Asam Garam Kehidupan: Apa lagi aktiviti pkp?

Nuffnang

Pages

31 May 2020

Apa lagi aktiviti pkp?

Puasa dah berlalu, raya pun dah walau pun kalau ikut kebiasaan sebelum ni puasa sebulan, raya pun sebulan kan. Nak bukak kelas mengaji ensomi belum benarkan lagi, huhu..
So...apa lagi aktiviti yang boleh boleh den buat untuk mengusir, ececehh..haha..menghalau, mengisi masa di musim pkp nih..
Antaranya..
Cuti sekolah kemain panjangnya, tapi jangan ingat boleh duk sesaja ye. Cikgu bagi homework dalam GC (google classroom) kemain canggih dah bebudak sekarang belajar online je. Tapi dah namanya belajar kan kenalah ada cikgu, so mak2 kat rumah kenalah jadi cikgu ngajo anak memasing. Baru tau ek, betapa susahnya nak ngajo sebab mak2 ni bukannya pandai mana pun, tambah lagi jalan kerja matematik yang dah sekian lama ditinggalkan..nasib badan ko lah nak bila kena marah2..
Jadi cikgu ajar masak pun boleh. Kebetulan anak dara den yang sulung tu cuti lama kan, entah bila boleh balik sambung belajo pun tak taulah, so kena kerah masaklah jawabnya. Tambah lagi jarang sangat dapat masuk dapur, alahaiii...banyak lagi nak kena belajarnya.
Si abah apa lagi kerjanya, nasib ada kebun belakang rumah. Kebun di atas tanah rezab jalan. Hari2 dia ke belakang, sampai bersih rumput2 dikerjakan.  Tapi sekarang si abah dah mula masuk kerja start masa pkpd haritu lagi, tapi dalam seminggu tu 2 hari je pergi kerja.
Bukan kebun abah je yang bersih berseri2, haha..kebun jiran sebelah menyebelah pun tak kalah, apa taknya..memasing hari2 membanting tulang di kebun. Kalau bukan masa pkp..mimpi nak tengok bersih camni.

Selebihnya..tidur, makan, ngadap tv, ngadap phone...hrmmmm..
Apa aktiviti  yang'rare' yang korang buat ek? Share sikit, kot2la boleh gak dijadikan contoh teladan hihi..

10 comments:

  1. Bestnya ada tanah rizab, boleh berkebun..dah start gi pejabat hari2..takde aktiviti rare..hehe..

    ReplyDelete
  2. Aktiviti jarang buat masa PKP tapi sebab ada banyak masa ialah kemas betul-betul rumah. Selalu kemas ala kadar.
    Satu lagi dah jadi kelawar balik.

    ReplyDelete
  3. Aktiviti mak-mak jugalah kak... Masak, kemas, sidai kain lipat kain haha...

    ReplyDelete
  4. macam2 aktiviti PKP ni kan :)

    ReplyDelete
  5. Kita dah mula masuk kerja..

    ReplyDelete
  6. RAJINBERKEBUN BANYAK HASILNYA BADAN BERPELUH SIHAT

    ReplyDelete
  7. Bagus berkebun musim musim pkp ni...daripada duduk saja...tak sihat...

    ReplyDelete
  8. seronoknya lah ada kebun

    ReplyDelete
  9. seronok ada kebun macam tu, kiranya ada aktiviti jugalah di musim pkp ni,macam saya dalam rumah je dah hujung pkpb barulah nak buat kerja sikit2, ini lak dah mula masuk kerja

    ReplyDelete
  10. OKlah jugak tu ko punya aktiviti.... aku entah .... mcm tak de benda je hahahaha... tau tau gemuk hahahha...
    Seriouslah wei, apa ek aku buat...hurmmm

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign