Asam Garam Kehidupan: Setahun sekali baru keluar.

Nuffnang

Pages

17 Jul 2016

Setahun sekali baru keluar.

Kalo hari-hari biasa tu, gunalah pinggan biasa untuk makan sekeluarga. Dulu masa ada bisnes tadika sendiri, belum jadi mak pak marhaen, rajin gak buat open house, guna pinggan pakai buang je. Sekarang ni bila ada yang nak datang, baru masak apa patut. Masa nilah baru keluarkan pinggan mangkuk yang cantik sikit ni. Nilah pakai tahun demi tahun.
Hari ni adik ipar and family datang, sampai dalam
kul 11 pagi tadi, den masak nasi lemak. Lontong tu
nanti pas zohor ada kawan plak nak datang dengan sorang lagi adik ipar. Set pinggan nilah
yang keluar setahun sekali tu, habis syawal nanti
baru masuk kabinet semula.
Rempah tumis ni sentiasa ada dalam peti,
bahannya cuma bawang besar, bawang putih
dan cili kering. Senang buat camni, nak goreng bihun ke, masak sambal nasi lemak ke, masak kuah lontong ke semua boleh. Sebulan syawal ni,
bahan kering yang mesti ada dalam stok simpanan tu antaranya mihun, spageti, nasi himpit segera..senang nak masak bila ada yang nak datang. 
Anak-anak saudara suami, eh...ofkosla anak sedaro den juga, sedang menjamu selera. Kuih raya tak beli banyak, tu pun dah habis jamu anak-anak sendiri je. Beli kerepek bebanyak, budak-budak suka, saya pun suka, sodap bona mengunyah dopan tv.

Korang rajin buat open house? Den bukan tak suko, den selalu tak cukup bajet, heh heh. Lagipun ramai bona orang buat open house, kang orang kompius mano satu nak poie, biarlah den tak kusutkan fikiran orang nak datang tak datang ko rumah Azimah ni, 
kang kek umah dio bukan ado masak spesel pun, tak poie kang dio dah jomput, eshhhh...serbo salah den ha..
Jadi tak payahla sesusah buek open house. Sape datang den masaklah apo yang ado, yo tak?

15 comments:

  1. wah cantiknya pinggan...mesti diguna utk keluarga selalu agar xlusuh mkn diri kalau dh terlalu lama nor

    ReplyDelete
  2. Boleh lusuh ye kak? Bukan kalo selalu guna ke jafi lusuh, hihi

    ReplyDelete
  3. hehe..sama akak dengan irda..irda pun simpan pinggan dalam almari..mak ajar gitu..time raya baru kuar untuk tetamu,kalau tak raya stok pakai pinggan yang selalu dapat free masa beli sabun DAIA hehe..bytheway idea simpan cili kering tu memang best...semalam irda pun sibuk sangat kat dapur masak pelbagai..xbuat open house pun...cuma kalau ada nak dtg memang masaklah..takkan nak jamu kuih raya dan air gas je kan..pemalss nau irda ni..hehehe...smlm irda masak lemak pucuk ubi,udang sambal,terung dan ikan.malam pulak ayam rempah dan mee goreng..fuhh berkungfu kak..nantilah kalau sempat irda update entry...hihi..ehh panjang nau irda bebel kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, pinggan daia, akk up sikit dari irda, pinggan darlie, tak pun pinggan warna coklat yg mak mtua bg masa kawen dulu, dahsyat tul kita nih, tapi yelah..nak membeli selalu bukannya mampu kan.
      Tulah akk pun kalo ada yg bgtau nk datang mmg tak sampai hati kalo hidang kekuih raya je, at least gorengkan mihun.
      Wow, terer tu masak bebanyak, rajin naw irda..menu tghari ek.

      Delete
    2. Haha, pinggan daia, akk up sikit dari irda, pinggan darlie, tak pun pinggan warna coklat yg mak mtua bg masa kawen dulu, dahsyat tul kita nih, tapi yelah..nak membeli selalu bukannya mampu kan.
      Tulah akk pun kalo ada yg bgtau nk datang mmg tak sampai hati kalo hidang kekuih raya je, at least gorengkan mihun.
      Wow, terer tu masak bebanyak, rajin naw irda..menu tghari ek.

      Delete
  4. Tag : http://belogs.blogspot.my/2016/07/daehan-minguk-giveaway-by-siti-yang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq, in shaa Allah ye, kalo sempat, hihi

      Delete
  5. Rumah saya sentiasa 'open' untuk tetamu.
    Saya lebih suka ramai yang datang dalam satu masa. Terus masak banyak. Tapi kalau nak buat open house panggil semua kenalan tak lagi la buat masa ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk buat camtu juga, selalu diorg dtg by group, so mudah sikit, tapi penat juga. Bayangkan open house betul, uiii...lagiii penat.

      Delete
  6. saya pun tak pernah buat open house. kalau ada yg nak datang silakan ajer, masaklah semampu boleh. biasa saya masak nasik ajer utk makan berat2. takdelah canang satu kampung suruh dtg beraya ke rumah. nanti pengsan tuan rumah nak melayan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...bukan saje pengsan, sakit pinggang tujuh hari tujuh malam...

      Delete
    2. Haha...bukan saje pengsan, sakit pinggang tujuh hari tujuh malam...

      Delete
  7. aida memang tak pandai buat open house.
    sama la, tak reti bajet :(
    takut x cukup la...
    or x sedap masakan aida ke...
    x mahir masak byk2.

    ReplyDelete
  8. Aku tak de pinggan cantik mak....Pinggan tu jugaklah hari hari aku bedal haha....nasiblah
    Aku tak suka buat open house ....sebab penat haha...bajet pun ye jugak. Samo yo kito ni. Lagi satu tak dpt sembang ek. Sebab dah tentulah kita bizi melayan tetamu.

    ReplyDelete
  9. Aku tak de pinggan cantik mak....Pinggan tu jugaklah hari hari aku bedal haha....nasiblah
    Aku tak suka buat open house ....sebab penat haha...bajet pun ye jugak. Samo yo kito ni. Lagi satu tak dpt sembang ek. Sebab dah tentulah kita bizi melayan tetamu.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign