Asam Garam Kehidupan: Susahkanlah anak-anak untuk TUHAN dikenali..

Nuffnang

Pages

5 May 2015

Susahkanlah anak-anak untuk TUHAN dikenali..



Sanggup susah dalam mengenalkan Allah kepada anak-anak.

Ada orang suka memberi kemewahan mata benda kepada anak-anak mereka tanpa batasan, minta apa saja akan cuba sedaya upaya ditunaikan. Kemewahan sebagai lambang kasih-sayang, Minta tu dapat, minta ni dapat. Tanpa anak-anak diperkenalkan kepada Tuhan, rasa takut dosa dan neraka..bayangkan apa akan jadi pada si anak...?

Betul ke jika menyusahkan anak-anak tu tanda takde kasih-sayang? Menyusahkan macamana tu? Ajar anak puasa, tutup aurat, ajar anak solat, rotan jika malas menunaikan solat, itulah menyusahkan anak-anak. Susahkan mereka bangun pagi-pagi ketuk pintu, gung-gung-gung..suruh bangun jugak, bangun jugak..tunaikan solat. Ajar anak tutup aurat, eh! panaslah pakai tudung, eh! rimasnya berstokin, baju besar, ala...tak nampak body yang slim tu..aduh...laparnya tak makan sehari suntuk sebab puasa....

Memang susah, kita susah..dia pun susah. Lagi-lagi kalo si anak tu degil, disuruh solat..liat, disuruh tutup aurat, tetap nak berlawa mengorat.

Tapi sebagai ibubapa yang mahu melihat anak-anak selamat dunia dan akhirat, apa pun kesusahan yang datang terutama dalam mendidik anak-anak ke arah insan soleh dan berakhlak lagi membesarkan Allah, hadapilah dengan tabah..

Sebenarnya memberikan anak-anak kenal ALLAH itu adalah sebesar-besar kasih-sayang kerana dengannya mereka mampu memberi kasih-sayang kepada insan lain pula, kerana Tuhan itu lebih besar dan lebih Maha Kaya dari seluruh isi alam ini, jika DIA dikenali.

Jadi...jangan pernah takut untuk menyusahkan anak-anak dalam usaha kita memberikan Tuhan kepada mereka, sesungguhnya kesusahan itu bagai menyemai benih yang hasil tuaiannya sudah tentu berbaloi. Tapi biarlah kesusahan itu bersama Tuhan, sebab Tuhan itu penyelesai segala masalah. Jangan pandai-pandai rasa mampu mendidik anak tanpa Tuhan, kita takkan ke mana...kecuali memimpin mereka ke Neraka...

20 comments:

  1. saya telah gagal dlam melaksanakan tugas itu...

    ReplyDelete
  2. Bukan susahkan anak utk kebahagiaan mereka saja tapi juga utk kita Azi
    Kakak dgn abang selalu kata kalau tak buat perintah Allah tu tanda tak sayang mama-papa. Apa lagi papa besar tanggungannya kelak. Nak ke tengok papa-mama kena heret masuk neraka hanya kerana awak-awak ingkar perintah Allah.. Kalau dengar ini mesti mereka akan takut sama..

    ReplyDelete
  3. setakat ni anak2 rajinlah melaksanakan tangungjawab tu..knor dgn suami masih ada...harapnya kekallah hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  4. Anak.makchaq 5 orang, ada yg senang mengikut, ada yang kena bagi perhatian lebih. Tapi nampaknya Alhamdulillah bila dah besaq x banyak masalah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tq makchaq atas kunjungan, kunjungan pasti dibalas.

      Delete
  5. bukan senang nak mendidik anak-anak ni, lagi-lagi remaja di zaman moden ni..huhu

    ReplyDelete
  6. Setuju
    Alangkan bebudak tadika pun dh berubah, inikan lagi anak remaja

    ReplyDelete
  7. Memang ada kalanya terasa jugak putus asanya dlm mendidik anak anak ni NA....nama pun manusia , punya emosi yg pasang dan surut. Anak anak kan ujian bagi kita, menguji tahap kesabaran ibu ayah...Moga mereka terdidik dan selamat dunia akhirat hendaknya

    ReplyDelete
  8. Semoga kita semua dapat mndidik anak menuruti jalan Allah..**cabaran membesarkan anak**

    Jemput jenguk blog saya ya!
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com





    ReplyDelete
  9. Semoga kita jadi ibu bapa yang baik yang boleh di contohi anak2..
    Setengah anak2 tu lebih suka mengikut apa yang kita buat....tapi tak suka mengikut apa yang kita arahkan....
    Apa lagi bab2 solat dan puasa ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa setiap ibubapa akan diuji dengan seorang anak yg memberi masalah..saya pun ada, hu hu..mencabar.

      tq bunda atas kunjungannya.

      Delete
  10. Allahu~

    sangat tersentuh (T____T) #muhasabahdiri Allahu Astaghfirullah~ huhu

    ReplyDelete
  11. Salam Perkenalan NA.... bukan senang nak jd seorang ibu.. harap NA tabah.. Jemput singgah blog eija yer...

    #follower 124 ^_^

    ReplyDelete
  12. Allahuakbar... betul... arwah ayah saya dulu kejutkan kami adik beradik utk bangun subuh, sampai bergegar pintu bilik... thanks sharing this nice entry...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign