Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

9 Aug 2014

Kasihani anak-anak kita...

Apabila anak sulung saya menyuarakan kesedihannya kerana saya tidak membelikan beliau smartphone dan tidak membenarkan beliau menggunakan duit simpanannya bagi membeli sendiri, dengan alasan susah berhubung dan berbincang dengan rakan-rakan sebab semua menggunakan Whatsapp, saya kira beliau juga sudah cukup bersedia untuk saya jelaskan sebabnya.
Pada pandangan saya, ibu bapa yang memberi anak-anak smartphone pada usia 12 tahun, dengan kemudahan data, mereka telah mengambil langkah yang sangat salah.
Saya tanya anak saya tadi, “Yop rasa, kawan-kawan Yop, jika dalam telefon mereka keluar video perempuan telanjang, gambar lelaki perempuan telanjang, rasanya kawan-kawan Yop akan delete dan elak tengok, atau bagaimana?”
Anak saya tak boleh jawab.
Dan saya tanya lagi, jika dia sendiri adakah jiwanya cukup kuat untuk mengelak bahan lucah, judi atas talian, game atas talian, beliau menggelengkan kepala.
“Kalau Yop terjebak dengan benda-benda ni, Abi tak mampu tolong Yop sampai bila-bila. Yop akan berdosa setiap hari sampai dewasa, sampai mati. Abi tak nak Yop fikir Abi ni kolot, mengongkong, kedekut, I do this simply because I love you and I want to protect you”
Saya tidak berani mengaku yang saya ini techno savvy.  Tetapi saya tidak buta teknologi. Saya mengendalikan website era pra blog semenjak 1997, menggunakan Palm VI seawal 1998 hingga ke era Samsung Galaxy S4 pada tahun 2013 dan iPad Air pada tahun 2014. Saya sentiasa mengikuti perkembangan ICT biar pun hanya bertaraf pengguna. Saya sentiasa pastikan diri saya pengguna celik. Bukan guna tetapi tidak sedar akan implikasi penggunaannya kepada fizikal, kognitif, emosi, sosial dan keberagamaan anak-anak kita. Saya berkongsi pesanan ini bukanlah sebagai ustaz cabuk pengguna telefon cap ayam.
Cukuplah dengan keterlanjuran kita membuka akaun Facebook untuk anak-anak sekolah rendah dengan menipu Zuckerberg akan tarikh lahir mereka. Ada sebab kanak-kanak di bawah usia 13 tahun dianggap belum wajar mempunyai akaun Facebook. Tetapi dengan memberi smartphone bersama peruntukan data, ibu bapa sesungguhnya menghantar anak-anak ke gigi NERAKA.
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu, dan ahli keluargamu daripada Neraka. Ia dikawal oleh para Malaikat yang amat ganas dan keras, malah tidak sama sekali mengingkari Allah berkenaan apa yang diperintahkan ke atas mereka melakukannya” [al-Tahrim 66: 6]
Ibu bapa yang mencucuh putung rokok ke tubuh anak dan seterika anak dengan seterika panas, kita kata mereka berhati binatang dan kejam. Tidak kejamkah ibu bapa yang memudahkan jalan anaknya dibakar api Neraka? Mendedahkan anak kepada ketagihan pornografi, games, kebusukan bahasa dan kecelaan akhlaq? Keselamatan, penjenayah siber, pedophile ?
Jangan over confident wahai daddy and mommy. Seriously, have a mercy upon your kids but saving them from the Hellfire.
image
Harap penjelasan sambil makan sushi tadi membantu dan beliau boleh terima.
Di dalam catatan ini saya mahu menekankan tentang peer pressure. Jika ibu bapa faham sekali pun, anak-anak belum tentu faham. Mereka perlu difahamkan. Kepada ibu bapa yang sangat baik hati bagi anak umur 12 tahun smartphone sendiri, tolonglah fikir balik.
Baca buku Technopoly oleh Neil Postman.
Seriously!

http://abah.my/wp-content/uploads/2014/07/image.jpg

seorang kawan wasapkan entri ni kepada saya, bila saya dengan rasa susah hati yang teramat sangat mengadukan hal anak lelaki saya yang kedua..yang sangat-sangat obses dengan smartphone sekarang ni, tapi suami saya berkeras taknak belikan...
kalau ikutkan rasa kasihan saya sebagai seorang ibu memang saya usaha nak belikan, tapi memang ada sangat betulnya artikel di atas tu kan, saya tak dapat jamin anak saya tak terjebak dengan benda negatif tambahan pula dengan umurnya baru 15 tahun, sedang seronok dan lagha dengan benda-benda camtu....

8 Aug 2014

Ada harinya kita pasti menangis

Ketika Saiyiduna Nabi saw melalui sebuah kawasan dengan para sahabat kelihatanlah sekumpulan manusia sedang berkumpul. Lalu Saiyiduna Nabi saw merapati mereka lantas bertanya, apakah yang sedang dilakukan. Jawapannya ialah mereka sedang menggali kubur untuk si mati. Saiyiduna Nabi saw pun mendekatkan diri sambil melutut di tempat kubur itu digali. Ternyata Baginda mula menangis. Pesan yg terbit daripada mulut Baginda saw adalah: Wahai saudara-saudaraku, untuk perkara ini, buatlah persiapan! (Riwayat Al-Bukhari)

Saiyidina Abu Bakar r.a seperti yg diriwayatkan oleh al-Bukhari  dan Muslim amat kuat menangis, hinggakan dlm solat apabila beliau menjadi imam, amat payah baginya meneruskan bacaan. Seorang yang dekat dengan Rasulullah saw seperti beliau amat memahami tuntutan ayat dan maksud di sebaliknya. Oleh itu beliau menjadi amat takut apabila membaca ayat-ayat tentang amaran daripada Allah dan peringatanNya. 

Demikian pula Saiyidina Umar al-Faruq r.a, apabila beliau menjadi imam lalu sampai pada ayat ke 86 surah Yusuf yang bermaksud: (Nabi Yaakub) menjawab: “Sesungguhnya aku hanya mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya", beliau menangis hinggakan suaranya didengari oleh makmum pada saf yg terakhir. (Jangan pula kita sangka saf mereka pendek macam saf solat kita pada hari ni!)

Saiyiduna Usman bin Affan juga terkemuka dengan tabiat kuat menangis. Sebagai contohnya apabila berada di perkuburan beliau akan menangis hinggakan basah janggutnya seraya berkata yang bermaksud: “RasululLah saw bersabda yg bermaksud, Kubur adalah tempat persinggahan yang pertama daripada kehidupan akhirat, jika seseorang selamat di situ maka apa yang sesudahnya mudah baginya, sebaliknya jika di situ dia sudah tidak selamat, selepasnya akan menjadi lebih payah baginya (Riwayat Al-Tirmizi) 

Saiyiduna Abdurrahman b Auf, sahabat yang terkemuka sebagai hartawan yang unggul pernah dihidangkan untuknya makanan. Tidak semena-mena beliau menangis. Apabila ditanyakan kepadanya sebab tangisan itu, jawapan beliau adalah aku teringat akan sahabat kita Mus’ab bin Umair yang telah mati sebelum kita sebagai syahid. Dia ternyata lebih baik daripadaku. Walaupun demikian apabila dia terkorban dalam perang Uhud itu tiada kain kapan yang cukup untuk menutupinya. Apabila ditutup kepalanya kedua kakinya akan terdedah dan apabila ditutupi kakinya wajahnya akan terdedah…Aku bimbang segala nikmat dunia yang dianugerahkan ini merupakan suatu yang telah disegerakan oleh Allah untuk dunia kita…dan di akhirat kelak, kita tidak akan memperolehi lagi nikmat2 …Lalu semua yang hadir menangis bersama2 dengannya. (Riwayat Muslim)
 
Tangisan adalah disebabkan rasa bersalah dalam diri kerana dosa atau rasa takutkan Allah dengan sebenar-benar takut. Seseorang yang berdepan dengan harimau yang ganas pastilah secara otomatik akan gementar, akan pucat lesi mukanya, akan takut yang amat sangat. Jika harimau berada di depan mata kita, tanpa sempat befikir, ketakutan dan gementar akan spontan menguasai diri kita. Kita jadi kaku tidak mampu bergerak. Untuk bersuara meminta tolong juga tidak berupaya. 

Akan sampai harinya, kita akan menangis dan meraung mengenangkan nasib diri kita yang belum selamat dan cemas. Siapa pun yang tidak menangis di dunia pastilah akan merasai satu hari dia pasti menangis. Itulah keadaan hamba yang sedang dihadapkan dengan kematian. Sedikit demi sedikit nyawa yang ditarik dari seluruh juzuk tubuh adalah kesakitan yang tidak tergambarkan. Memang tidak termampu kita menanggungnya! ya Allah!!

Tidak ada yang dirasai di celah kesakitan itu melainkan tangisan merayu dan meminta Allah panjangkan umur. Meminta Allah memberi sedikit lagi peluang untuk bertaubat dan beramal dengan kebaikan sepenuhnya... Itulah hari kematian kita yang akan mempertemukan kita dengan Malaikat Izrael sipencabut nyawa kita. Kita akan melihatnya dengan gerun yang dahsyat. 

Tangisan adalah budaya hidup orang-orang soleh. Hati yang takut dengan Allah itulah pendorong mereka selalu menangis. Hati mereka sentiasa bercakap-cakap dan bersembang dengan Allah. Luahan hati itulah yang menyedihkan hati mereka. Kemesraan dengan Allah menjadikan timbul rasa bersalah, rasa tidak bersyukur, rasa melupakan Allah, rasa hebatnya diri sehingga Allah tidak ada di dalam hati. Itulah yang dikesalkan dan ditangiskan.

Hati yang tidak menangis terhadap kelemahan diri merupakan satu tanda penyakit hati sudah menimpa kita…bimbangilah jika hati kita menjadi hati yang mati yang tidak lagi mempunyai sebarang perasaan kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Latihlah menangis kerana akan ada harinya kita pasti menangis!
http://suaramuhajirin313.blogspot.com/

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign