Asam Garam Kehidupan: Nama panjang ke nama pendek??

Nuffnang

Pages

12 May 2017

Nama panjang ke nama pendek??

Ticer, nak tulis nama panjang ke nama pendek??
Nama panjang. Tegas je suaraku.

Buat latihan, buat latihan, buat latihan, siap...ticer, tulis nama pendek eh??
Nama panjanggg..nada suara ticer turut panjang.

Jap lagi siap latihan, dia tanya lagi soalan yang sama, esok tanya lagi. Macam tulah kerenah seorang budak yang asyik tanya soalan..nak tulis nama pendek ke nama panjang..bila selesai latihan, padahal namanya takdelah panjang mana pun, nama pendeknya dipanggil Suri. Nama panjangnya Nurliyana Suri Nabila.

Tu kira takdelah rumit naw nak menulisnya. Cer bayangkan nama yang lagi panjang yang berbelit- belit, yang bersimpul- simpul contohnya, Tengku Puteri intan syazwina balqis..contoh,haa, kalau nak isi form dah tak muat.

Nape ek orang sekarang suka sangat bagi nama panjang-panjang kat anak memasing, suka hati akula..dah anak aku, bukan anak kau..kuikui..mesti ada yang jawab macam tu ek.

Korang, kesianlah kat anak korang tu. Yelah, nanti kena marah dek cikgu tadika cam teman ni, ater..cikgu tadika yang memula nak ngajo tulis nama, yang anak kome tetiap kali buat latihan dok tanya nak tulis nama pendek ke nama panjang. Mestilah nak tulis nama yang proper macam yang tertulis dalam birth certificate tu, tapi kalau dah namanya panjang tu yang nak tulis nama sendiri pun sikit punya bercinta, sampai terlentok-liuk, tulis pun terbalik-terbalik, uishhh..nampak naw susahnya.
Tapi ticer kena juga ajar tulis nama betul-betul sampai pandai. Kalau tak pandai kang cikgu darjah satu plak yang susah. Darjah satu masih banyak guna work sheet, bila guna work sheet kena tulis nama, kalau tak pandai tulis nama cikgu nak bagi semula kertas latihan tu dah tak tau sape punya, haa...nampak tak, besar tau tanggungjawab teman as cikgu tadika ni.

Teringat plak arwah mak cakap sok kat Padang Mahsyar malaikat nak panggil nama pun susah, malaikat panggil nama yang mudah2 dulu macam Muhammad, Aminah, Abdul Rahman...tapi tak tau lah betul ke idok cerita mak teman tu, nak tau sahih ke tak kenalah tanya ustaz yek.

15 comments:

  1. tu dia dasattt nama 2016 tu kak hahaha..bukan takat jenuh nak tulis, jenuh juga nak hafal nama sendiri...huhuhu

    betul tu kak kadang tengok nama yang panjang2 tu berbelit lidah nak nyebutnya. kalau 2 perkataan pun kira dah ok, tapi ye lah bila ramai2 pilih nama tak nak hampakan hati makayah atok nenek itu yang rangkum semua nama tu saya rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Nak gelak tengok macamana nama boleh berubah panjang dari tahun ke tahun. Yalah, orang zaman sekarang ni suka benar letak nama anak panjang-panjang sampai tercungap nak menyebutnya. Kasihan kat si anak tapi kasihan jugalah kat bakal-bakal cikgu si anak tu nanti ^_^

      Delete
    2. Tulah kan, makin lama makin cañggih nama ank memasing, cer bayangkan, satu hari nanti bila cikgu tya nama nenek, si cucu ni terkial2 nk menjawab nama nenek eh..natalia d coco asparagusia binti afique ferman darwish..haa..cian cucu tu plak.

      Delete
    3. Betul juga tu, kadang tok nk nama ni, nenek nk nama ni, mak ayah nk nama yg ni, last2 gabung semula, last2 jadi mazda gabriella, nama atok mazlan amik maz, nama nenek dalilah amik da, nama ayah gafar jadi ga, nàma mak norlela amik ella..
      Kikiki..

      Kebetulàn plak tgk oasis ada prog datuk fadilah kamsah pasal nama ank2, nama ank pilihla yg ada maksud baik2, jadi doa utk ank.

      Delete
  2. Angah dulu nak bubuh nama anaknya ( cucu saya ) dengan nama Dhiya Marissa Qaisara. Saya nasihat jangan bubuh nama panjang sangat nanti susah dia nak isi borang.

    Nama Angah sendiri pun asalnya saya nak bubuh nama Firadus sahajaa tapi mertua suruh tambah nama Muhammad. Fikir punya fikir saya bubuh nama Ahmad Firdus sahaja. Tu pun saya rasa dah panjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, nk isi form pun tak muat kan, habis apa nama cucu IM tu, setuju la ayah bg nama pendek je, okla ayah dan atuk yg sporting.
      Muhammad firdaus tu tkdelah panjang pun, Ahmad pun ok juga. Nak panggil pun senang kan.

      Delete
  3. Itulah sebabnya nama anak bongsu saya Yusuf saja. Kalau orang tanya nama panjangnya apa? Saya jawab Yusuf bin ..... (^_^)
    Takde lah lenguh tgn omaknya yang dah tua ni nak menulis namanya kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga2 satu hari nnt ada trend nama pendek2 plak, nama2 berkat mcm ank KB ni ok sesangat. Nak panggil pun senang, tok nenek nk ingat nama cucu pun senang kan yusuf^^

      Delete
  4. Kata orangtua dulu,berat anak nak bawa nama panjang2 tu sebab mudah jatuh sakit.
    Nama anak akak pun dah rasa cukup panjang walaupun antara 2-3 perkataan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan, dulu2 kalo ank selalu sakit, kata org tua2 namanya berat, tukar nama. Bila dh tukar elok plak jadinya.
      Nama ank2 saya pun tkdelah panjang sangat, dua patah je setiap sorang.

      Delete
  5. untuk kalian yang menunggu liburan dan bingung untuk cari tempat yang NYAMAN,MURAH dan STRATEGIS :) langsung aja yu kunjungi di HOSTEL MURAH DI BANDUNG COCOK UNTUK BACKPACKER

    ReplyDelete
  6. Dah jadi trend sekarang, bubuh nama anak panjang2.
    Nak panggil yang mana satu pun tak tau.
    Last2 panggil along, angah or usu aje.

    ReplyDelete
  7. Fenomena skrg inikan...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign