 |
| Kaum wanita..berhati-hatilah.. |
Nabi SAW bersabda: " Siapa saja seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian keluar lalu melewati sesuatu kaum, dengan tujuan agar dapat mencium bau harumnya, maka ia berdosa seperti dosa berzina dan setiap mata yang memandangnya juga berdosa seperti dosa berzina."
Nabi SAW bersabda: " Aku pernah melihat di dalam syurga lalu aku melihat yang terbanyak ahli syurga ialah orang fakir dan aku juga melihat di dalam neraka lalu melihat yang terbanyak ahli neraka ialah kaum waniata. Demikain itu kerana kurang baktinya kepada Allah dan kepada suami mereka serta kebanyakan mereka
menghias diri seindah-indahnya ( berlebihan bila hendak keluar rumah )
Ramai kita tahu perkara ni, tapi ambil mudah. Tak nafikan, kita ni kaum wanita memang suka wangi-wangian, sanggup simpan duit nak beli perfume idaman jenama terkenal, spray kasi wangi masa nak pi kerja....awasss, ingat hadis nabi kat atas tu yek.
Satu lagi..nak pi kerja punyalah wangi, cantik, mengancam, terancam, macam-macam...tapi bila kat rumah, Masya Allah..kelawar, kelawar dan kelawar je, dan kelawar itulah juga..hi hi..saya memang suka pakai baju kelawar, senang, ringkas, sarung terus masuk, kalau tersarung depan ke belakang keluar tangan dari lengan baju pusingkan leher baju ke depan je..memang mudah, nasib baik tak kena tegur lagi setakat nih, tapi tak taula dalam hati dia camane..tapi ada la juga baju lain, bila pakai anak tegur, " EE, ibu pakai baju seksi." Saya kata..ibu panasla, mana ada pakai baju seksi..Hrmmm..pantang nampak ibu pakai lain sikit.
Moga ada manfaatnya..nak pi masak plak nih.