Asam Garam Kehidupan: Rahsia Rasa dan Ketika...

Nuffnang

Pages

19 Aug 2014

Rahsia Rasa dan Ketika...

WAKTU MUDA, pasti berakhir dengan tua, waktu sihat tidak akan selamanya tidak sakit. sentiasa bahagia tidak mungkin kerana sekali-sekala derita pasti datang menimpa. Kaya tidak dapat membeli bahagia. Ada kalanya terasa lebih aman jika tidak berharta. Ramai yang takutkan kemiskinan lalu kaya menjadi impian. Sementara waktu kelapangan sering melalaikan manusia. Kesempitan waktu pula meletakkan manusia dalam resah gelisah. Terasa terlalu singkatnya dan cepatnya ia berlalu.

SETIAP RASA, setiap ketika mencipta hikmah yang tersendiri. Tidak kira dalam apa jua suasana, samada muda atau tua, sihat atau sakit, kaya atau miskin, bahagia atau derita, kelapangan atau kesempitan. segalanya akan memmberi pengajaran dan pengalaman bagi mereka yang mahu menilai erti sebenar kehidupan.

Mengikut adat alam, yang muda mempunyai tenaga lebih dari yang tua. Oleh itu peruntukkanlah tenaga yang masih segar itu untuk ibadah, membuat kebajikan dan menghulurkan sumbangan bagi menyemarakkan kebangkitan islam. Manakala yang tua telah merintis jalan kehidupan. Mempunyai pengalaman yang boleh dijadikan panduan atau teladan. Usia tua juga adalah amaran taubat. Agar umur yang tersisa dihabiskan di pangkuan Tuhan.

Waktu sihat jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Contohilah pengorbanan para sahabat dan salafussoleh. Bagi yang berada atau tidak, sumbangan ikhlas yang diberi adalah saham untuk memperolehi naungan Tuhan di akhirat nanti.

Adalah lebih baik miskin yang redha dengan kemiskinan dari kaya tapi kufur denga kekayaan. Manakala yang menderita kesakitan melambangkan bunga kasih Al Khaliq pada hambaNya.

Kelapangan waktu dan kebahagiaan hidup yang dikecapi patut disyukuri. Kesempitan dan penderitaan sepatutnya menyuburkan sabar, redha dan tawakkal di hati. Itulah hikmah di sebalik setiap rasa dan ketika dalam apa jua suasana.

" Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka."
                                                                            - At Taubah: 11
Image result for gambar orang sholat berjamaah
jadilah orang muda yang menyintai masjid supaya
kau termasuk dalam 7 golongan yang mendapat
perlindungan di Yaumul Mahsyar nanti..wahai anak..


2 comments:

  1. Marilah kita penuli masa yg kita lalui dgn perkara yg berfaedah kerana masa yg lalu x kan kembali

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign