Aku yakin dengan kebenaran, dan aku yakin kebenaran juga harus dioerjuangkan, cuma aku tidak cukup kuat...ya Allah..
Emosi ku huru-hara. Risau dengan berbagai masalah dan tekanan. Aku cuba pulangkan pada DIA, mungkin aku belum bersungguh-sungguh, atau mungkin juga DIA suka aku terus-terusan merintih hingga ia benar-benar datang dari hatiku yang ikhlas...
Aku risau dengan seorang adikku, adik lelaki, duda. Dalam minggu lepas bekas isterinya menelefon, memberi khabar yang cukup membimbangkan, katanya adikku itu terlibat dengan ajaran sesat millah abrahah...kalaulah benar. Dia ni kerap sangat tukar nombor telefon sehingga susah nak aku hubungi.
Masalah di tempat kerja pun cukup menguji..yang tu cakap macam tu, yang ni cakap macam ni. ( akhirnya pagi ni berjaya masukkan sikit tarbiah kepada salah sorang staf baru di sini..." Kita di samping bekerja untuk mencari rezeki, niatkan juga untuk meraih pahala, perkara-perkara baik yang kita ajarkan kepada anak-anak dan mereka amalkan, pahalanya sentiasa mengalir kepada kita, jadi ikhlaslah dan boleh berlebih kurang, jika bekerja semata- mata untuk duit, setakat tu sajalah kita dapat" )
Entah boleh terima entah tidak...ermmm...sekurangnya aku sudah menyampaikan...
Dua perkara kat atas tu bukanlah besar mana. Sekarang ni mereka menuntut komitmen sepenuhnya dari kami, dan yang itulah kami belum dapat kami berikan....
tenang kak..semoga dmudahkan..
ReplyDeleteAminnn, tq
ReplyDeleteParah jika tgok dr jauh wajib usaha di tarbiah
ReplyDeletesabar doa ye..
Mmg tggjawab saya knor, sbg anak sulung...tambah pula ayah pun dah tk amik tau lagi...mak pun dh tak ada..sedih..
DeleteBila kita rasa kita ada tanggungjawab di situ memang akan ada rasa kecamuk Azi
ReplyDeleteMengharap semua dpt diatasi walau bukan mudah
Satu yg di taska tu legalah sebab dah terluah, yg satu lagi ni rumit benar kakak rasa...
Entahla kzakie, rasa berat sgt beban di bahu ni, tak terpikul rasanya.
DeleteTrmkasih atas atas pandangan kzakie
assalamualaikum NA, maaf lama tak ke sini, inshaAllah doa dalam sujud dapat solusi, moga makin hilang beban NA.saya belum update blog lagi.
ReplyDeleteFair...lamanya menyepi, selalu intai rumah you, tapi tutup je, takdelah masuk.
DeleteIn shaa Allah...masalah kan satu ujian juga, cuma kadang2 saya rsa saya tk cukup kuat...
Kita tak boleh lepas dari ujian. lepas satu... datang lagi satu. Ada yang kita boleh selessaikan, ad yang tetap melekat... hanya masa yang menentukan...
ReplyDeleteSetuju im...terimakasih..
DeleteNA.... moga awk dapat menyelesaikan masalah tu dgn pertolonganNya. Ye betul ....masalah tu bukan besar mana, tapi bila dah hinggap kat diri kita ni, mmg tak boleh lari . Nama pun sedarah sedaging, terasa jugak sakitnya.....walaupun sakitnya tu bukan di sini.....Eh? Terdangdut lak....hihi...
ReplyDeleteSabar ya..
ReplyDelete