Asam Garam Kehidupan: Kehidupanku dalam Al Arqam III.

Nuffnang

Pages

9 Apr 2015

Kehidupanku dalam Al Arqam III.

Saya sambung.

Dalam kisah sebelum ni saya sebut kisah perbualan seorang anak gadis dengan maknya yang sama-sama ikut kursus kesedaran Islam di Sg. Penchala. Masa tu kumpulan nasyid Nada Murni sedang buat persembahan di malam penutup kursus tu. Gah sungguh diorang dengan jubah merelit-relit dan serban Turki tu. Ahlinya ramai, muda-muda dan hensem belaka...usahkan orang luar yang berkunjung, kami ni anak-anak dara jemaah pun pakat berangan nak kawen dengan diorang. Tapi kami mana boleh suka-suka pilih sendiri. Nanti saya citer lebih lanjut.

So..balik pada kisah anak dara dan maknya tadi..." Mak, nak kawen dengan diorang la"
" Diorang hensem la mak, bolela mak,"
" Nak kawen dengan diorang kena pakai cam diorang" jawab si Mak.

Saya tak dapat dengar perbualan seterusnya sebab bising. Lagipun saya tengah menghayati persembahan nasyid tu juga. Yalah...bagi kami itulah hiburan yang ada, hiburan yang berlandaskan syariat. Lagu-lagu artis, majalah hiburan memang tidak ada lansung. Bukan tu saja, tidak seorang pun para jemaah lelakinya yang merokok, siapa yang join in shaa Allah otomatik dapat berenti merokok. Kalau tanya saya, yang saya dapat jawab mungkin sebab berkat tuan guru kami..pada sayala..

Pernah dengar Pak Ku Syadat? Dia ni terkenal dengan lagu-lagu dikir barat, kerap jugak dia datang dan buat persembahan bersama kumpulan Nada Murni.

Malam ahad cukup meriah di Sg. Penchala. Malam ahad adalah malam Fardhu Ain terbuka untuk semua tak kira para ahli jemaah mahupun orang luar. Kadang-kadang sampai ada rombongan bas terutamanya dari pusat pengajian tinggi. Penuhla dataran Al Arqam dengan pengunjung dan gerai-gerai jualan. Gerai jualan diusahakan oleh para muslimah yang bertungkus- lumus di kawasan berdindingkan zink. Ya..kawasan muslimah ni ada asrama pelajar, dapur, bengkel jahitan, taska khusus untuk anak-anak para jemaah dan ada rumah tamu. Rumah tamu ni plak khusus untuk para tetamu, kadang-kadang tetamu jauh dari luar negeri pun ada, datang untuk melihat sendiri cara kehidupan di dalam masyarakat Al Arqam..mbik kau...masyarakat Al Arqam...haah..boleh kot gelar masyarakat Al Arqam sebab kat kampung tu memang ada orang berserban jubah dan berpurdah je. Tapi sekarang, selepas lebih 20 tahun pengharaman, kampung ni dah lebih terbuka, dah ramai orang luar yang turut berkampung di situ. Dah banyak sangat perubahan dan pembangunan di sana. Dinding zink, surau tu semua dah takde.

Mengimbau kenangan surau tu. Surau tu bukan saja tempat solat berjemaah untuk seluruh ahli, tapi di situ juga dewan kuliah kami. Kami didisiplinkan berada di surau setengah jam sebelum masuk waktu. Setengah jam sebelum masuk waktu tu seluruh kampung bergema dengan selawat badawi oleh para jemaahnya. Meriah. Waktu subuh kalau kebetulan arwah Ustaz Asri atau Munif Hijjaz ada, mendayu-dayulah suara diorang mengalunkan tarhim. Kami para pelajar sangat dianjurkan berpuasa sunat isnin khamis...tapi kadang ada yang naik lambat dari surau, waktu sarapan plak seawal 7 pagi, hrmm...sarapan dah habis..puasa jelah walaupun bukan hari isnin khamis.

Malamnya sebelum tidur kami buat halaqah hafalan terutama 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah Al Kahfi. Tidur reramai atas lantai beralas tilam nipis, atau tak bertilam pun ok je..lantai papan. Pukul 4.30 atau 5 dah bangun, basuh baju, mandi, sape lambat kang kena mandi dengan air kolah yang berkeladak...ki ki ki..

Teringat kat sorang kakak pelajar UPM, saya panggil kak Ummu Masakin..saya dah tak ingat nama betul dia..kat mana agaknya akak seksi yang boleh berubah pakai purdah walaupun baru seminggu duduk di Sg. Penchala, kat mana dia sekarang...?

Kat bawah tu kedai daging halal yang baru diambil alih oleh GISB di Australia...GISB...nama baru..jenama baru mini sangat diterima masyarakat.

9 comments:

  1. Kakak pernah ke Sg Pencala itu Azi. Masa itu kakak masih sekolah rendah lagi. Kakak ingat masa itu sepupu kakak dah terlibat dgn kumpulan Arqam. Tapi pada kami tak ada salah-silapnya cuma yg pentadbiran atasan kami tak tahu. Kami berpegang dgn ajaran Islam yg betul. Yg salah tu bila aqidah terpesong dek ketua itu aje.. sekarang sepupu kakak tu dah tua dah dia ada business buat tauhu dan air tauhu. Dah kaya dah dan duduk di JB juga. Tapi mungkin sebab dah tua dah tak pakai purdah lagi dah.. Dulu dia pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abuya dan ummu jah sudah bertaubat lama..pada saya apa yang berlaku semua ada hikmah dan rahsia Allah yg kita tak tahu..jemaah yang dilagangkan mereka walaupun sudah berubah nama, kini sudah diterima ekoran pengakuan taubat dan sudah diiktiraf JAIS bahawa mereka sudah benar2 bersih.

      Delete
  2. Mmg tau sgt sg penchala nk pg ke one utama kena lalu situ..
    ada juga knaln dr klgan org2 arqam ni...pernah tertgok jiran (ahli arqam) di lyar rmh dia pki purdah tutup mulut semua..tpi dlm rmh dia pki short dgn tshirt..keke
    mmglh bolehkn dlm rmh...tpi dia ada anak2 yg sdg mmbesar..
    konfius kt situ..apa2 pun btul kta k.zakie tu...tksub sgt dgn ketua jdi caca matba plk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam rumah mereka pun pandai seksi knor...cuma mgkn dia terlupa kot ada anak2 tu, agaknya..saya dulu pun pakai camtu..purdah, stokin, tapi la ni purdah dah tak pakai, tapi stokin kekal.
      kalau nak kata taksub..saya rasa sape2 pun taksub..org UMNO taksub ngn Najib, org PAS taksub ngn Nik Aziz..gantung juga gambar diorg kat mana2..betul tak?

      Delete
  3. Byk ejaan slh..jari ni besar sgt dr tap

    ReplyDelete
  4. Bila cerita pasal al arqam ni akak jd sangat rindu dengan masa lalu...rindu nk dengar ceramah, rindu nk baca majalah muslimah yg cantik sangat ilustrasinya...dan jugak rindu pd produk halalan toyyibannya itu.

    ReplyDelete
  5. Kak..pegilah ke country home Rawang, in shaa Allah...walaupun bkn suasana kampung mcm sg penchala, tapi suasana berjemaahnya masih sama.

    ReplyDelete
  6. Seronok baca pengalaman org yg pernah ada dlm kumpulan Al Arqam ni....tq NA sudi share. Betul kata Kak Zakie cuma aqidahnya aje yg terpesong, alhamdulilah dah bertaubat pun kan....

    Wah.....dah boleh dpt banyak entri ni tau cite ni saja....

    ReplyDelete
  7. Dulu saya takut sangat nak dedahkan yg saya ni ahli jemaah Arqam, GISB..saya takut takde org nak kawan dgn saya, almaklum pernah dilabel sesat, tapi Alhamdulilah..rupanya ada yang sudi menerima kami seadanya..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign