Asam Garam Kehidupan: March 2015

Nuffnang

Pages

29 Mar 2015

Kehidupanku dalam Al Arqam.

Post kali ni saya tulis khusus bagi menjawab pertanyaan sahabat saya Hainom OKje dalam post saya sebelum ni..."cerita mencari suami lagi". Kalau saya kata Al Arqam terpesong atau tak terpesong rasanya cam tak adil kan, so harap kengkawan buatlah penilaian sendiri. In Shaa Allah segala yang saya ceritakan tiada tokok tambah, kalau berubah pun mungkin tahun atau tempat sebab ceritanya dah lama, adalah yang saya lupa.

Ceritanya cenggini. Satu hari tu adalah sorang remaja berserban datang jual majalah Al arqam kat area rumah mak saya. Mak beli satu majalah wanita tak silap majalah Muslimah nama dia. Nipis je. Saya awalnya tak pandang pun majalah tu, Al maklum tengah remaja trang tang-tang. Entah camane satu hari tergerak hati nak baca. Ye..Dari situlah ceritanya, isi majalah itu begitu menyentuh hati. Saya seakan tersedar dari mimpi. Saya baca lagi berulang-ulang, dari kulit ke kulit...dan saya minta Mak saya beli lagi kalau ada diorang datang jual.

Dari situ saya mula membuat perubahan diri, saya mula lebih baik terhadap mak, saya jaga solat, jaga aurat, kalau dulu keluar keliling kampung tak pakai tudung pun, solat tu solat, tapi saya mula solat di awal waktu, mula lebih beradap dengan mak.

Satu hari diorang buat pameran bertema " Islam adalah cara hidup" di dewan apa entah, dah tak ingat dah, di tengah bandar Kuala Terengganu. Saya pegi dengan sorang kawan yang sama-sama tengah tunggu result stpm.

Dalam dewan tu yang sangat menarik minat saya ialah wajah tenang dan bersih para remaja berserban dan berjubah, para muslimahnya sangat sopan dan lemah-lembut, wajahnya terselindung di balik purdah hitam. Dalam dewan tu diselubungi wangian atar, ramainya orang datang. Dalam saya dengan kawan dok melewar-lewar tu, datang sorang pemuda berserban menyapa..."kak, kenapa dok pusing-pusing je, jom ikut saya dengar penerangan".... dalam hati saya kata.." Eishhh, orang ni aku muda lagi panggil aku kakak". Yele..waktu tu masih bebudak kan, tak paham kenapa dipanggil begitu, sebab kalau jalan-jalan pusing  bandar tu pakwe yang menyapa panggil.." dik, dik nak ke mana tu" atau " dik, abang ikut bole, amboi comey nya adik ni" waktu tu konon marah, tapi dalam hati suka, ermmm...

Hati saya makin tertarik pada Al arqam. Tiap bulan tak miss beli majalah diorang. Dalam salah satu majalah saya jumpa offer kursus perguruan peringkat tadika. Jeng..jeng...jeng..saya sambung nanti yek...in shaa Allah...

24 Mar 2015

Yang dilarang itulah yang dibuat.

Biasanya budak-budak, benda yang kita larang itulah yang dia akan buat, dilarang panjat pagar, dia panjat juga, dikata jangan conteng dinding, jangan main pisau, jangan main api..itulah yang seronok dia nak cuba. Tapi itu bebudak, yang akalnya ingin mencuba, dari mencuba dia belajar, dari belajar dia dapat pengalaman.

Tapi...kalau orang tua buat perangai cam bebudak..camna nak kata tu, haaa...tengok ni, ni pemandangan biasa yang boleh kita jumpa di mana-mana, ini kalau kengkawan nak tau kat area belakang rumah saya je pun.

20 Mar 2015

Kisah amin dan hamidah..

Sekadar sendaloka di pagi jumaat...kalaulah ada terjadi kes camni, alangkah nayanya..

19 Mar 2015

Cerdik ke ngelat nih...

Cikgu  yang salah ajar ke anak murid yang terlampau cerdik nih? Betul la kan..dah kata '3 ekor ikan'....warna ekor jelah..hi hi.

16 Mar 2015

Kisah syaitan menolong seorang pemuda ke masjid.

Ada seorang pemuda yang ingin ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Sampai di pertengahan jalan dia terjatuh, habis kotor pakaiannya. Lalu pemuda tersebut kembali ke rumahnya, membersihkan diri, menukar pakaian baru, dan ingin kembali ke masjid.

Buat kali kedua, sampai di tempat yang sama, pemuda tersebut sekali lagi terjatuh...habis kotor lagi seluruh pakaiannya. Sekali lagi dia pulang ke rumah, membersihkan diri, menukar pakaian bersih dan sekali lagi dia melangkah menuju masjid

Sampai di tempat yang sama, tiba-tiba kelihatan seorang tua membawa api obor dan menawarkan pertolongan bagi menerangi jalan ke arah masjid. Maka berjalanlah mereka berdua sam-sama menuju ke masjid, sesampai di masjid, pemuda tersebut mengajak orng tua itu sama-sama menunaikan solat. Tetapi orang tua itu menolak. Berkali-kali dipelawa tetaplah ditolak sehingga pemuda tersebut kehairanan lalu bertanya siapakah orang tua tersebut.

" Akulah  iblis..." Lalu pemuda tersebut bertanya kenapa iblis itu menolongnya.

" Aku yang membuatmu terjatuh, ketika engkau pulang membersihkan diri dan bersiap semula untuk ke masjid, lalu Allah mengampunkan SEMUA DOSA mu, kali kedua engkau tetap gigih menuju ke masjid dan Allah mengampunkan dosa seluruh AHLI KELUARGA mu, aku bimbang jika sekali lagi aku membuatmu terjatuh dan engkau tetap berusaha untuk ke masjid, jangan-jangan Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk kampung ini, lalu aku memutuskan aku harus menolongmu supaya engkau sampai dengan selamat...."

Besar sungguh ganjaran bagi orang yang ingin bersolat di masjid, setiap langkah diampunkan satu dosanya...tapi bagi kaum wanita solat di rumah adalah lebih afdal baginya.

15 Mar 2015

Cerita mencari suami lagi

Assalam..rasa nak tulis susulan kisah mencari suami la plak, hi hi. Ok..taknak baca? Eshh..bacalah, mana tau kot ada terselit petua ke, panduan ke..

Nak pecah satu rahsia. Saya ni bekas ahli jemaah Arqam yang kontroversi dan diharamkan tahun 1994 dulu. Dan sekarang jemaah saya ni bergerak atas nama Global Ikhwan Sdn.Bhd,  dah masuk era global, makin jauh dan berkembang melangkah ke luar negara, London, Australia, Jordan dan banyak lagi tempat beroperasi atas nama perniagaan Islam, dan in shaa Allah sangat diterima masyarakat luar dan dalam negara ekoran dari ikrar taubat proses pemulihan akidah oleh seluruh ahlinya.

Saya bukan nak cerita pasal perkembangan jemaah ni. Saya nak ceritakan bagaimana beruntung dan bertuahnya anak dara dalam jemaah ni, tak perlu pening-pening kepala nak bercinta bagai, cari kapel sana-sini, last-last tak jadi. Anak-anak dara kami bila dah cukup umur dan kematangannya, ada yang seawal 18 tahun pun dah dijodohkan. Dijodohkan? Ya..dicarikan jodoh oleh orang yang dipertanggungjawabkan, kalau kat masyarakat luar, bolehla dikatakan biro cari jodoh kot..
Awal sangat dah dikahwinkan, tak belajar ke? Mungkin soalan ni yang berlegar dalam kepala korang. Tu yang saya katakan tadi, kalau mereka dah cukup matang, dah boleh dipertanggungjawabkan, mereka akan segera dicarikan jodoh yang sesuai. Proses belajar pula tak pernah habis, akan sentiasa ada kelas fardhu ain, kelas kemahiran yang dibuat dalam jemaah yang wajib mereka hadiri dari semasa ke semasa, so tak timbul soal tak belajar. Mereka tetap belajar walaupun telah beranak-pinak.

Dah ahli jemaah, mereka bekerja untuk jemaah, ada yang jadi guru, ada yang jadi warden asrama, ada yang jaga kedai bakeri, ada yang bekerja di hospital jemaah, ye..ada hospital. Tak caya gi tengok kat Bandar Contry Home, Rawang, model masyarakat Islam cukup lengkap di sana. Jadi segala urusan perkahwinan mereka dari merisik, meminang, hantaran dan segala yang berkaitan dengan perkahwinan akan diuruskan oleh jemaah. Tu yang saya kata bertuahnya mereka. Takde duit banyak pun mereka boleh kawen tanpa nak pening-pening fikir itu tak cukup, ini tak ada.

Proses kawen mereka pun sangat berlandaskan syariat. Kenduri tetap diadakan, kadang-kadang sangat meriah kerana majlis kawen beramai-ramai, tujuh, lapan pasang sekali kenduri, bayangkan betapa meriahnya. Ada yang kawen single, ada gak yang poligami. Haaa..sekali lagi terkezut korang kan bila dengar poligami. Ye..poligami sangat diterima dalam jemaah kami, diorang tak hairan pun kawen poligami, poligami dah tak jadi kudis pada mereka.

Saya pun melalui proses ni. Cuma saya kawen dulu masa tu jemaah baru diharamkan, jadi kami masa tu agak terumbang ambing, Tapi Alhamdulillah..tetaplah ada yang mengambil tahu. Saya tak bercinta. Kenal bakal suami ( my larling sekarang ni ) melalui gambar je, dia pun kenal saya melalui gambar, Masa tu saya dah agak berumur, dah 24 tahun, kawan-kawan lain semua dah kawen, saya je lambat sebab saya sedikit memilih, bertunang setahun, kami pun kawen. Dan Alhamdulillah, kami kekal bahagia hingga kini, bercinta lepas kawen la kami, sampai sekarang pun masih bercinta, hi hi..

Kalau ditakdirkan poligami? Oh..


14 Mar 2015

Mencari suami...?

Cari Suami Cara Siti Khadijah

Nota Editor : Catatan ini asalnya diterbitkan di FB Wall Yazid Zul, seorang pensyarah UIA yang banyak berkongsi kisah teladan dan pandangan di wall beliau. Yazid Zul juga seorang yang suka mengembara.


Cara mengurat yang betul

The best and most beautiful things cannot be touched or seen. You must feel it in your heart instead.

Emak kepada orang beriman, isteri kesayangan Rasullullah s.a.w telah mengajar kaedah mengurat lelaki yang betul. Ada ikutan dalam sejarah dan kisah cinta Rasullullah s.a.w dan isterinya Khadijah iaitu ibu kepada golongan mukmin.

Pertama sekali, umur hanyalah angka.

Khadijah 15 tahun lebih tua dari Rasullullah s.a.w. Tapi itu tidak menjadi halangan kepada perkahwinan yang bahagia. Selama perkahwinan dengan Khadijah, Rasullullah s.a.w tak berkahwin dengan sesiapa yang lain.

Kedua, Khadijah tak couple dengan Rasullullah s.a.w. Guna orang tengah.

Khadijah ni sebelum berkahwin merupakan boss atau majikan kepada Rasullullah s.a.w. Zaman tu pun Islam belum diturunkan dan Rasullullah pun belum dilantik menjadi Rasul.


Zaman tu pun zaman masyarakat jahiliah. Pergaulan bebas memang budaya zaman tu. Di sebalik semua itu, Khadijah tidak pun ber couple atau ber dating-dating dengan Rasullullah. Sebaliknya, Khadijah menghantar pekerjanya untuk berjalan dan travel bersama Rasullullah untuk menyiasat akhlak dan perangainya.

Ada manis dalam kaedah tu. Memang kalau nak kenal hati budi orang, travel sekali merupakan cara terbaik. Justeru, paling terbaik kalau kita tanya orang yang pernah travel dengan orang tu. Barulah kita tau akhlak dia. Jujurkah dia. Sopankah dia. Pervert kah dia. Pemalukah dia. Caring kah dia.

Di samping itu, khadijah sentiasa mempamerkan akhlak yang baik. Seorang yang sopan. Seorang dermawan. Seorang yang terkenal dengan perangai sopan-santun. Seorang yang penyayang. Akhlak yang mulia itu suatu tarikan yang sangat kuat untuk laki-laki yang baik. Tak perlu seksi atau gedik manja.

Teori ber couple manja dulu untuk kenal hati budi ni berlandaskan satu hipotesis yang salah. Kalau couple 8 tahun, selama 8 tahun tu penuh kepura-puraan. Laki yang gemuk pun akan tahan nafas dan cover perut buncit dia depan makwe dia. Perempuan yang pemalas kemas rumah dan tak reti masak pun akan berlakon macam suka memasak dan seorang yang tidy. Iklan semua tu.

Ketiga, direct to the point.

Khadijah dah berkenan kat Rasullullah, hantar orang tengah untuk tanyakan kalau-kalau berminat. Rasullullah pun terus mengaku berminat dan kawin terus. Kan senang gitu. Takyah drama-drama lama-lama.

Kalau kita tak kahwin tapi ber couple manja lama-lama, ini akan membuka ruang maksiat dan zina. Kalau endingnya kawin pun, alangkah buruknya sesuatu perkahwinan itu dimulai dengan romen zina.

Belajarlah dari ibu orang-orang beriman. Buatlah dengan kaedah yang betul.

8 Mar 2015

Bukan tak rindu.

Salam sayang, salam rindu, salam ampun maaf buat teman-teman yang masih sudi berkunjung ke lamanku ini, walaupun belum sempat kubalas kunjungan kalian, terimakasih sesangat pada sesiapa saja yang masih sudi meluang waktu membaca coretanku. Bukan aku tak rindu untuk saling berkunjung, saling bertegur sapa seperti dulu, laman ini adalah hiburan jiwaku, masakan boleh kulupa begitu saja, cuma...

Tiada apa yang ingin kukongsikan. Menjelang maghrib sedang melayan syahdu sambil dibuai alunan zikir di astro oasis, terapi jiwa yang in shaa Allah berkesan juga.

Sebelum mengundur diri, ampun maaf sekali lagi.

3 Mar 2015

Tahniah kakak.

Betul rupanya ibu teka, haaa...terer kan ibu, he he...Alhamdulillah kakak dapat 8A 1B...yang B tu bukan add math, tapi BI. Ibu pasti sesangat abah sengih lebar sampai ke telinga kan. Dan mesti kakak tak boleh nak cakap apa lagi, sampai meleleh air mata gembira sahaja. Mesti punyalah.

Selesai sudah satu fasa getir dalam hidup kakak. Yang pasti hari depan yang menanti penuh dengan cabaran. Takpe..Allah kan sentiasa ada untuk kita mengadu apa saja. Jangan pernah lupakan  DIA.

2 Mar 2015

Esok yang dinanti.

Bunyi cam sasepen je. Ha'ah....buat anak dara kita tu. Dari malam tadi tak tentu arah, dok suruh ibu teka berapa dia dapat..." oke...ermmmm...ibu rasa ko dapat 6A kot"
" Ala, ibu...taknakla sikit sangat " ( keh, keh..dalam hati ibu tergelak tengok kakak cam naik sawan bila ibu teka camtu,  pastu kata tak lalu makan la, padahal habis kari ibu kau kerjakan, dahla ibu pun bukan rajin sangat masak )

" okla, ibu rasa ko dapat 8A, sebab ko kata add maths susahkan" ibu nak sedapkan hati kakak.
" Ala, kalau dapat A minus pun bolela...." mendatar suaranya.

Pagi tadi, kakak dan abah bertolak ke SESTER Kuala Terengganu, esok keputusan SPM keluar.
Apa pun keputusan yang kakak dapat, terimalah dengan redha, dah usaha dan tawakkal...kan?

1 Mar 2015

Apakah perbuatan isteri yang menyamai dosa berzina?



Kaum wanita..berhati-hatilah..


Nabi SAW bersabda: " Siapa saja seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian keluar lalu melewati sesuatu kaum, dengan tujuan agar dapat mencium bau harumnya, maka ia berdosa seperti dosa berzina dan setiap mata yang memandangnya juga berdosa seperti dosa berzina."

Nabi SAW bersabda: " Aku pernah melihat di dalam syurga lalu aku melihat yang terbanyak ahli syurga ialah orang fakir dan aku juga melihat di dalam neraka lalu melihat yang terbanyak ahli neraka ialah kaum waniata. Demikain itu kerana kurang baktinya kepada Allah dan kepada suami mereka serta kebanyakan mereka menghias diri seindah-indahnya ( berlebihan bila hendak keluar rumah )

Ramai kita tahu perkara ni, tapi ambil mudah. Tak nafikan, kita ni kaum wanita memang suka wangi-wangian, sanggup simpan duit nak beli perfume idaman jenama terkenal, spray kasi wangi masa nak pi kerja....awasss, ingat hadis nabi kat atas tu yek.

Satu lagi..nak pi kerja punyalah wangi,  cantik, mengancam, terancam, macam-macam...tapi bila kat rumah, Masya Allah..kelawar, kelawar dan kelawar je, dan kelawar itulah juga..hi hi..saya memang suka pakai baju kelawar, senang, ringkas, sarung terus masuk, kalau tersarung depan ke belakang keluar tangan dari lengan baju pusingkan leher baju ke depan je..memang mudah, nasib baik tak kena tegur lagi setakat nih, tapi tak taula dalam hati dia camane..tapi ada la juga baju lain, bila pakai anak tegur, " EE, ibu pakai baju seksi." Saya kata..ibu panasla, mana ada pakai baju seksi..Hrmmm..pantang nampak ibu pakai lain sikit.

Moga ada manfaatnya..nak pi masak plak nih.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign