Sedih. Marah. Itu yang dapat saya katakan. Perasaan seorang ibu. Saya rasa anak saya teraniaya. Sewenang-wenangnya orang nak kenakan dia. Janji lain, beri lain.
Anak saya Muhammad Danish tu sementara menunggu keputusan SPM memang berhasrat sangat nak ambil lesen kereta. Nak harap abah support, nampaknya mustahil. Kami bukanlah tergolong makpak duit berkepuk, ada cukup-cukup makan, menabung sikit untuk hari depan diorang juga, dia faham...Alhamdulillah.. Jadi dia nak usaha sendiri. Dapatlah kerja sementara.
Janji gajinya rm900. Bulan pertama tu dia start kerja dah pertengahan bulan, jadi bila dapat gaji dalam rm300 lebih, saya taklah kisah pun. Faham, kerja sikit hari gaji pun sikitlah kan.
Tapi saya dah rasa pelik dari awal. Dari awal kerja takde cuti. Annual leave maksud saya. Setahu saya walaupun belum confirm, seorang pekerja pun ada hak annual leave. Ke saya salah????. Ni bila nak cuti kena tolak gaji??? Betul ke macam tu???
Dia boleh cuti hari ahad je. Hari sabtu pun kerja full day, 8 to 5.
Nak jadi cerita minggu lepas abah takde. Pegi Kedah hari rabu. Petang rabu tu dia balik jalan kaki. Tengah jalan kena kejar dengan sekumpulan anjing. Ya Allah berderau darah saya. Alhamdulillah, tengah kalut dia nak selamatkan diri, banyak kereta dan motor berhenti. Syukur sangat.
Haah, kami takde kenderaan lain, hanya sebuah kereta. Kalau abah takde, kami memang patah kaki. Nak beli lagi satu, walaupun kereta kecil, tak mampu rasanya. Banyak komitmen, anak-anak nak sambung belajar, semua tu bukan sikit belanjanya.
Jadi keesokan hari tu, hari khamis dan jumaat dia ambik cuti. Saya pun rasa keberatan nak suruh dia pegi dan balik kerja jalan kaki. Bimbang saya kena kejar dengan anjing lagi. Ada satu hari, hari sabtu pun dia amik cuti sebab kami nak ziarah ada saudara meninggal. Kira dah 3 hari cuti.
Tapi baru ni sempena CNY, hari isnin 30/1/2017 tu kan kira public holiday. Rupanya hari tu dia kena kerja, tapi dia ingatkan cuti. So dengan tak sengaja dia tercuti lagi. Jadi 4 hari cuti.
Saya nak tanya korang, kalau public holiday tu sepatutnya cuti, bolehke tolak gaji kalau tak pegi kerja?? Kalau pergi kerja pun kena bagi double atau triple pay kan?
Ok, fine. Tolak gaji, 4 hari. Sehari rm30, dah tolak 4 hari rm120, sepatutnya gaji dia rm780 kan. Tapi bila dapat gaji bosnya bagi rm655 saja dengan alasan dia banyak sangat ambik cuti. Eh! Sape yang sawan nih?? Dah tolak gaji 4 hari kan, habis tolak apa lagi tuh?? Tak ke aniaya orang tu. Tak takut dosa ke, ke tak faham?? Kita islam sesama islam, melayu sesama melayu, kenapa buat macam tu??
Memang sebagai ibu, saya terkilan sangat. Saya rasa macam nak buat report kat tribunal tuntutan pengguna. Atau nak tepon bos tu sound kaw2 punya. Eh!! Saya emosianal sangat kan. Pada pendapat korang la apa patut saya buat. Dah report kat abah, nampaknya abah cool je. Takde pun nak melenting macam saya sorang mak nih??
Cadangnya nak cari kerja lain. Belikan basikal. Biar senang sikit dia nak pergi dan balik kerja.
