Asam Garam Kehidupan: Kita dok tang mana??

Nuffnang

Pages

23 Jul 2014

Kita dok tang mana??

Situasi yang biasa..

Cik Yah: Alamak, alamak..apa lagi yang tak siap nih, shopping baju raya..dah, eh! alamak ..baju raya baru ada 3 pasang, tak cukup, kuih raya..hmmm, jap, jap..1,2,3, 4, 5...10, ..15 balang, cukup tak? tak cukup rasanya, kena tambah oder nih, langsir, sofa, TV LCD model terbaru, bang, bang..mana abang ni..jom bang..gi Court Mammoth..ada lagi barang nak kena beli ni..

En. Seman: Apa lagi cik Yah oii..cukup-cukuplah tu, apa lagi yang awak nak cari, kering-kontanglah poket saya bulan ni..

Cik Yah: Ala bang, raya bukannya selalu, setahun sekali je kan, lagi pun kalau kengkawan abang datang tak la abang malu, mesti diorang kagum tengok betapa pandainya isteri abang ni hias rumah..

En. Seman: Hmmm, yelah..yang awak ni beria beno buat persiapan raya, puasa awak camane? Ada meningkat diri awak tu? Ada bertambah sedekah awak? Ada bertambah baca Quran awak? Yang saya tengok awak ni masih lagi jadi ajk mesyuarat tingkap...

Cik Yah: Eh! ke situ plak, cari alasan nak ngelak le tu, yang abang tu..terawih pegi seminggu sekali, tengah malam dok layan bola, kalau cuti lepas subuh tidur, lepas zohor tidur, lepas asar keluar dengan motor besar abang tu, saya tak bising pun..

En. Seman: ..Garu kepala yang dah separuh botak...

Situasi luar biasa.

Cik Maimunah: Abang, Nah rasa la kan, puasa tahun ni Nah tak dapat apa-apa la, rasa macam dok tang tu jugak, nak bersedekah tak mampu, mengaji pun takat baca je la, tak faham pun, terawih pun Nah buat kat rumah je...

En. Ismail: Abang pun rasa macam tu, tak meningkat pun rasa hamba, abang rasa abang masih pemarah kat budak-budak kilang tu, nak sound abang sound je, tak kira la perasaan diorang terkucil ke, tergeliat ke, aishh..apa nak jadi dengan abang ni..

Cik Maimunah: Habis, apa kita nak buat ni bang, bulan puasa pun lagi 2, 3 hari nak habis dah..

En. Ismail: Macam ni la, malam ni jom kita buat ihyaa'ul Lail, mana tau kita direzekikan dapat Lailatul Qadr..

Cik Maimunah: Ha elok tu bang, Nah setuju sesangat, jom kita kejut anak-anak, pakat ngaji, abang bagi tazkirah, kita selawat sesama, mudah-mudahan ada nilai di sisi Allah..


Ihsan google

6 comments:

  1. saya manusia biasa..excited nak raya, tapi still rasa amalan Ramadhan tak seberapa..huhu

    ReplyDelete
  2. akak pun camtu, nak raya tu seronoknya sbb nak balik kampung, pastu tumpang seronok tengok anak-anak seronok.

    ReplyDelete
  3. Jadikan renungan bersama-sama.
    Moga setiap perlakuan kita tidak mengurangkan atau menjejaskan ibadah kita.
    Nak jumpa lagi entah dapat lagi entahkan tidak..
    Allah.... betul-betul terasa kerdilnya diri kakak ni Azie.

    ReplyDelete
  4. In shaa Allah..moga Allah rezekikan kita berjumpa ramadan tahun depan ut kita buat perubahan dan peningkatan kpd yang lebih baik sesuai dgn bertambahnya umur kita,

    ReplyDelete
  5. Moga dibukakan pintu hati untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelum ni.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign