Asam Garam Kehidupan: Ticer tumbang.

Nuffnang

Pages

7 Dec 2016

Ticer tumbang.

Ni semalam punya kes. Ada sorang budak baru umur 4 tahun. Nangis tak henti-henti. Takde ticer nak cuba pujuk. Yelah masing-masing ada tugas, sibuk sebab budak- budak baru ni semua kita nak kena perati, ajar letak beg kat mana, disiplinkan dorang, ajar adab makan sebab dah tentu-tentu nak kena kasi diorang makan, ajar guna toilet, sebab ada yang masuk toilet tak bukak seluar kencing berdiri pastu tak basuh kencing..... pendek kata letihla kami sebulan ni.
....jadi budak ni menangis je, saya ni plak jenis tak boleh dengar budak nangis, naik serabut kepala otak. Jadi saya cuba pujuk, amik dudukkan atas riba, dia tak mau. Saya cuba berlembut dulu, tak jalan. Last, last saya tangkap, peluk. Dia meronta-ronta. Makin kuat nangisnya. Saya peluk lagi kuat, lagi kuat dia meronta. Sambil peluk tu saya bacakan ayatul kursi dan selawat hembus di ubun-ubun dan telinga dia. Ada kot 15 minit saya peluk dia dan dia meronta-ronta tu, agaknya dia dah letih, dia cakap..." taknak peluk, nak tido.."

Saya pun lepaskan. Dan memang dia tertidur lepas tu. Letih bertarung dengan ticer Azimah. Tapi bukan dia je letih, den pun nai mongah dibuatnya.

Pastu bahananya menimpa ticer Azimah. Naik sakit kepala mula dari belakang tengkuk berdenyut sampai ke atas. Tak tahan Oo..sudahnya ticer azimah tertido dari kul 2 sampai kul 4. Bangun tido tu Alhamdulillah hilang sakit kepalanya.

Hari ni ticer azimah amik cuti. Nak rehat satu hari.
Namanya Aqil, nama penuh tak ingat lagi. Tu yang baju biru, seluar merah..tulah budaknya yang mengamuk semalam. Tapi menurut ticer lain, hari ni dia dah ok, cuma dah tunjuk belang juga, tetiba je pukul dan cubit kawan-kawan lain. Errmmmmm...
Nak kena pelan- pelan cuci ni.

20 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Bertabahlah puan dengan kanak-kanak..tabik..

    ReplyDelete
  2. Wsalam.
    Memang kena tabah Fida, kalo tak tu yg kuta dgr mcm2 kes di tadika dan taska.

    ReplyDelete
  3. Wsalam.
    Memang kena tabah Fida, kalo tak tu yg kuta dgr mcm2 kes di tadika dan taska.

    ReplyDelete
  4. Haiz...kesian ticer Azimah. Payah juga kerja sebagai guru tadika, Banyak cabaran, kena banyak bersabar. Kalau PH, surrender terus lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, mana ada keje yg senang PH. Cuma saya ditakdirkan suka bebudak, sesuailah jadi cikgu tadika. Cam PH suka makan, so sesuailah suka memasak, ye tak?

      Delete
  5. salute utk Zimah
    tahan kerenah anak2 tadika ni
    kaknoor rasa nya tak setabah zimah hehee
    didapur je ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trmkasih knoor, kenalah tabah bila kita yg pilih kerjaya ni. Saya pun salute knoor rajin dan pandai masak. Cam saya masak utk mkn keluarga sendiri bolela. Simpam rezepi mcm2, nak buatnya entah bila.

      Delete
  6. Penat juga ya kak.. Tiap tahun kena back to 0 untuk didik dan lembutkan hati anak2 baru masuk.

    Sekarang akak macam mana? Sihat?

    ReplyDelete
  7. Mmg penat reen, mmg ibarat back to 0, tapi in shaa Allah budak2 ibarat tin kosong, kita isilah dgn benda yg elok2, yg susah cuma nak biasakan dorang berpisah seketika dari makpak dorang.
    Akk ok dah, cuma penat kot.
    Trmkasih tanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau penat.. Akak kena rehat lg tu. Hihihii

      Hehehe tiap tahun akak kena lalui kerenah anak2 yang menangis sebab xnk berpisah dengan parents. Teringat pula waktu reen kecik2 dlu pun gitu.

      Sampai xnk masuk taska. Duduk je kat depan pintu tunggu ibu. Hahahhaaa lawak pula bila teringat. Aih.. Malu :p

      Delete
  8. Seorang cikgu kena betul2 sabar, adehhhhhh...

    ReplyDelete
  9. cabaran menjadi cikgu tadika kan kak, kena banyak sabar

    ReplyDelete
  10. Ya, tapi kadang hilang sabar juga, tapi tkdelah sampai tahap melampau, hihi

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, semoga semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Berurusan dengan manusia kena banyak bersabar dengan macam karenahnya...hehehe. Penat tu jangan katalah. Tapi itulah setiap kesabaran kita membentuk 'manusia' pasti tidak sia-sia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, trmkasih ziarah dan doanya.
      In shaa Allah, moga itulah nnt jadi saham saya di akhirat.

      Delete
  12. Ya Allah tabahnya akak layan budak2 ni.. Kalau unni ni jenis x sabar, memang nk marah jak jadi hihihi.. Tabik kat akak. Teruskan jdi pndidik.. In sha Allah dipermudahkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tabah unni, bukan senang sebenarnya, sbb tu ada yg cuma bertahan sementara nak dptkan keje baru yg lebih glamor dan lumayan.

      Delete
  13. Ko ni jenis sabo agaknya ye mak....
    Hihi....bukan budak yg kena peluk je penat rupanya ticer yg peluk pun lotih

    ReplyDelete
  14. Den cubo nak ikut cam jibril buat kek Rasulullah, kan jibril peluk rasulullah masa dia nak ajar rasullulah membaca tu kan.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign