Pada suatu hari Nabi Muhaamad dan para sahabat baginda menikmati jamuan berlaukkan daging unta di dalam satu majlis ilmu, selepas jamuan mereka akan mendengar taklim dari Rasulullah dan seterusnya menunaikan solat berjamaah berimamkan baginda.
Sedang mereka enak mengadap hidangan tersebut, tiba2 salah seorang sahabat terkentut sehingga menimbulkan aroma yang kurang menyenangkan. Para sahabat masing2 saling berpandangan, baginda menyedari hal tersebut, tapi baginda hanya diam sahaja. Tidaklah diketahui siapakah sahabat yang terkentut itu...
Selesai makan, mereka menadah telinga mendengar taklim dari baginda. Selanjutnya mereka akan bersolat. Maka baginda pun berkata.." sesiapa yang makan daging unta, maka batallah wudhunya.."
Para sahabat menjawab.." kami semua makan ya Rasulullah.."
Maka kata baginda lagi.." jadi berwudhulah kamu semua.."
Kenapakah baginda berkata makan daging unta terbatal wudhu? Ya...begitu halusnya perasaan baginda dalam menjaga aib para sahabat baginda...bayangkan kalau baginda berkata.." siapa yang terkentut tadi batal wudhunya.." tentulah sahabat2 yang lain mengetahui siapakah yang terkentut itu..
Begitulah tingginya akhlak baginda..bukan macam kita hari ni, saling membongkar aib sesama kita sehingga timbul pula sakit hati, perselelisihan sesama kita..
Betul tu, Nabi Muhammad amat bijaksana.
ReplyDeleteBaginda juga sangat baik akhlaknya terhadap sesama manusia w/p terhadap org bukan islam ye PH
ReplyDeleteInsya Allah kak..jaga aib orang, Allah pelihara aib kita.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteBetapa bijaksana dan berhalusnya Rasulullah dalam menegur sehingga tidak membuka aib. Cuma nanti pasti ada pertanyaan, apakah batal wudhuk jika makan daging unta..hehe
tinggi akhlak Nabi saw
ReplyDelete