Satu perkongsian yang sangat mengharukan dari radio IKIM dalam slot Usrah Nurani, saya nak sharekan di sini, moga menjadi iktibar kepada kita bagi mengharungi Ramadhan yang bakal menjelang tak berapa hari saja lagi, moga kita direzekikan berada di dalamnya.
Hatim Al Assom ini seorang ulama sezaman dengan imam Ahmad bin Hambal.
Pada suatu hari seorang wanita datang untuk mengikuti majlis ilmu Hatim Al Assom. Dia belum pernah mengikuti majlis ilmu yang dikeñdali oleh Hatim Al Assom. Oleh kerana teruja dapat mengikuti majlis ilmu Hatim Al Assom, beliau duduk agak hampir dengan Hatim Al Assom dan agak jauh dengan penuntut yang lain.
Sedang wanita ini ingin mengajukan satu soalan, dia terkentut dengan agak kuat, alangkah malunya wanita ini, air mukanya terus berubah. Tapi dia terus juga bercakap mengajukan soalan.
Tetapi Hatim Al Assom seolah-olah tidak mendengar suara wanita tersebut, dia meminta wanita itu meninggikan suara kerana dia tidak mendengar. Alangkah leganya perasaan wanita itu, kerana pada sangkaannya Hatim Al Assom pekak...
Sejak hari tersebut, Hatim Al Assom mendapat jolokan Al Assom tersebut yang bermakna Hatim si pekak, setiap orang yang bercakap dengannya terpaksa meninggikan suara...
Berapa lamakah Hatim berpura-pura pekak begitu, selama 30 tahun. Suatu hari ada seorang mahu bercakap dengannya, Hatim berkata..perlahankan suaramu, aku boleh mendengarnya..
Rupa-rupanya kerana wanita tersebut sudah meninggal dunia..
Sahabatku semua... itulah buah akhlak yang tumbuh hasil ibadah yang tulus kepada Allah, sehingga seorang tuan guru sanggup berpura-pura pekak untuk menjaga maruah seorang muridnya.
Ramadhan bakal tiba, semoga kita mendapat roh Ramadhan yang menjadikan kita hambaNya yang bertaqwa.