Asam Garam Kehidupan: Yang amat membahagiakan.

Nuffnang

Pages

28 Nov 2016

Yang amat membahagiakan.

Bagi seorang cikgu tadika macam aku, tapi rasanya bukan aku saja..kalau mereka benar-benar berjiwa pendidik, saat paling membahagiakan bila melihat anak-anak didikannya mencapai target yang ditetapkan, dan akhirnya membuat persembahan menunjukkan bakat mereka di hadapan ibubapa mereka, ibubapa mereka pun tak sangka anak-anak mereka boleh buat macam tu, ya Allah...rasa kepuasan tu hanya Allah yang memahaminya.
Anak-anak menunjukkan bakat masing-masing.
Bersajak.
Ini entah kali keberapa cikgu tua ni bergambar di pentas konvo, cikgu ni masih bersemangat tau, walaupun semalam tu demam, digagahkan juga bagi meraikan anak-anak tersayang.
Ticer Azimah pun tak pernah dapat peluang bertopi dan berjubah konvo tau, korang kecik-kecik dah merasa.
Persembahan mereka menyentuh hati ibubapa mereka.
Anak yang bernama Aidid Amsyar ni, seingatku, sepanjang 25 tahun aku memegang title cikgu tadika, dia inilah yang sangat sukar kutangani, dia tergolong slow leaner, pelat, suka cari pasal ( semua ni parent dia sedia maklum ), belajar dalam kelas rasanya dia tak dapat ikuti dengan baik, jadi dalam masa 5 bulan aku ambil masa khusus setengah jam setiap hari kelas khas untuk dia seorang, itupun dalam tempoh 3 bulan aku terpaksa pegang rotan supaya dia serius, dan...Alhamdulillah akhirnya anak ini berjaya juga, boleh membaca dengan baik seperti rakan-rakan sekelasnya. 
Tengoklah ticer Azimah dapat hadiah tu, daripada ibu anak nilah. Tapi bukan hadiah tu yang mengembirakan aku, yang lebih membahagiakan bila anak ini berjaya capai target yang ditetapkan.
Si kecil ni pun umurnya 6 tahun ye. Tahun lepas kami terpaksa masukkan dia di kelas 4 tahun. Pun tergolong slow learner, tapi Alhamdulillah pun berjaya capai target ticer Azimah.

Terimakasih ya Allah.

9 comments:

  1. Tahniah kerana usaha gigih ticer Azimah tak sia2. Guru tadika memainkan peranan penting sebab time budak2 masih kecik lah masa yang paling genting untuk membentuk peribadi dan pemikiran mereka. Ticer Azimah kena psiko diorang kaw kaw lah gitu. PH tabik springlah sebab ticer Azimah kuat azam dan banyak kesabaran untuk membimbing budak2 ni terutamanya yang slow learner. Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PH, once dorang step on 6y, saya akan pasakkan dlm otak dorang setiap pagi sebelum sesi kelas, saya kata mereka dah besar, dah jadi abang2 dan kakak2, kena behave utk jadi teladan utk adik2 4,5y.., memilih kerjaya as cikgu tadika ni PH, need o lot of sabar coz ank2 ni baru nak belajar independent kan, so sape yg rasa dia bole sabar dan sayang budak kecik je boleh pilih kerjaya ni.

      Delete
  2. Nak nangis kakak baca ni Azi
    Itulah tak semua cikgu mampu menjadi cikgu
    Begitu juga tak semua mak mampu menjadi mak
    Tapi cikgu Azimah mampu menjadi cikgu dan mak sekalgus
    Syabas dari kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, saya setuju sangat, kadang yg dtg nak kerja tu just becoz blm dpt kerja lain, so tak dpt memberi komitmen terbaik as ticer. Susah nak cari yg betul berminat, kadang kesian tengok bos tu, asyik nak kena iklan cari cikgu.

      Delete
  3. Susahnya jadi cikgu, kena pikul amanah paling besar, sy pula bukan jenis penyabar, ngajar Alyapn, suara kemain lagi tinggi..

    Biar le sy jadi diri sendiri, cikgu ntuk anak2 cuma. ^_^

    ReplyDelete
  4. Susahnya jadi cikgu, kena pikul amanah paling besar, sy pula bukan jenis penyabar, ngajar Alyapn, suara kemain lagi tinggi..

    Biar le sy jadi diri sendiri, cikgu ntuk anak2 cuma. ^_^

    ReplyDelete
  5. Wah posing nampak mak!hihi....Haih...tua tua pun masih menggigit tau haha... aku dan kolah tu haha....

    Tahniah mak, ko mmg seorang pendidik yg hebat. Beruntung anak anak didikan ko tu...

    ReplyDelete
  6. Bagusnya teacher Azimah guide kanak2 slow learner.. Keep up the good work! :D

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  7. Ko memang ado jiwo pendidik Tin Mah..
    Den ni guru displin bulih lah..
    Asyik menjorit jo..
    Sampai anak2 kek umah ni pun kato..
    Udah2 lah tu cikgu displin..
    Asyik jorit jo.😅😆

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign