Assalam..rasa nak tulis susulan kisah mencari suami la plak, hi hi. Ok..taknak baca? Eshh..bacalah, mana tau kot ada terselit petua ke, panduan ke..
Nak pecah satu rahsia. Saya ni bekas ahli jemaah Arqam yang kontroversi dan diharamkan tahun 1994 dulu. Dan sekarang jemaah saya ni bergerak atas nama Global Ikhwan Sdn.Bhd, dah masuk era global, makin jauh dan berkembang melangkah ke luar negara, London, Australia, Jordan dan banyak lagi tempat beroperasi atas nama perniagaan Islam, dan in shaa Allah sangat diterima masyarakat luar dan dalam negara ekoran dari ikrar taubat proses pemulihan akidah oleh seluruh ahlinya.
Saya bukan nak cerita pasal perkembangan jemaah ni. Saya nak ceritakan bagaimana beruntung dan bertuahnya anak dara dalam jemaah ni, tak perlu pening-pening kepala nak bercinta bagai, cari kapel sana-sini, last-last tak jadi. Anak-anak dara kami bila dah cukup umur dan kematangannya, ada yang seawal 18 tahun pun dah dijodohkan. Dijodohkan? Ya..dicarikan jodoh oleh orang yang dipertanggungjawabkan, kalau kat masyarakat luar, bolehla dikatakan biro cari jodoh kot..
Awal sangat dah dikahwinkan, tak belajar ke? Mungkin soalan ni yang berlegar dalam kepala korang. Tu yang saya katakan tadi, kalau mereka dah cukup matang, dah boleh dipertanggungjawabkan, mereka akan segera dicarikan jodoh yang sesuai. Proses belajar pula tak pernah habis, akan sentiasa ada kelas fardhu ain, kelas kemahiran yang dibuat dalam jemaah yang wajib mereka hadiri dari semasa ke semasa, so tak timbul soal tak belajar. Mereka tetap belajar walaupun telah beranak-pinak.
Dah ahli jemaah, mereka bekerja untuk jemaah, ada yang jadi guru, ada yang jadi warden asrama, ada yang jaga kedai bakeri, ada yang bekerja di hospital jemaah, ye..ada hospital. Tak caya gi tengok kat Bandar Contry Home, Rawang, model masyarakat Islam cukup lengkap di sana. Jadi segala urusan perkahwinan mereka dari merisik, meminang, hantaran dan segala yang berkaitan dengan perkahwinan akan diuruskan oleh jemaah. Tu yang saya kata bertuahnya mereka. Takde duit banyak pun mereka boleh kawen tanpa nak pening-pening fikir itu tak cukup, ini tak ada.
Proses kawen mereka pun sangat berlandaskan syariat. Kenduri tetap diadakan, kadang-kadang sangat meriah kerana majlis kawen beramai-ramai, tujuh, lapan pasang sekali kenduri, bayangkan betapa meriahnya. Ada yang kawen single, ada gak yang poligami. Haaa..sekali lagi terkezut korang kan bila dengar poligami. Ye..poligami sangat diterima dalam jemaah kami, diorang tak hairan pun kawen poligami, poligami dah tak jadi kudis pada mereka.
Saya pun melalui proses ni. Cuma saya kawen dulu masa tu jemaah baru diharamkan, jadi kami masa tu agak terumbang ambing, Tapi Alhamdulillah..tetaplah ada yang mengambil tahu. Saya tak bercinta. Kenal bakal suami ( my larling sekarang ni ) melalui gambar je, dia pun kenal saya melalui gambar, Masa tu saya dah agak berumur, dah 24 tahun, kawan-kawan lain semua dah kawen, saya je lambat sebab saya sedikit memilih, bertunang setahun, kami pun kawen. Dan Alhamdulillah, kami kekal bahagia hingga kini, bercinta lepas kawen la kami, sampai sekarang pun masih bercinta, hi hi..
Kalau ditakdirkan poligami? Oh..
15 Mar 2015
14 Mar 2015
Mencari suami...?
Cari Suami Cara Siti Khadijah
Nota Editor : Catatan ini asalnya diterbitkan di FB Wall Yazid Zul, seorang pensyarah UIA yang banyak berkongsi kisah teladan dan pandangan di wall beliau. Yazid Zul juga seorang yang suka mengembara.
Cara mengurat yang betul
The best and most beautiful things cannot be touched or seen. You must feel it in your heart instead.
Emak kepada orang beriman, isteri kesayangan Rasullullah s.a.w telah mengajar kaedah mengurat lelaki yang betul. Ada ikutan dalam sejarah dan kisah cinta Rasullullah s.a.w dan isterinya Khadijah iaitu ibu kepada golongan mukmin.
Pertama sekali, umur hanyalah angka.
Khadijah 15 tahun lebih tua dari Rasullullah s.a.w. Tapi itu tidak menjadi halangan kepada perkahwinan yang bahagia. Selama perkahwinan dengan Khadijah, Rasullullah s.a.w tak berkahwin dengan sesiapa yang lain.
Kedua, Khadijah tak couple dengan Rasullullah s.a.w. Guna orang tengah.
Khadijah ni sebelum berkahwin merupakan boss atau majikan kepada Rasullullah s.a.w. Zaman tu pun Islam belum diturunkan dan Rasullullah pun belum dilantik menjadi Rasul.
Zaman tu pun zaman masyarakat jahiliah. Pergaulan bebas memang budaya zaman tu. Di sebalik semua itu, Khadijah tidak pun ber couple atau ber dating-dating dengan Rasullullah. Sebaliknya, Khadijah menghantar pekerjanya untuk berjalan dan travel bersama Rasullullah untuk menyiasat akhlak dan perangainya.
Ada manis dalam kaedah tu. Memang kalau nak kenal hati budi orang, travel sekali merupakan cara terbaik. Justeru, paling terbaik kalau kita tanya orang yang pernah travel dengan orang tu. Barulah kita tau akhlak dia. Jujurkah dia. Sopankah dia. Pervert kah dia. Pemalukah dia. Caring kah dia.
Di samping itu, khadijah sentiasa mempamerkan akhlak yang baik. Seorang yang sopan. Seorang dermawan. Seorang yang terkenal dengan perangai sopan-santun. Seorang yang penyayang. Akhlak yang mulia itu suatu tarikan yang sangat kuat untuk laki-laki yang baik. Tak perlu seksi atau gedik manja.
Teori ber couple manja dulu untuk kenal hati budi ni berlandaskan satu hipotesis yang salah. Kalau couple 8 tahun, selama 8 tahun tu penuh kepura-puraan. Laki yang gemuk pun akan tahan nafas dan cover perut buncit dia depan makwe dia. Perempuan yang pemalas kemas rumah dan tak reti masak pun akan berlakon macam suka memasak dan seorang yang tidy. Iklan semua tu.
Ketiga, direct to the point.
Khadijah dah berkenan kat Rasullullah, hantar orang tengah untuk tanyakan kalau-kalau berminat. Rasullullah pun terus mengaku berminat dan kawin terus. Kan senang gitu. Takyah drama-drama lama-lama.
Kalau kita tak kahwin tapi ber couple manja lama-lama, ini akan membuka ruang maksiat dan zina. Kalau endingnya kawin pun, alangkah buruknya sesuatu perkahwinan itu dimulai dengan romen zina.
Belajarlah dari ibu orang-orang beriman. Buatlah dengan kaedah yang betul.
