Asam Garam Kehidupan: Cerita first day and second day.

Nuffnang

Pages

6 Jan 2016

Cerita first day and second day.

Alhamdulillah masuk hari kedua ni, rasanya urusan di rumah, urusan nak ke tadika dan kerja di tadika dipermudahkan Allah. Cuma rasa janggal sikit sebab dah takde 'ekor'. Dari umur dia tiga tahun dia mengekor ibu di tadika di Putra Jaya, sampailah tahun lepas di tempat kerja ibu di Semenyih ni, grad ( mbik kau, grad la sangat ) di tangan ibu, hi hi..

Alhamdulillah dua hari ni abah cuti. Kalau tak kes naya juga. Abah kata sampai kat sekolah agama turun dari van dia berdiri je bawah pokok tak tau nak pergi ke perhimpunan, abah le pimpin tangan dia bawak pergi ke padang perhimpunan. Tu cerita kat sekolah agama.

Kat sekolah kebangsaan pun haru juga. First day semalam ibu belikan roti untuk makan masa rehat, ibu bimbang juga masa rehat cuma 20 minit tu dia tak sempat beli makanan, tapi rupanya abah kata bukan takat tak bawak turun roti, air minum, duit belanja semua tak bawak turun ke kantin. Abahla belikan nasi ayam dan air. Kalo tak berlaparla dalam kelas jawabnya.

Hari ni tertinggal air plak. Tapi ibu dah bekalkan karipap. Dia beli la air mineral. Dalam kelas pun dah dapat ramai kawan juga, cuma kelakarnya ada kawan dia tak tau namanya, berkawan je, tapi tak tanya nama, gitew le bebudak.

Ibu pun dah start tekankan solat, menangis jugakla dia solat maghrib sebab penat dan lapar katanya. Eh! mana bole, dari sekarang dah kena mula. Masa tadika dulu cuma berlatih satu waktu je setiap hari, mula dari hari isnin belajar solat subuh, sampailah jumaat solat isya. Alhamdullah semua bacaan dalam solat dia dah tau.

Cuma esok....abah dah start kerja. Bimbang juga nih. Tapi mintak-mintakla dia dah bole bawak diri. Permudahkanlah ya Allah...

kenangan ibu khusus untuk Umar Zikri...moga suatu  hari anak ibu ini dapat membacanya.

16 comments:

  1. Comel Umar Zikri, pengalaman baru ni berjauhan dengan ibu kan..sebab tadika dengan ibu. kira good job umar zikri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu yg ter emo sket, hu hu..ank bongsula katakan..ha ha

      Delete
  2. Alahai sweet jer...nk menuggu dia dh biasa dgn persekitaran sekolah mkn seminggu juga tu...boleh sesat kt sek nti...

    Bgi msa sikit lgi lpaih ni oklh tu.....lps tu lpglh dada kita ni...anak oh anakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, moga begitulah doanya, dlm kelad dah ok rasanya, cuma persekitaran sekolah yg luas tu yg mgkn mencabar bg dia.

      Delete
  3. senyum saja bila baca entri blogger pasal sibuk dengan anak ke sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hi..IM pun citer pasai cucu..

      Delete
  4. assalam.singgah sini.
    bagusnya dah terapkan anak solat.alhamdulilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada akk menekankan solat sgt penting Ija, nak bagi dia lekat bukan senang kalo dah besar baru nak suruh

      Delete
  5. Assalamualaikum...semoga anak Puan Azimah menjadi anak yang soleh...

    Teringat zaman saya dulu...siap nak minum milo masa cikgu mengajar....cikgu pun bagi saya minum milo yang mak bekalkan....sebab cikgu takut saya menangis....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Fida, amin..trmkasih atas doanya.:)
      Hi hi, citer kita zaman sekolah dulu apa kurangnya kan?

      Delete
  6. kena sayang anak..kan anak kita semua adalah permata hati yang Allah beri..

    ReplyDelete
  7. Sudah semestinya cikgu etuza, sudah semestinya dibimbing ke jalan yg betul.

    ReplyDelete
  8. Selamat tahun baru!

    Anak, belajar rajin rajin tau :)

    ReplyDelete
  9. Salam tahun baru juga sherweiyna muzzawer.
    In shaa Allah bagi pihak umar zikri;)

    ReplyDelete
  10. Ko tak cuti ke mak? Yelah....anak anak angkat ko pun ramai ek hihi.....mesti ko susah nak cuti.

    Alahai hensemnya Umar Zikri mak, muka baik dan soleh gitu.

    ReplyDelete
  11. Ko tak cuti ke mak? Yelah....anak anak angkat ko pun ramai ek hihi.....mesti ko susah nak cuti.

    Alahai hensemnya Umar Zikri mak, muka baik dan soleh gitu.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign