Asam Garam Kehidupan: Selimut putih..

Nuffnang

Pages

28 Apr 2016

Selimut putih..

Daunku telah gugur disambut Izrail. Kuning dan kering. Tertera di atasnya:

Namaku: Zubaidah binti Muda.
Lahir: 14 Disembar 1941.
Ajal: 29 Disembar 2011.
Jam: 1.37 tengahari khamis.

Turut berguguran dedaun lain yang senasib.. Antara dahan Sidratul Muntaha ada yang hanya tinggal ranting. Dedaun kering telah gugur. Yang tinggal hanyalah daun hijau dan emas kemilau bagaikan sutera.

Gemersik bila dedaunnya bersentuhan. Bila daun bersentuhan, empunya daun akan terdengar  di cuping telinga bunyi desiran, mengingatkan diri agar berzikir kepada Tuhan.

   " Bahawasanya Allah Taala menjadikan pohon di bawah Arasy. Pohon-pohon itu mempunyai daun sejumlah bilangan seluruh makhluk. Jika ajal seorang hamba telah diputuskan, akan tetapi ia umurnya masih ada 40 hari, maka gugurlah daunnya pada tempat Izrail as. Maka dengan hal itu Izrail tahu bahawasanya ia diperintahkan mencabut nyawa orang yang mempunyai daun. Dan setelah itu mereka menyebutnya mayat di langit padahal ia masih hidup di permukaan bumi selama 40 hari."

(Riwayat Ka'bil Akhbar)

12 comments:

  1. Kullunafsin zaa iqotulmauut...
    Akan tiba masanya daun yg tertulis utk kita akan gugur juga
    Cuma terasa bekalan belum mencukupi - insaf terasa di hati kakak ni Azi.

    ReplyDelete
  2. Ya kzakie, skrg ni kita selalu terdengar desiran di telinga kita, tanda ada daun ajal org lain jatuh betgeser dgn daun kita, suatu hari daun kita pula akn jatuh menggeser daun org lain...

    ReplyDelete
  3. Ya kzakie, skrg ni kita selalu terdengar desiran di telinga kita, tanda ada daun ajal org lain jatuh betgeser dgn daun kita, suatu hari daun kita pula akn jatuh menggeser daun org lain...

    ReplyDelete
  4. daun yg di bawah jatuh daun di atas janggan ketawa...salam jumaat nor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...kerana daun yg di atas akan jatuh juga...
      Salam jumaat kak PI

      Delete
  5. Baru saya terima berita juga, innalillah..umur 95

    ReplyDelete
  6. Mak..... insaf mak aku.... Sangat menyusuk kalbu entri ini. Moga Allah memberikan keinsafan dan keampunan sehingga nafas terakhir.... huhu

    ReplyDelete
  7. In shaa Allah mak, doa selalu terutama dlm sujud akhir.

    ReplyDelete
  8. Terletak keinsafan dalam diri. Mudah-mudahan Allah permudahkan kita semua ketika kembali dijemput kepadaNya

    ReplyDelete
  9. Arzzzz, mana pegi? Lama tk nmpk.
    Mudah2an kita ingat selalu, akn tiba giliran daun kita jatuh ke pangkuan izrail.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign