Asam Garam Kehidupan: Sambal kepala keli eh..keli kepala ikan sambal eh..apa2 jelah..

Nuffnang

Pages

3 Aug 2020

Sambal kepala keli eh..keli kepala ikan sambal eh..apa2 jelah..

"Ibu nak buang ke kepala dia tu?" Merujuk kepala ikan keli yang tergolek2 dalam sinki.

"Yelah, buat bazir minyak je goreng, bukan boleh makan." jawab si mak yang tak berapa pandai ni.

"Bolehla, tu yang kat pipi2 dia tu sedap.." sambil menunjuk ke bahagian yang dimaksudkan.

"Ko nak makan ke..?" tanya si mak dengan harapan anaknya jawab tak nak.

" Nakla.." maka si mak pun mengutip semula kepala2 keli yang nak dibuang,dicuci bersih,rendam dengan asam limau kasturi, dah bersih tabur dengan garam kunyit dan digoreng.
Maka terciptalah resepi sambal kepala keli goreng..haha..

si mak memang tak makan ikan keli dari dulu2, takat cubit2 manja gitu adalah..entahla tengok kepala dia tukan lain maciam sikit kan..
So bahan2 untuk resepi ni simple jer.
Bawang kecik 5 ulas.
Bawang putih 3 ulas.
Cili api akar 15 biji (nak pedas lebihkan cili lagi)
Semua bahan ni ditumbuk2 kasar. Pastu tumis sampai wangi. Pastu tuang kicap dalam beberapa sudu. Tutup api pastu last perahkan limau kasturi dan masukkanlah kepala ikan keli goreng tadi. Siap.

Pipi si mak dah melecur terpercik minyak goreng ikan keli. Aduiii...habis pipi den, nasib cepat sapu ubat gigi..
Tulah namanya si mak yang tak reti masak ikan keli..tapi disebabkan anak2 dan suami nak makan, digagahkan juga memasaknya.
Tapi ikan keli yang ni bagus, kurang sangat meletup2nya bandingkan pernah sekali beli yang kat pasar. Pastu tak berlendir dan tak hanyir sangat. Nak tau beli kat mana? Tunggu di next episodelah yea😉😉😉.

24 comments:

  1. Bahagian badannya mana kak? Haha...

    ReplyDelete
  2. Bhgian badannya dah siap simpan, tu kepala ingat nak buangkan aje, rupanya boleh dimakan..hihi

    ReplyDelete
  3. Sambal keli feveret anak2 saudara...selalu buang bhg kepala...nmpknya boleh dimkn jg..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah nohas, kalo anak tak tegur, harus dah kena buang je kepala tu.

      Delete
  4. Anak2 suka tapi saya, bercintan cintun nak masak, maklumlah bila tak gemar, pelbagai alasan di beri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama UA, bercinta nak masak dgn meletup2nya kan, tapi dah ensomi beli dan anak2 pun suka, kenalah masak juga..

      Delete
  5. Hehe dahulu masa kecil pun tidak makan ikan keli sebab tengok kepala pelik. Sekarang makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk smp sekarang tak makan Na..walaupun anak2 kata sedap.

      Delete
  6. alamak sakitnya kak kena minyak, sapu bio oil kak, sebulan hilang parut hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah takde parut syaz, sbb akk cepat2 sapu ubat gigi tu..mujarab dgn izin Allah.

      Delete
  7. SEDAPNYA SAMBAL IKAN KELI

    ReplyDelete
  8. sedapnye sambal ijau..salam kenal.done follow sini.

    ReplyDelete

  9. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete
  10. Bab menggoreng tu yang kak laili fail 😅

    ReplyDelete
  11. Wah ini bisa jadi ide untuk dimasak juga kepala ikan lele yang selama ini tak pernah kami masak..
    Terimakasih, kak

    ReplyDelete
  12. Keli sedap.. sy makan siap korek2 isi kat kepala dia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah tak tau jadi nak buang aje😀

      Delete
  13. Akk walaupun dah potong2 bahagian badan tu tetap tak makan Diana..tak ajar dari kecik kan..

    ReplyDelete
  14. Takut den tengok mah..
    Macam kepala ular dah 😂

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign