kahfi untuk budak2 ngaji tu kat surau, buat ulangkaji solat juga, tak caj apa2 pun. Jadi dengan adanya basikal tu nanti takdelah siksa nak menapak ke surau di panas2 petang pukui 3 tu.

Kalo ikut toklaki den, dia kata kalo ada budak tak bayaq takyahla minta2. Memang den tak minta pun, malu aihh..cuma den harap sangat2 makpak ni faham2 sendiri zaman leni takdo yang free. Plastik kat pasaraya pun kono caj 20 sen.
Bingka ubi kayu dari surau. Sedap dah lama tak makan. Ni kuih zaman dolu2 kan? Arwah mak selalu buat. 
Ni saje nak share. Produk keluaran Ikhwan GISB holding ada macam2, kilang coklat pun ada..sempena kempen BMF#ni kan, nak dapatkan boleh pergi ke Rawang, di sg Buloh dah ada pasaraya Ikhwan. In shaa Allah tak lama lagi dibuka satu lagi pasaraya di Putrajaya.


8 comments:

  1. Ramai juga anak murid mengaji Azi ya.Mesti meriah rumah bila budak2 ni datang.Tak patut lah makpak dorang ada yang tak bayar ..musatahil tak mampu kalau setakat 15 20 rm je tu.Kalau zaman dulu ada yang beri minyak tanah sebagai upah maklum lah dulu kan pakai pelita.
    Semoga tercapai impian Azi nak beli basikal letrik tu...Insyaallah untuk kebaikan Allah pasti makbul kan.
    Bertuah kat tpt Azi ada pasaraya Ikhwan.Akak duk felda ni memang lah semua kedai muslim tapi barangannya banyak non mualim pu ya.Kalau betul2 nak BMF kami kena keluar...ke Mydin misalnya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kak..pahala berpanjangan tu bila ajar budak2 ngaji. tapi tulah kadang bab2 ngaji ni ada plak mak bapak yg berkira..klu tusyen akademik sanggup plak keluarkan duit berapa pun..huhu..moga saling memahami lah hendaknya.. hargai lah tenaga pengajar ilmu2 agama ni..

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH MAMPU MENGAJAR ILMU YG KEKAL BERPANJANGAN PAHALANYA

    ReplyDelete
  4. Dulu2 masa kecik2 kalau malam jumaat paling suka sebab dapat cuti ngaji.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya Ada geng mengaji bersama.

    ReplyDelete
  6. ramai tu yang akak ajar mengaji, semua serentak ke tu kak? saya ajar 10 orang je, tapi takut betul nak ajar budak2 mengaji ni sebab takut dorang tak dapat aa yang diajar, ajar pulak budak2 5-10tahun kesabaran kena tinggi nih sebab banyak datang nak main huuhuhu.. share la kak cara2 akak ajar budak2 mengaji nanti.

    Harap2 ibubapa yang belum bayar tu dapatlah bayar dalam waktu terdekat ni pada akak dan moga hasrat nak beli basikal tu tercapai ye kak. saya pun suami ada cakap kalau orang tak bayar pun tak pe..nama nak minta tu memang tidaklah kan

    ReplyDelete
  7. Jika dekat, mau rasanya hantar Alya mengaji..

    RM15 murah bebenor, jika lebih sikitpun saya tak ralat. Ilmu tu penting..

    ReplyDelete
  8. Besar ganjaran ajar mengaji ni.. pahala berterusan

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign