Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

19 Feb 2019

Kisah nabi Muhammad dan kentut.

Pada suatu hari Nabi Muhaamad dan para sahabat baginda menikmati jamuan berlaukkan daging unta di dalam satu majlis ilmu, selepas jamuan mereka akan mendengar taklim dari Rasulullah dan seterusnya menunaikan solat berjamaah berimamkan baginda.

Sedang mereka enak mengadap hidangan tersebut, tiba2 salah seorang sahabat terkentut sehingga menimbulkan aroma yang kurang menyenangkan. Para sahabat masing2 saling berpandangan, baginda menyedari hal tersebut, tapi baginda hanya diam sahaja. Tidaklah diketahui siapakah sahabat yang terkentut itu...

Selesai makan, mereka menadah telinga mendengar taklim dari baginda. Selanjutnya mereka akan bersolat. Maka baginda pun berkata.." sesiapa yang makan daging unta, maka batallah wudhunya.."
Para sahabat menjawab.." kami semua makan ya Rasulullah.."
Maka kata baginda lagi.." jadi berwudhulah kamu semua.."

Kenapakah baginda berkata makan daging unta terbatal wudhu? Ya...begitu halusnya perasaan baginda dalam menjaga aib para sahabat baginda...bayangkan kalau baginda berkata.." siapa yang terkentut tadi batal wudhunya.." tentulah sahabat2 yang lain mengetahui siapakah yang terkentut itu..
Begitulah tingginya akhlak baginda..bukan macam kita hari ni, saling membongkar aib sesama kita sehingga timbul pula sakit hati, perselelisihan sesama kita..

12 Feb 2019

Bakal berkubur kah?

Huhu..ingatkan dah benti keje ni boleh rajin mengemas 'rumah' ni, tapi makin malesss la plak weyh. Tambah2  bila update phone (update app )makin susah plak nak letak gambar, makin pudarlah semangat nak menulis, eh..menaip..
Den taulah den makin sihat semenjak dua menjak ni, tu yang ikut ensomi masuk hutan, kekunun beriadah, ni tempatnya bernama hutan rekreasi sg Menyala..nama je sungai, tapi sungainya nan hado..pacat je banyak kemain, uihhh tak sanggup dah nak ikut next time..geli geleman ngan pacat..

Errr..sape tau camane cara nak bukukan hasil2 karya..cehhhh.. dari blog yang nak dikuburkan? Kalau dah jadi buku selamatlah hasil2 tulisan yang tak seberapa ni kan?
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign