Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

31 May 2020

Apa lagi aktiviti pkp?

Puasa dah berlalu, raya pun dah walau pun kalau ikut kebiasaan sebelum ni puasa sebulan, raya pun sebulan kan. Nak bukak kelas mengaji ensomi belum benarkan lagi, huhu..
So...apa lagi aktiviti yang boleh boleh den buat untuk mengusir, ececehh..haha..menghalau, mengisi masa di musim pkp nih..
Antaranya..
Cuti sekolah kemain panjangnya, tapi jangan ingat boleh duk sesaja ye. Cikgu bagi homework dalam GC (google classroom) kemain canggih dah bebudak sekarang belajar online je. Tapi dah namanya belajar kan kenalah ada cikgu, so mak2 kat rumah kenalah jadi cikgu ngajo anak memasing. Baru tau ek, betapa susahnya nak ngajo sebab mak2 ni bukannya pandai mana pun, tambah lagi jalan kerja matematik yang dah sekian lama ditinggalkan..nasib badan ko lah nak bila kena marah2..
Jadi cikgu ajar masak pun boleh. Kebetulan anak dara den yang sulung tu cuti lama kan, entah bila boleh balik sambung belajo pun tak taulah, so kena kerah masaklah jawabnya. Tambah lagi jarang sangat dapat masuk dapur, alahaiii...banyak lagi nak kena belajarnya.
Si abah apa lagi kerjanya, nasib ada kebun belakang rumah. Kebun di atas tanah rezab jalan. Hari2 dia ke belakang, sampai bersih rumput2 dikerjakan.  Tapi sekarang si abah dah mula masuk kerja start masa pkpd haritu lagi, tapi dalam seminggu tu 2 hari je pergi kerja.
Bukan kebun abah je yang bersih berseri2, haha..kebun jiran sebelah menyebelah pun tak kalah, apa taknya..memasing hari2 membanting tulang di kebun. Kalau bukan masa pkp..mimpi nak tengok bersih camni.

Selebihnya..tidur, makan, ngadap tv, ngadap phone...hrmmmm..
Apa aktiviti  yang'rare' yang korang buat ek? Share sikit, kot2la boleh gak dijadikan contoh teladan hihi..

27 May 2020

Raya pkp kita.

Alhamdulillah...syukur kita masih dipertemukan di sini..chehh..raya pkp kita. Apa cerita raya korang? Meriah? Lesu? Tak raya lansung? Hihi..
Ekceli, raya pkp ni bagi den tak ubah macam kita sambut hari raya haji. Betul tak? Raya haji kita sambut sederhana, tak kesah pun takde kuih raya, baju raya, langsir raya, perabut raya..jadi apalah nak sedih sangat bila hari raya puasa ni kita takde semua tu. Yang penting kita selamat menunaikan sebulan puasa, dapat terawih, dapat tadarus..di pagi raya tu kita tunaikan pula tuntutan solat sunat aidil fitri..itu yang lebih utama rasanya. 

Bagi keluarga den pulak, Alhamdulillah nak raikan anak2 kan, jadi kami buatlah bbq ala2 kadar, buat pakat2 dengan jiran sebelah rumah. Kami buat pada malam  raya 2 aritu. Seronoklah Umar Zikri dapat makan kerang bakar fevret dia tu.
Meriah tak? Okelah kan.
Ada sotong, udang, ayam..
Kerang bakar cicah sos, permintaan khas umar zikri.
Raya pkp...raya paling jimat, paling tak penat.
Setuju tak? Hehe..
Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign