Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

3 Jul 2016

Salam Aidil Fitri lah semuo yo, den nak balik makan nasi dagang.

Kalo nak kata buat persediaan raya beria takdelah. Sejak Ma takde, mak mentua pun dah tak sihat bona, mood beraya tu dah hilang. Lagipun sejak  dari awal kawen kitorang ni dah suka simple-simple je. Kalo langsir tu just basuh, sapu-sapu sawang,adjust perabut yang tak seberapa tu kasi nampak berubah sikit kedudukannya, dah siap. Yang memang kena beli tulah baju raya anak-anak, dan biskut sejenis dua. Kalo rajin dan sihat mental mahupun fizikal buatlah sejenis dua yang simple macam choc chips dengan biskut dahlia. Tahun ni lansung tak buat.

Tahun ni kami balik beraya di Terengganu, Mak dah takdo, tapi omak sedaro ado yo laei dua orang, kalo takde aral melintang in shaa Allah esok Isnin kami bertolak. Singgah dulu di Dungun tidur kat rumah adik. Meriah gak berkumpul kat rumah adik sebab anak-anak dia kecik lagi, yang sulung baru darjah tiga...riuhla bila berkumpul berlawan-lawan cakap key ell Teganu gitew.

Entah apo mimpi abah semalam pi bazar Ramadhannya bantai beli mecun bunga api sampai 40 hengget, bila den tanyo Umar Zikri mintak ko,...tak..jawab eh, ...dah tu buek apo boli, membazir yo,....sajo yo, bagi bebudak main...kato eh laie. Dalam hati den...banyak ko bonus abah tahun ni agak eh, sobab balik Teganu pun dia nyanggup nak boli mesin basuh baru sebab mesin basuh lamo rosak tenggolam dek banjir dua tahun lopeh tu...Alhamdulillah....dah, dah..jangan bising lagi, kang dia kansel tak jadi boli kang susah den nak basuh baju.

Maaf zahir batin kepada semua kengkawan yang sudi singgah di sini, kalo ada rezeki, dipanjangkan umur kita, in shaa Allah kita beraya hari Rabu ni kan, so Eid Mubarak in advance buat semua yea...semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang serta pengampunan Allah walau di mana jua kita berada.
Abah boli nak bagi anak-anak main dengan sepupu di Dungun, yang masih kecik-kecik tu, kalo sepupu sebelah sini( anak-anak kakak ipar, adik ipar semua dah besar-besar), sesekali bole la ye bah.

30 Jun 2016

Kita halau tetamu yang bertandang..

Kita ni ghairahnya nak menyambut raya sampai 2, 3 bulan sebelum puasa dah sibuk memikirkan persediaan berhari raya. Kat tv iklan sofa, baju raya, kain langsir belum pun masuk bulan rejab dah disiarkan. Sampai mentaliti kita ni pun macam dah terdidik raya mesti kena sambut meriah, tukar serba baru, sedangkan sepatutnya Ramadhan lah yang kita kena raikan, hias rumah cantik-cantik ibarat menunggu tetamu agung nak bertandang.

Tu satu hal. Cer tengok pulak dua minggu atau seminggu sebelum berlalunya Ramadhan. Segala pasaraya, bazar jualan meriah sungguh dengan orang ramai yang mencari berbagai persiapan menyambut raya. Selagi rasa tak cukup, selagi tak sempurna, sanggup menapak dari satu kedai ke satu kedai, hilang letih dahaga berpuasa tu, tabahnya membuat persiapan raya.

Cer bayangkan, kita didatangi tetamu, tak kiralah..mak mentua contohnya, baru duduk dalam dua tiga hari kat rumah kita, kita dah panas punggung dah, dah mula hint-hint supaya mak mentua kita balik. Apa perasaan mak mentua kita tu? Sedih, tersinggung..ye tak?

Macam tulah ibarat kita dan Ramadhan. Ramadhan tu tetamu agung kita, bukan tetamu biasa, dia datang dengan begitu banyaknya keberkatan nak diagihkan kepada kita terutama di sepuluh malam terakhirnya, tapi apa kita buat? Sepuluh malam terakhir tu kita begitu ghairah membuat persiapan hari raya, kita tak ambil peluang keemasan yang datang bersama Ramadhan, kita pandang sepi, kita lupa bahawa mungkin inilah Ramadhan terakhir kita....

Para sahabat, para tabiin terdahulu ada yang khatam Al Quran di antara maghrib dan isya dalam bulan Ramadhan. Rasulullah di sepuluh malam terakhir mengikat ketat kain Baginda dan meninggalkan katil tidak mendatangi isteri Baginda....tapi kita, sibuk dengan tukar langsir baru, cat rumah, buat kuih raya, bakar meriam buluh, tahajud depan tv tengok euro....jadi tak hairanlah kita dok camni juga, ahklak tak berubah, ibadah tak meningkat...sedang usia makin bertambah, kederat makin berkurang...

Ermmmm...cakap banyak pun tak guna aih,  selagi kita tak berubah.
Moga suatu hari Allah beri kita keinsafan dan kita mampu berubah..

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign