Alhamdulillah masih diberi pinjam kehidupan di awal tahun 2021 ni. Esok, lusa, tulat..tak taulah apa yang akan terjadi? Moga semua baik2 saja. Harapan saya, anda dan semua orang..mengharapkan lebih kebaikan, berarak mendung kelabu membawa sinar yang cemerlang. Terskema sekejap, hehe.
Apa azam tahun 2021? Takkan asyik azam nak kurus nak kaya, nak beli kereta baru, nak beli rumah besar jer? Alah..tu azam yang dah ketinggalan zaman la. Jom kita berazam yang rare sikit nakππ
Azam saya..saya taknak dah beli baju, beli kasut dan yang sewaktu dengannya, melainkan kalo ada orang kasi,hehe..sebab apa tau, sebab saya taknak nanti lepas saya mati anak2 saya buntu nak uruskan kain baju saya, nanti nak buang masih elok, nak pakai tak padan saiz, nak bagi orang, orang pun ada baju yang lagi cantik2..ha,kan susah tu. Saya cakap ni sebab saya teringat arwah mak saya dulu ada banyak sangat baju kurung, saya bungkus2 saya rasa ada dua guni besar lepas tu saya buntu nak bagi kat sape, tapi Alhamdulillah dapat juga saya uruskan, tapi arwah mak saya tu ustazah fardhu ain kat surau2, dia ramai anak murid, boleh kata baju2 dia tu kainnya diberi oleh anak2 murid dia, sebab tu dia banyak baju. Saya nak amik pun tak padan, mak saya tu rendah, saya tinggi.
Pagi tadi, jumpa driber bas sekolah. Nampaknya tambang bas naik tahun ni. Ramai juga pengusaha bas sekolah terpaksa memberhentikan perkhidmatan bas sekolah mereka, termasuk bas sekolah Umar Zikri sebelum ni, jadi tahun ni terpaksalah cari bas sekolah lain. Tambang untuk dua orang anak yang masih sekolah dekat rm300 juga, kalau ikut dah boleh buat bayaran bulanan sebuah myvi second hand, ye dak??Hihi..