Di kesempatan ini, marilah kita panjatkan rasa syukurSalam Ramadhan Al Mubarak.
ke hadrat Allah yang telah
mempersaudarakan kita
kerana dengan belas ihsanNya
kita masih diberikan peluang
untuk menyambuk Ramadhan yang penuh barokah
Nah..di bulan yang menjanjikan pahala
yang melimpah ruah ini
marilah kita bina kasih sayang
melalui ibadah yang ditunaikan.
Kemudian
Jadikanlah puasa yang menginsafkan kita
erti letih, lapar dan dahaga
membantu mereka yang malang
Muliakanlah waktu berbuka yang penuh nikmat itu
dengan menjamu si fakir
meraikan mereka sebagai tetamu
jadikanlah sedekah ihklas kita, tambahan zakat
moga dengannya
akan terbelalah nasib anak-anak yatim
menghiburkan mereka yang tak punya
rebutlah peluang selepas majlis tadarus
dan solat tarawih untuk menjalinkan persaudaraan
dengan tetangga setempat
jadikanlah segala ibadah yang mencegah kita
dari kemungkaran, menyintai kebenaran
berkasih sayang dan mendamaikan
mereka yang bermusuhan
Segala yang dilakukan ini adalah sunnah
Rasulullah SAW dan amalan yang diidam-idamkan
oleh para malaikat
membuahkan ganjaran berlipat-ganda
dan yang paling utama
mendekatkan kita dengan rahmatNya
Sabda Rasulullah SAW:
" Barangsiapa yang mengasihi sesama manusia
dia akan dikasihi Tuhannya"
2 hari menjelang Ramadhan....
inshaAllah, semoga menjadi ahli syurga dengan permulaan yang baru. salam ramadhan NA.
ReplyDeleteAmin, amin..
DeleteSalam ramadhan juga buat BP, moga kita mendapat ramadhan yang diberkati
selamat menyambut ketibaan ramadhan.
ReplyDeleteSalam Ramadhan juga buat Kamsiah sekeluarga, terimakasih atas kunjungannya..:)
DeleteIn Sha Allah...moga diberi kesempatan melalui Ramadan kali ni dengan sebaik mungkin. Salam Ramadan kak...
ReplyDeleteSalam ramadhan juga buat Sal, semoga mendapat ramadhan yang berkat, amin..
ReplyDelete