Asam Garam Kehidupan: Mt first terrarium (la sangat๐Ÿ˜๐Ÿ˜)

Nuffnang

Pages

30 Jun 2020

Mt first terrarium (la sangat๐Ÿ˜๐Ÿ˜)

Antara yang menjadi minat den ialah menanam bunga..dan yang teringin sangat2 nak buat, sampai kadang rasa naik sengal dalam hati bila tengok betapalah kreatifnya mereka2 yang minat menanam ni..ada yang buat pasu dari bekas minyak masak, dari botol coke, dari batang kayu mati...adoiii...dalam hati tu terlonjak2 nak buat itu, nak buat ini..
Tapi masalahnya...bukan malas eh, tapi tak cukup peralatan. Nak buat tu kena ada antaranya glue gun lah, tali jut lah, cat minyak, batu2, cengkerang2..itulah, inilah...macam2lah haihhhh...

Satu lagi nak buat semua tu kena ada daya kreatif yang tinggi. Bayangkan dari botol minyak masak dia boleh buat pasu bertingkek2, boleh jadi bakul untuk letak pasu, dari fan grill boleh jadi macam ni..
Pendek kata mengucap panjang lah sebab ada 2,3 fan grill macam kat atas tu ensomi kita dah buang. Dulu masa bujang2 otak ni boleh tahan kreatifnya. Tapi seiring ๐Ÿ˜œ meningkatnya umur ditambah dengan sibuknya dengan macam2 hal, kekretipan tu beransur sirna, huhu..

Satu lagi, nak buat benda2 di atas tu sangatlah memerlukan masa. Nak membuatnya, nak menjaganya pulak lepas tu. Tak, ini bukan alasan tau. Tapi kalau yang betul2 minat dan berbakat memang boleh buat duit dengan benda ni. Jual indoor plant, bisnes terrarium..uishhh, kalau betul2 boleh buat dengan proper, dengan cukup bahan..rasanya in shaa Allah boleh menjadi.
Tengok ni, comeynya rumah dia, bergantungan pokok2 hijau. Segar dan sejuk mata memandang. Dia guna bahan2 terbuang je.
Jadi disebabkan hati ni rasa macam nak pecah oleh keterujaan, den pun cubalah buat satu terrarium. Alaaa..janganlah gelakkan terrarium den ni, memanglah tak cantik, tapi at least den dah cuba, hehe.
Bahan2 yang digunakan pun den kutip2 jer.

Gelas berkaki.
Arang untuk serap lebihan air.
Batu2 kecil.
Tanah.
Pokok2 kecil.
Lumut.

Dah ada semua tu, kat bahagian bawah sekali letak arang, pastu batu2 kecil, lepas tu lapisan tanah. Dah siap bolehlah tanam pokok2 kecil yang boleh dikutip2 di tepi2 rumah tu.
Tapi nanti den nak beli succulent pulak. Nak buat terrarium dengan succulent  pulak. In shaa Allah.
Sape ada minat macam saya, angkat tangan๐Ÿ™‹‍♀๐Ÿ™‹‍♀


8 comments:

  1. Mak saya kumpul botol-botol mineral buat gantung pokok menjalar.

    ReplyDelete
  2. cantik..guna gelas berkaki..

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalau tanam pokok, dia hidup, saya tangan panas, fail bab2 pokok :(

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Mudah2an menjadi

    ReplyDelete
  5. Cantik! Cantik! PH pun berminat :)

    ReplyDelete
  6. Lawa dah tu kak ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  7. lepas baca ni terus google terrarium. Oooooo...barulah tahu terrarium tu apa. Hehe

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign