Faktor umur kot, yelah..dah 40-an macam den laki bini ni, terasa letihnya selepas berbuka puasa. Alhamdulillah, letih pun den gagahkan juga bertarawih. Tapi den tak pegi surau pun. Den ikut cakap ustaz, orang perempuan ni afhdal buat kat rumah jer, jauh dari fitnah. Cuma yang bagusnya kalau solat di surau tu, lepas tarawih ada moreh, tapi selalunya kami anak beranak tak menjamah pun, kalau boleh nak cepat sampai rumah, lepak jap dan tidoq.
Lagi satu yang bagusnya pegi surau ni, kita boleh kenal jiran tetangga. Cam den ni jenis orang yang tak keluar rumah, pegi balik kojo je, cuti sabtu ahad sibuk dengan urusan kain baju dan yang sewaktu dengannya, kalau pegi surau tu boleh gak tunjuk muka, bertukar senyum gitu kan. Tapi tulah cam den cakap awai-awai kat atas tu, faktor umur kot, terasa keletihan selepas berbuka puasa. Kalo solat kat rumah tu, terasa letih den buat solat sambil duduk je.
Lagi yang bagusnya bila terawih berjemaah ni, dapat latih kita sabar. Sabar ikut imam. Ada imam yang baca laju, rukuk sujud pun laju, kita sabar ikut, ada imam yang baca slow tapi rukuk sujud laju, kita sabar je ikut, ada imam yang baca slow, rukuk sujud pun slow juga, pun kita sabar ikut juga. Tapi kalau solat sendiri, kita manage sendirilah kan, berapa laju kita nak speed atau nak slow motion ke.
Den ni, pukul 10 dah rasa tak boleh nak celik mata dah, terasa nak merangkak cari bantal. Nasib baik gak makan vivix Shaklee tu, kira nak masak juadah berbuka tu boleh lagi., masak lauk sejenis dua, lebihkan untuk sahur sekali, senang tinggal panaskan je. Ada orang rajin bangun masak lauk lain until sahur, kalau den memang tak kuasa tigalah, kalo den puasa sorang, den lebih rela sahur makan kurma minum air kosong je. Tahniahla mak2 yang rajin masak sahur tu. Takat ni baru dua kali membeli juadah dari Param, toklaki dan anak2 je yang pegi, cari murtabak. Den cubo gak buek murtabak, tapi murtabak biskut je, murtabak biasa tu den tak kuaso nak nguli tepung.
Dah masuk fasa kedua Ramadhan dah kan. Cepat betul masa berjalan. Rasa macam baru semalam start puasa, betullah rugi kalau kita biarkan saat-saat yang penuh barokah ni berlalu kita tak isi dengan zikir, tadarus, selawat....kita memang tak mampu nak ikut macam Rasulullah dan para sahabat, Rasulullah buka puasa cukup dengan kurma, para sahabat pun hebat, puasa pun sanggup pergi berperang mempertahankan Islam. Yang kita ni berperang dengan nafsu makan pun tak menang-menang. Denlah tu, bukan orang lain, huhu..
![]() |
| Murtabak biskut, nampaknya ank2 suka, so nak kena buat lagilah, kalo beli kek Param tu sebiji yang biasa tu, bukan mutabak biskut macam ni, dah rm4 sebiji. |

