Sedih juga la masa tu, yela..remaja la katakan, teringin juga nak ada beberapa pasang kasut untuk bergaya sesuai dengan keadaan, tapi ..tak berduit, mampu tengok, mampu berangan jelah.
Pastu bila dah mula bekerja, ( cikgu tadika dari dolu-dolu ), gaji cikgu tadika berapalah sangat, pun tak boleh meralisasikan angan-angan nak berkasut banyak. Then..dah jadi terbiasa dengan sandal atau selipar yang cuma ada sedikit tumit. Ada juga beli kasut bertumit, saya cuma mampu pakai sekali dua, rasa tak selesa, jadi kasut tu terbiar tak dipakai. Dah jadi membazir, cuma masa tu takdelah akal tu terjangkau pasal membazir, hisab akhirat ke..
Bila dah tua-tua camni ( sedar pun diri dah tua, amalan tak seberapa , hua, hua ), dah terbiasa dari kecik, alam sekolah, alam remaja..cuma ada sepasang selipar dalam hidup ( mbik kau, dalam hidup tuh, maksud saya untuk suatu tempoh masa, hi hi ) saya dah jadi tak kesah dah, sepasang selipar tulah saya lanyak ke pasar, ke tempat keje, jalan-jalan, balik rumah mak mentua, ke rumah terbuka datuk Zahid Hamidi ( oitttt...apa crita tetiba masuk nama DZH ni, sasepen jer ye, DZH tu pak sedara biras, jadi masa raya tahun lepas pi rumah terbuka dia, orang lain bergaya dengan macam-macam kasut merelit-relit, saya bantai selipar jer ).
Pasal tetiba cerita pasal kasut nih, entah le..
Takde..sebenarnya masa lepak-lepak tunggu kawan kat stesen bas, saya tengok ramai sangat yang berselipar, tapi selipar cantikla..
Dari atas, tudung cantik, baju cantik, handbag cantik, tetiba kaki kat bawah pakai selipar. Then saya terpikir-pikir, mesti dalam pejabat ada kasut cantik, selipar tu pakai nak gi kantin ke, toilet ke, sebab selipar SELESA..
......selesa.....selesa...selesa....
Kita hari ni selalu lupa bersyukur dengan segala macam nikmat yang ada, kita selesa dengan apa yang kita ada, kereta, rumah, anak-anak, suami, isteri, segalanya telah kita miliki dengan izinNya, cuma dek kerana kita dah SELESA, kita tak menyedarinya. Macam pakai selipar tu, mudah dimiliki, kalau hilang murah je nak beli lagi, kita rasa mampu dapat dengan usaha kita, padahal kalau tanpa izinNya, nak gerakkan sebatang jari pun tak berdaya....
sepasang selipar, selesa... |
No comments:
Post a Comment