Asam Garam Kehidupan: Sayang Cini kering airnya..

Nuffnang

Pages

16 Apr 2016

Sayang Cini kering airnya..

Hari minggu ada kenduri
Kawen sepupu di Tasik Cini
Bersua wajah bersatu hati
Moga ukhwah terjalin abadi.

Jamu selera gulai kampung
Ikan kering sambal belacan
Kenyang perut mau berkampung
Resort Cini arah tujuan.

Lama sudah tidak berkunjung
Empat tahun senggang masa
Tapi terkilan dan agak canggung
Jelas sudah suasana berbeza.

Tasik Cini lagenda naga
Sudah termasyhur ramai yang tahu
Dulu hijau damai suasana
Kini agak kusam mengundang pilu.

Sayang Cini airnya kering
Musim kemarau sudah terkesan.
Panjatkan hajat doa seiring
Moga turun rahmat Tuhan.

Sayang tasik airnya kering.
Kasihan teratai pudar serinya.
Panjatkan taubat di malam hening
Kerana kita tak lekang dosa..

Tasik Cini sudahlah kering.
Bahang panas juga terasa.
Dulu munajat terasa asing.
Moga kini rutin biasa.

Jauh berjalan lelah terasa.
Dapat berehat sungguh nikmatnya.
Moga Cini pulih suasana.
Tasik yang kering penuh semula.

12 comments:

  1. Haha pocket juga penuh sentiasa inshaAllah Amin positip ni :)

    Ikan kering sambal belacan tu satu nikmat, dah kenyang pun nak lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poket tkdela penuh, tapi sesekali bwk ank2 berjln mkn angin;)
      Sambal belacan saya tk makan, resdung..mkn ikan kering ja

      Delete
    2. Poket tkdela penuh, tapi sesekali bwk ank2 berjln mkn angin;)
      Sambal belacan saya tk makan, resdung..mkn ikan kering ja

      Delete
  2. Assalamualaikum warahmatullah,
    Terima kasih, dalam gurindam ada teladan. Mudahan-mudahan ia mengetuk hati insan. Tiada yang berlaku dengan taqdir Tuhan. Mari berfikir dengan mata hati dan mengambil pelajaran. Agar bahagia dalam kehidupan. Allahu al-Musta`an..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wr wb.
      Trmkasih atas kunjungannya ya ustaz.
      Ya betul, semuanya berlaku dgn kehendak Allah jua,dan tiada satu yang sia-sia..mari kita menerimanya dgn redha dan berlapang dada, moga iman kita bertambah, aminn.

      Delete
  3. memang musim kering sekarang ni, sungai pahang pun kering, seronok mereka mencari etok. harap keadaan ini tak berterusan, moga rahmat dari Tuhan akan turun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm ujian ada nikmatnya tu, sedap kan etok, dijual pun boleh juga.
      Moga2 begitulah, moga dlm masa terdekat turunlah rahmat dr Tuhan.

      Delete
  4. Mmg kronik sungguhlah cuaca sekarang ni kalau tasik Cini ni pun kering sampai cenggitu sekali, kan mak....

    ReplyDelete
  5. Tulah mak, ajat ati ni naik bot, ermmm, tak jadilah, dgn panasnya, dgn air kering, sedih tau..hu hu..

    ReplyDelete
  6. Tulah mak, ajat ati ni naik bot, ermmm, tak jadilah, dgn panasnya, dgn air kering, sedih tau..hu hu..

    ReplyDelete
  7. KE CHINI YA NOR...CHINI 2 DKT DGN RESORT TU...KAK KALAU KE RUMAH MAK SEDARA DI SINI SELALU JUGA RONDA2 RESORT INI.
    INDAH SEKALI PANTUN2 NOR.
    TASIK CHINI TASIK INDAH
    HADIR DI SINI TERUSIR GUNDAH.

    ReplyDelete
  8. Mana boleh lawan pantun kak PI, tu saja berseloka menghibur hati walang tengok tasik yang berubah wajah tu.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign