Telah berfirman Allah Taala.
" Hai segala manusia, hanya senyea duniaini kampung bagi orang yang tiada kampung. Dunia juga harta bagi orang yang tiada baginya harta, yang dihimpunkan oleh orang yang tiada baginya akal. Dan yang beroleh kesukaan dengan dunia adalah orang yang tiada baginya keyakinan. Dan yang loba kepada dunia itu adalah orang yang tiada baginya tawakkal. dan yang menuntut akan segala keinginan dunia itu hanyalah mereka yang baginya tiada makrifat."
" Maka barang siapa yang berkehendak kepada nikmat yang hilang dan hidup yang putus, ertinya ia menganaiya akan dirinya, menderhakai akan Tuhannya dan lupa akan hari akhirat serta terpedaya dengan dunia."
" Justeru itu tinggallah olehmu, hai segala manusia, akan segala dosa yang zahir mahupn yang batin. Bahawasanya bagi mereka yang melakukan dosa akan pasti dibalas dengan siksa yang setimpal dengan amalan mereka itu."
" Oleh itu hai anak Adam, pohonlah apa-apapin daripada Aku, berniagalah denganKu, yakni jualkanlah duniamu untuk membeli akhirat dan pintalah disempurnakan nikmatKu atasmu. Maka berlumbalah kamu kepada sesuatu yang tiada pernah dilihat oleh mata dan tiada pernah didiengar oleh telinga serta tiada terbicara oleh hati manusiai iaitu syurga dariKu. Dan akulah yang banyak memberi, yang amat pemurah lagi Mengasihani dan yang sedia menerima taubat daripada hambaNya."
--Kitab Mau'izatul Badi'ah--
No comments:
Post a Comment