Biarkan tingkap itu terbuka..
Rembang petang mendung...
Bersama titis rahmat..
Dan angin..
Dan dedaunan kering yang jatuh bertaburan..
Dan dahan bergoyangan..
Dan guruh bersabungan...
Biarkan saja ia terbuka...
Aku mahu menyaksi semuanya..
Mendengar bunyi guruh..
Melihat dedaunan berguguran
Dahan dan ranting saling bergeseran..
Biarkan ia terbuka...
Aku akan rindu pada titis rahmat itu..
Bumi, pepohon, segala mergasatwa..
Juga akan mendambakannya...
Suatu waktu yang entah bila..
Tapi sangat pasti khabarnya..
Melalui lidah Saiyidil Mursalin...
Bahawa fitnah itulah..
Yang paling hebat ujiannya..
Waktu itu bumi mukmin kering tandus..
Merekah...
Pepohon tinggal tunggul mati..
Binatang ternak mati berkaparan..
Orang mukmin makanannya hanya zikir-zikir semata...
Lalu...biarkanlah ia terbuka..
Selama mana titis rahmat itu masih turun..
Selama guruh masih berdentum...
Selagi ada dedaunan kering jatuh bertabur..
Biarkanlah...
Aku akan menutupnya setelah...
Titis-titis rahmat itu benar-benar berhenti...
Assalamualaikum zimah
ReplyDeleteSelamat pgi, tk pandai kaknoor berpuisi segala ni zimah semoga zimah sihat selalu ya
Wsalam
DeleteTrmkasih knoor atas doanya.
Wsalam
DeleteTrmkasih knoor atas doanya.
Assalamualaikum zimah
ReplyDeleteSelamat pgi, tk pandai kaknoor berpuisi segala ni zimah semoga zimah sihat selalu ya
Allah masih bagi kita peluang nikmat ini semua sebelum bumi kegersangan dek kemarau panjang menanti dunia berakhir.
ReplyDeleteBetul kzakie.
DeleteBetul kzakie.
Deletepandai dia berpuisi, nice poets
ReplyDeleteTrmkasih Raihanah
DeleteTrmkasih Raihanah
DeletePandai berpuisi, ada lagu kalau jumpa pintu tak bole buka terus mencari tingkap, bukanya tingkap, nampak dunia kurang mesra, tunjukkan senyuma nesra mu...awww
ReplyDeleteOh..saya jarang dgr lagu Fair, tapi betul..kena selalu senyum mesra.
DeleteOh..saya jarang dgr lagu Fair, tapi betul..kena selalu senyum mesra.
DeleteWah bijak mengarang...patut jadi ustazah
ReplyDeleteTakdelah, biasa je knor.
DeleteTakdelah, biasa je knor.
Deletesedap puisinya :)
ReplyDeleteTrmkasih UmmuAyyash
DeleteTrmkasih UmmuAyyash
DeleteMak aku rasa ko kena masuk kelas Senimanlah mak......
ReplyDeleteKo terer berpuisi tau, bahasa ko pun puitis....memalam sebelum tido ko mesti baca syair kan untuk cik Abang hihi....
Oo ada ek kelas seniman, haih..tak payahla aku berpuisi kt sini pun cukup dah, kawan2 baca pun aku cukup seronok dah..
ReplyDeleteKat laki aku,aku berdondang sayang je.
Kak azimah. Musim kemana ni sampai ke malam tingkap dibuka. Menunggu saat turunya hujan
ReplyDeleteHi hi, adanya depan tingkap kt dapur smb masak smb dengar hujan, angin, petir..tkdelah smp ke mlm, .,hujan berenti tk smp mlm pun, bkn senang nk nmpk hujan arz.
ReplyDeleteHi hi, adanya depan tingkap kt dapur smb masak smb dengar hujan, angin, petir..tkdelah smp ke mlm, .,hujan berenti tk smp mlm pun, bkn senang nk nmpk hujan arz.
ReplyDelete