Allahyarham Hj Su Mohamed Salleh bin Hj Mohamed atau lebih dikenali dengan panggilan Hj Su merupakan seorang saudagar kaya yang mewarisi harta pusaka peninggalan ayahnya Hj Mohamed bin Hj Abd Rahman atau lebih tersohor dengan panggilan Hj Mohamed kaya.
Hj Su dikenali sebagai seorang saudagar kaya yang mahir dalam bidang perniagaan dan pentadbiran. Dalam menjalankan perniagaan beliau sering berulang alik dari Terengganu ke Thailand ( Siam ), Singapura dan Indonesia. Selain menjalankan perniagaan entrepot beliau juga memiliki syarikat perkapalan. Beliau memiliki beberapa buah kapal untuk urusan pengangkutan penumpang dan barang dagangan. Salah sebuah kapal yang sering berulang alik dari Terengganu ke Singapura dikenali dengan nama MV Menganti Baru.
Beliau juga mengusahakan aktiviti perlombongan bijih timah di beberapa kawasan di Terengganu. Beliau juga membuka beberapa kawasan pertanian komersial terutama untuk penanaman padi. Beliau juga suka aktiviti seni terutama Dikir Rebana Pahang yang dibawa masuk dari Pahang melalui daerah Kemaman oleh para ulama yang tinggal di Terengganu. Beliau memiliki kemahiran yang tinggi dalam mengalunkan lagu-lagu dikir ini sehingga diberi kepercayaan memimpin kumpulan dikir Pahang ini dan sering mendapat jemputan di seluruh pelusuk Terengganu. Beliau juga meminati aktiviti persilatan dan memanfaatkan kawasan rumahnya yang luas untuk mengajar silat kepada anak-anak muda di situ.
Hj Su melibatkan diri dalam bidang kebajikan seperti menyediakan prasarana iaitu kemudahan jalan raya bagi memudahkan mobiliti penduduk terutama kawasan Losong. Beliau sering menghulurkan bantuan kewangan kepada golongan penduduk miskin di situ. Bagi mengenang jasanya maka satu kesepakatan telah dibuat untuk mengabadikan namanya pada salah sebuah kampung yang dikenali sebagai kampung Losong Hj Su. Nama ini kekal hingga ke hari ini.
Melalui perkongsian hidup bersama dua orang isteri beliau dikurniakan 10 orang anak. Hj Su meninggal dunia pada januari 1951 dan dikebumikan di tanah perkuburan masjid Hiliran.
|
Ruang dapur. |
|
Laluan ke dapur. |
|
Keunikan engsel pintu. |
|
Engsel tembaga, nanti saya tunjuk lagi pinggan mangkuk, periuk belanga tembaga kat dapur ni. |
|
Sempat main congkak. |
|
Katil dari kayu cengal. Keseluruhan rumah ni dari kayu cengal sebenarnya. |
|
Alat menenun songket, juga dari kayu cengal. |
|
Rak pinggan kayu cengal. |
|
perigi. |
|
Dapur kayu. |
Inilah salah sebuah kapal pengangkutan milik beliau, MV Menganti Baru.
Kepada sesiapa yang berpeluang ke Kuala Terengganu, saya sangat sarankan datanglah ke sini melihat salah satu tinggalan sejarah di sini.
memang orang kaya ni, luas betul rumahnya, tapi dia kaya yang pemurah bagus sangat tu
ReplyDeleteBetul, kaya tapi pemurah kan.
DeleteBetul, kaya tapi pemurah kan.
Deletecantik lagi rumah ni kan kak, terpelihara gitu
ReplyDeleteBetul, tapi ada yg dibaikpulih juga tu.
DeleteHJSU SAUDAGAR KAYARAYA KEBANGGAAN TRENGGANU
ReplyDeleteSetuju kak PI
DeleteCantik.. terserlah kesenian melayu pada ukiran dan bentuk rumah tersebut.
ReplyDeleteTukang kayu dulu2 mmg mahir seni bertukang, aiza
DeleteRumah dari kayu2 yang baik kekal terpelihara ...
ReplyDeleteAkak ingat keropok yang nama losong tu ,rupanya sebuah kampung.
Mmg nama keropok losong tu diambil sempena kawasan tu yg mmg dah sinonim dgn perusahaan keropok leko losong.
DeleteRumah dari kayu2 yang baik kekal terpelihara ...
ReplyDeleteAkak ingat keropok yang nama losong tu ,rupanya sebuah kampung.
nanti kalau singgah Ganu, nak cari rumah ni
ReplyDeleteYa WP, rugi kalo tak singgah.
ReplyDeleteBaiklah mak....kalau aku datang Ganu, insyaallah aku ke sini.
ReplyDeleteHj Su ni agaknya mmg kaya turun temurun ek mak...
Mak aku dulu ada katil besi tu mak. Sebok dia suruh aku ambik bawak balik. Aku nak letak mana katil tu. Tp mmg lah nilai tinggi benda tu. Benda antikkan...
DeleteAah, kaya turun temurun, ank dia pun kaya2.
DeleteTu bukan katil besi la mak, tu katil kayu cengal tu, hasil tukang tangan, kayu cengal ni tahan, anai2 pun takleh makan kayu ni.
Delete