Asam Garam Kehidupan: Menumpang kasih lagi.

Nuffnang

Pages

27 Jul 2016

Menumpang kasih lagi.

Kesian Bobo, mati sakit perut, cirit-birit. Lalu video si Bobo, gambar si Bobo menjadi tatapan rindu. Huhu..
Berhari-hari cerita si Bobo mati sakit perut jadi perbualan mereka.

Jiran kiri dah tak mau ambil kucing baru kot. Lalu bila jiran kanan membela kucing, tapi sangkarnya diletak di rumah porch rumah kosong sebelahnya, kasih berpindah pada kucing jiran kanan la plak. Lalu bermacam-macam nama direkanya..along lah, nemo lah, itulah, inilah. Last-last lekat nama along. Bila jiran kanan bela lagi sekor anak kucing..namanya angah pula, dia juga yang mereka nama tu, jadilah along dan angah. Padahal tuan yang membelanya belumpun memberikan nama kepada kucing-kucingnya.

Bila homework karangan BI tentang pets..kucing jiran sebelah juga menjadi inspirasinya. Cuma kali ni namanya bertukar lagi..menjadi Tom and Jerry lah plak.

Umar Zikri, Umar Zikri...
Anak den yang ni pun suka melukis.
Buku tulis sekolah agama kiri kanan atas
bawah penuh lukisan, nasib baik ustazah
tak marah, baru darjah satu kan, ustazah
pun faham.
Tengah sibuk latih sukan untuk sukaneka
hari sabtu ni. Semalam bawak ke padang
mainan dekat rumah den.

5 comments:

  1. Binatang pun kalau dah jadi pet memang akan disayang.
    Jadi bila dia mati sedihnya terasa di hati.

    Sukalah anak-anak dpt bebas main kat padang.

    ReplyDelete
  2. dapat menumpang kasih kucing jiran pun ok nor...sambil xlupa diberi makan...sukanya anak2 di padang permainan.

    ReplyDelete
  3. pernah kehilangan kucing juga...mati sebab bergaduh

    sampai sekarang tak bela kucing. cuma beberapa tahun ni rajin pula kucing singgah di rumah...bagi jela makan. pagi dan malam mesti datang rumah...oklah macam tu. tak mahu bela lagi...

    takut kehilangan

    ReplyDelete
  4. hubby dan anak suka kucing kak aziman...irda ni pulak biasa-biasa je,tapi hubby kalau nampak kucing tengah jalan mati mesti dia sedih sampai terbawa-bawa kat rumah,anak irda punya bear kesayangan pun meow cat...dar umur 3 tahun sampailaaa ni dah darjah dua asyik bear cat tu je...dari putih dah warna belacan..bytheway minat anak akk sama dengan anak irda.suka melukis..habis semua buku dia nak lukiss je ..hehe..

    ReplyDelete
  5. BUdak budak dengan kucing mmg tak boleh pisah..... Samolah dengan anak den, kucing yg singgah makan semuanya di bagi nama, pendik, musang, haih macam macamlah mak pun tak ingat nama apa dah

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign