Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

30 May 2016

Menghitung hari..

Si bongsu ambe yang soleh (sila aminkan><) pun dah mula membilang hari menunggu puasa. Bila ditanya apa yang best tentang puasa, katanya sebab dapat minum air dulu masa berbuka, pastu dapat raya. Hehheh..yang bab sebab dapat raya tu dah agak dah. Bukan si bongsu ambe ni sorang ajeh nunggu raya, rasanya anak mama yan, si abang adam tu pun sama, depa sebaya tu.

Dua minggu cuti ni, dapatlah ambe cuti seminggu, awainya nak amik minggu ni, tapi kansel minggu ni, tukar minggu depan, sebab minggu depan dah mula puasa. Anak-anak kebetulan semua ada minggu pertama puasa tu. Hajat hati ibu nak meraikan anak-anak berbuka puasa dengan juadah kegemaran mereka.

Kepada semua teman alamaya yang dikasihi, Salam Ramadhan in advance yer, mohon ampun maaf segala salah silap ambe sengaja mahupun tidak, terutama mak Okje, sebab ambe selalu ngaco dia, mak..sori mak ek.
Tak lupa kzakie, knor cinnamon, Fair baby_pose, mama yan, knooriahnaim, kak PI (sori masih tak dapat tinggal komen, nak buka pc,nak connect wifi..ermmm..banyak naw stepnya, tu yang on9 kat phone je ), ampun maaf semuanya.

Jom ulangkaji puasa sikit bersama ustaz Don.
Dengan kedatangan Ramadhan memberi kesempatan kepada kita;
1) memberi peluang kepada kita yang sentiasa sibuk ni untuk beramal ibadah. Pahala ibadah pula dilipat gandakan. Baiknya Allah pada kita hambaNya yang banyak dosa ni.
2) memberi peluang untuk mereka yang dah biasa beribadah seperti mak ayah kita, orang-orang tua untuk menambah amal ibadah. Imam as syafie contohnya kalau bulan-bulan lain sehari khatam Quran 3 kali, tapi di bulan Ramdhan sehari khatam 6 kali.
3) moga-moga dengan kedatangan Ramadhan dapat mengangkat martabat kita di sisi Allah kerana kegigihan kita menambah amalan, in shaa Allah..( seeloknya kita beribadah bukan semata-mata mengejar fadhilat atau pahala, tetapi kerana ketaatan kita kepada Allah swt )
Ramadhan kareem.
Umar Zikri yang xcited menunggu Ramadhan..
Mudah-mudahan Ramadhan tahun ni penuh
berkat buat kita semua, aminnn..

29 May 2016

Beza betul la korang.

Tak sakit. Seyes tak sakit. Tak macam pengalaman 5 kali sebelum ni. Bayangkan dalam tempoh 7 tahun 5 kali dah buat. Tapi semuanya hampeh. Harap-harap ni last, terakhir kalinya gitew, kalau tak jadi juga, tobat kena cabutlah kau.

Hihi..

Apa crite tuh?

Camni, masa ngandungkan si bongsu, ada gigi saya jadi ngilu, jumpa doktor kat klinik ibu mengandung, saya check up kat klinik kerajaan je, kat situ ada sekali klinik gigi, yelah masa ngandung mudah naw rosak gigi sebab kurang kalsium kan. Jadi bila jumpa doktor bagitaulah ada gigi ngilu, tapi yang peliknya gigi lain yang lubangnya kecik je, gigi tu yang ditampal, gigi yang ngilu tetaplah ngilu juga.

Tapi nak jadi cerita, tampalan tu tercabut. Bila nak tampal kena korek lagi, makin besar lubangnya. Pastu tercabut lagi, tampal lagi, koho beso lubang tampalan tu. Aduhh..frust dan sakit aty boto..

Pastu tak buat dah kat klinik tu. Terbuka tampalan kali keempat dan kelima, tampal pulak kat hospital Dungun, ada adik kerja kat situ.
Tapi kan, kan..korang pun tau nak agak, pandai korang memang tercabut juga, last terbukak tampalan masa sambutan ticer's day 24/5 baru ni, soda-soda dah berlubang bosa.

Nasib baiklah mylaling tu cian kat den. Sabtu maren dia ajak pergi klinik gigi swasta.Dia bayarkan. Hihi..nak tebus salah hari jemahatla tew.

Tapi, cam den cakap awal tadi. Memang tak sakit. Awalnya berdebar juga, sebab pengalaman sebelum ni kat klinik kerajaan, dah cucuk ubat kebas pun terasa gak sakit. Dahla rasa kebasnya kalau tak tengok cermin tu rasa macam bibir tebal macam kena gigit tebuan.Eh..tak pernah plak kena gigit tebuan.

Tapi kat klinik swasta ni, doktor tu dahla muda, encem plak tuh, hehheh..mampuih, kalo mylaling tau..kerjanya cermat sangat, takde pun nak nyembang sakan dengan nurse, cakap pun lembut je, hilang takut, rasa cam bole tidur plak. Bila siap, dalam sejam jugakla..haa..cermat tak cermatnya, bila rasa gigi tu tak rapat dibetulkan semula sampaila rasa selesa. Masa buat kat hospital kerajaan tu, tampalan tu rasa tinggi, tapi kita tak boleh sesuka hati nak suruh doktor betulkan balik, tak sempat..kat luar kat ramai menunggu. Tu yang bila bawak juga mengunyah, akhirnya pecah, lastnya tercabut habih tampalan tu.

Nak tau berapa kosnya? Rm150.
Sebatang. Mahal? Entahla. Dua puluh tahun lepas ( ek ele..lamanya ) pernah tampal kat doktor swasta gak, elok sampai sekarang, tak tercabut pun, masa tu baru dalam rm45 sebatang, tak silapla.

Ni ada geraham bongsu tumbuh melintang, tak dapat keluar habis. Rasa nak buang gak nih, kena buat minor surgeri gak nak membuangnya. Dah ada pengalaman tak sakit nih, ermmm..in shaa Allah nak buang dalam masa terdekat.

Den bukan nak buruk- burukkan hospital kerajaan, den paham, doktor tu bukan nak tampal gigi den sorang, cuma yang terkilan sebab masa awal jumpa doktor tu, gigi lain yang bermasalah, gigi lain yang kena. Cian gigi den yang tak bersalah tu tau, jadi mangsa sampai berlubang bosa macam kawah gunung berapi rupo eh.

Den tampal kat klinik gigi Saleha Suhaimi kat Semenyih. Alhamdulillah ada doktor melayu yang setanding mahirnya dengan doktor bangsa lain. Tumpang bangga.

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign