Biasanya hari sabtu tak ramai orang shopping barang dapur, mungkin sebab hari sabtu kena bayar 20 sen untuk setiap plastik tambahan. Saya suka shopping hari sabtu sebab tak sesak. Tapi semalam, ramai betul orang, mungkin sebab masing-masing nak beli barang dapur sebagai persediaan menyambut Ramadhan. Alhamdulillah, tahun ni saya dapat sambut 1 Ramadhan, selalunya ABC, dah 4 ke 5 Ramadhan baru dapat puasa. Kebetulan hari ni ahad, jadi bolehla kot special sikit, ada bubur , ada kuih, raikan anak-anak yang berpuasa. Diorang dok pakat tidur balik lepas subuh ni. Kalau ikutkan nafsu nak tidur tu, saya pun tumbang... Saya rasala kan..belanja di bulan puasa ni makin bertambah. Yela..kena masak untuk 2 kali makan, walaupun saya masak sekali je, tapi kuantiti (caih! ayat ) bertambah, sebab saya masak lebih untuk sahur sekali. Kalau bulan tak puasa, hari kerja makan kat tempat kerja, so..masak untuk makan malam je, ikan 2, 3 ekor dengan sayur dah memadai. Ni boleh plak nak masak bubur, kuih bagai. Kalau bulan tak puasa, lepas makan takat minum air kosong je, eh..ni siap beli jus dua tiga botol lagi. Kalau bulan tak puasa, buah tu, sape nak makan baru kopek, ini..wah..siap berhidang buah atas meja sekali. Oh ye..sebut pasal makan buah ni kan, sebenarnya dalam islam ikut sunnah yang diajar oleh Rasulullah, buah ni kita makan sebelum makan benda-benda lain. Bukan makan selepas makan macam yang diajar oleh Yahudi tu. Psssst..gambar kat atas tu gambar curi.. Okla kawan-kawan..di sini saya ingin mengucapkan selamat meraikan Ramadhan al mubarak, jom..kita pakat pi surau tarawih, tadarus, tambah sedekah sebab kebaikan yang kita buat di bulan ramadhan ni pahalanya diganda-gandakan, rugi wooo, kalau kita tak rebut, bukan selalu dapat. Maaf zahir batin, jika ada antara bicara saya yang mengguris hati kawan-kawan. |
Alhamdulillah NA sangat penyayang memberi yang paling baik untuk keluarga, masak sendiri dan berhidang, puas buka puasa dengan NA. makan buah dulu :) selamat berpuasa. :)
ReplyDeleteterimakasih BP, dah plan ke nak masak apa untuk buka puasa nanti? hi hi
ReplyDeleteSelamat berpuasa Nor. Alhamdulillah, kerana kita dapat mengerjakan ibadah puasa lagi di tahun ini. Syukur pada Allah yang memanjangkan usia.
ReplyDeleteTerimakasih suri ain, Alhamdulillah..kita direzekikan bertemu ramadhan setahun lagi, moga kita mendapat puasa yang diberkati, aminn
Deleteseeloknya berbuka biarlah sederhana ... selamat berpuasa . saya mohon maaf andai tulisan dan komen saya ada yang mengguris rasa ...
ReplyDeleteakak pun mintak maaf juga jika ada tersilap kata, mengguris rasa
Deletesmlm pun kehulu ke hilir juga ,membeli ala kadar
ReplyDeleteselamat berpuasa di tambah dgn ibadah lain..sama2 kita ye..
p/s berniaga kecil2an
tula kan knor, bila ada suami dan anak-anak ni, makanan yg dihidang tu nak juga buat elok-elok sikit, kalau takat utk diri sendiri makan je apa yang ada.
DeleteIn Shaa allah, kita sama-sama rebut peluang ni