Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

9 Apr 2018

9/4/2018-Isnin.

Kita mulakan hari baru dengan semangat baru.. In shaa Allah.

Moga sisa2 semangat yang masih ada dapat merawat luka.. Dah tua kan... Tak yah lah simpan marah tu lama2

Moga Allah memudahkan semua urusanku di Yaumil Mahsyar nanti... Tidak terkait dengan sesiapa pun.

Aminnnn..
KLIA-2/4: sambut kepulangan makcik kesayangan balik umrah,  gigih ke sana naik grab,  mudah2an dapat berkat orang balik dari tanah suci... 

4 Apr 2018

Hari yang tak diraikan.

4/4...sedetik lagi usiaku bertambah, makin mendekatkan aku kepada kematian.  Moga sisa umurku yang berbaki, adalah umur yang berkat, makin mendekatkan aku kepada Khaliqku,  dalam rahmat dan pengampunanNya selalu,  ampunkan aku kerana selalu mengingkariMu., selalu lupa mensyukuriMu... ampunkan hambaMu yang berdosa ini ya Allah..
Takdelah nak meraikan pun.. Hanya ucapan dari anak2 dan suami dan rakan2 sekerja.  Alah.. dah tua.. Apalah ada pada kek.. Hanya menambah bilangan kolestrol di dalam badan..
Special from Celcom weyh.  Dapat free tenet 1G dari pagi tadi,  sayangnya tak perasan msg,  lepas maghrib baru subscibe.. Nak habiskan sampai 11.59 pm.. Wokey.. Kita download video ceramah banyak2. 
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign