Manakala tumit merupakan tulang terbesar pada kaki kita. Banyakkan?
Sakit tumit merupakan sakit yang tertumpu pada bahagian bawah atau belakang tumit.
- Kesakitan pada bahagian
bawah tumit berpunca daripada Plantar Fascitis.
- Kesakitan pada belakang
tumit (dimana tendon Achilles melekat pada tulang tumit) adalah Achilles
Tendinitis,
Apakah
Sakit Tumit Kaki?
Sakit
tumit kaki Plantar Fasciitis adalah keradangan pada plantar fascia
(lapisan pelindung keras) pada tapak kaki yang menyambungkan tulang tumit (heel
bone) kepada jari kaki.Ciri-ciri sakit tumit plantar fasciitis adalah:
- Sakit apabila bangun
daripada tidur atau ingin memulakan pergerakan kaki dari duduk atau
berdiri yang lama.
- Sakit akan mula hilang
dengan pergerakan kaki (jika terlampau teruk, sakit tidak hilang)
- Tiada bengkak atau tanda
merah pada tumit
- Tiada trauma yang berlaku
pada tumit
Apakah
Punca Sakit Tumit Kaki
Menurut
beberapa artikel yang saya baca, sakit tapak kaki atau sakit tumit boleh jadi
disebabkan oleh urat pada tapak atau tumit kaki (planta fascia) menjadi radang
(inflammed) atau disebut dalam bahasa perubatannya "Plantar
Fasciitis". Sakit tumit terjadi apabila kita menggunakan tapak kaki secara
berlebihan dan menyebabkan Plantar fascia menjadi tegang (sila rujuk gambar di
bawah).Kedudukan Heel Spur yang mendatangkan kesakitan pada tumit kaki |
- Bekerja di tempat yang
memerlukan anda berdiri dengan lama.
- Senaman yang berlebihan.
- Radang sendi (arthritis)
berdekatan dengan Plantar Fascia.
- Kencing manis senang
merosakkan Plantar Fascia.
- Memakai kasut yang tidak
sesuai semasa senaman atau berjalan. Ia membuatkan berat badan tidak
tersebar dengan sama rata di bahagian kaki.
- Bentuk tapak kaki yang
datar (flat foot), tapak kaki terlampau melengkung atau gaya berjalan yang
tidak normal boleh membuatkan Plantar Fascia menjadi tegang.
Komplikasi Sakit Tumit
Mungkin
tiada komplikasi yang berat, namun sakit tumit boleh menjejaskan pergerakan
harian, mengubah cara berjalan dan melakukan aktiviti seharian. Ini boleh juga
menyebabkan hilang keseimbangan dan jatuh.
9 Tips Mencegah Sakit Tumit
Terdapat
beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk mengelakkan kecederaan pada tumit
dan mencegah kesakitan.- Memakai kasut yang sesuai
yang boleh menyokong kaki.
- Memakai kasut yang betul
untuk aktiviti fizikal.
- Membuat regangan otot
sebelum anda memulakan aktiviti fizikal.
- Pengambilan diet yang
seimbang dan sihat.
- Berehat apabila anda rasa
letih atau otot anda mula sakit.
- Mengekalkan berat badan
yang sihat.
- Apabila bangun tidur,
sebelum bangun, mulakan dengan senaman tapak kaki. Pusing dan gerakkan
pergelangan kaki beberapa kali. Dengan cara ini bekalan darah dan oksigen
akan mula sampai ke kawasan yang ditekan spur.
- Rendam kaki dalam air suam.
- Pengambilan suplemen untuk
membekalkan nutrisi sihat kepada sendi dan tulang.
Suplemen Untuk Sakit Tumit
Apabila
berjumpa doctor, kemungkinan doctor akan suntik dan memberikan ubat untuk
menahan sakit. Sekiranya memerlukan mungkin perlukan pembedahan.Namun biasalahkan, ubat ini memberikan kelegaan sementara. Jadi sebenarnya paling terbaik adalah anda memberikan nutrisi yang diperlukan oleh tumit untuk ianya berfungsi dengan baik. Apabila sel sihat, anggota dan organ kita dapat kembali sihat.
Saya ada beberapa orang customer yang sememangnya mengalami sakit tumit. Salah seorang daripadanya telah mengalami sakit tumit selama belasan tahun. Selama 3 bulan beliau mengambil Shaklee, alhamdulillah sakit tumit juga semakin berkurangan.
Antara suplemen yang baik untuk sakit tumit adalah:
1.
Ostematrix
Ostematrix merupakan suplemen kalsium magnesium yang dapat
membantu sakit tumit dari segi:- Membantu dalam pembentukan
dan penjagaan tulang. Apabila tulang sihat ia akan dapat menyokong berat
badan serta pergerakan pelbagai otot badan.
- Memperbaiki kekejangan dan
kebas otot – pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan dapat
memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.
2. Omega
Guard
Minyak
ikan Omega Guard adalah istimewa sebab ianya adalah minyak ikan tulen,
selamat tanpa logam berat yang bahaya. Lagipun ianya boleh bekalkan asid
lemak dengan 7 spektrum penuh khasiat minyak ikan.Minyak ikan Omega Guard dibuat daripada ikan kecil laut dalam daripada perairan sejuk untuk pastikan sumber ikan yang digunakan adalah paling kurang tercemar. Kemudian diproses menggunakan teknologi penyulingan proprietari 3 molekul untuk pastikan logam berat yang bahaya untuk kesihatan betul-betul disingkirkan.
Dari segi sendi dan tulang, Omega Guard dapat:
- Mengurangkan keradangan
pada sendi. Sakit tulang adalah satu keradangan tulang dimana pelapik atau
kusyen pada tumit tidak lagi anjal seperti dahulu.
- Memberikan kuasa pelincir
kepada sendi
3.
Energizing Soy Protein (ESP)
ESP
mengandungi isoflavones yang
sangat baik untuk kesihatan tubuh. Isoflavon dikelaskan sebagai fitokimia, ia
merupakan sebatian yang hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan (phyto bermakna
tumbuhan).Isoflavones juga adalah sejenis phytoestrogen, atau hormon tumbuhan, yang menyerupai estrogen manusia dalam struktur kimia yang lemah. Isoflavones memberikan banyak manfaat kesihatan yang membantu anda untuk mengelakkan penyakit.
Dari segi tulang, isoflavones memainkan peranan penting dalam melindungi dan mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Terdapat kajian yang dijalankan di University of Illinois dan University of Hong Kong menyatakan pengambilan isoflavon soya boleh meningkatkan kandungan mineral tulang dan kepadatan tulang serta membantu mengurangkan gejala osteoporosis.
4. Vivix
Vivix
mengandungi satu kompaun yang berkuasa yang disebut sebagai resveratrol. Dalam satu
kajian saintifik melalui yang diterbitkan dalam jurnal pada tahun 2012, resveratrol dapat membantu sendi dari segi:- Mengekalkan dan memperbaiki
fungsi dan struktur sendi.
- Mengurangkan faktor yang menjadi
punca kepada penyakit berkaitan sendi.
- Kelebaran ruang sendi
(joint space width on radiographs).
- Pergerakan.
- Kekakuan (stiffness).
- Ketidakselesaan sendi.
Ikhtiar pengambilan yang konsisten dan berterusan disertai dengan sabar dan tawakal insyaAllah boleh membantu melegakan kesakitan akibat sakit tumit dan pelbagai masalah kesihatan lain.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Raihanah SID 864679
No tel: 0122195919
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Detox Anda
Shaklee Gombak
Bila dah menginjak senja ni, memang banyak penyakit yang cuba hinggap terutama di bahagian kaki.
ReplyDeleteSbb tu kena amik juga suppliment, mcm pokok yg perlu dibaja ibaratnya, usaha utk sihat tu kena ada.
DeleteBaru je lepas terseliuh kt buku lali. Sakitnya smpai terasa kt bhgn tumit kaki tu.. bila nk berpijak, rasa mcm pijak atas paku plak rasanya. Huhu
ReplyDeleteKalo terseliuh tu elokla dibawa berurut aisya. Aduuhaii, mmg sakit kalau terseliuh.
DeleteNo hal;)
ReplyDeleteTq mak atas perkingsiannya.
ReplyDeleteKo sakit tumit ke mak?...Alhamdulilah buat masa ni aku tak sakit lagi. Cuma tang lutut tu kalau naik tangga ada berlaga sikit. Harapnya taklah melarat. Susah mak nak ronda shopping mall kang hihi...
Tulah, mmg aku ada sakit tumit ni, buat masa ni aku makan vivix shaklee, lutut aku Alhamdulillah tak sakit dah. Aku ada artritis ikut mak aku, tu yg mudah kena sakit tumit tu.
DeleteKo pun try la vivix tu mak, aku bg harga ahli, konfem lutut ko baik tak sakit dah.
Vivix tu mahallah ....aku tak mampu
DeleteOhhhhh faktor pemakanan pun boleh jadi sebab sakit tumit eh. Nice sharing kak. thanks :)
ReplyDeleteYa syed, kan makanan kita zaman la ni byk sangat bahan pengawetla, itulah, inilah.
DeleteSejak turunkan berat badan..alhamdhulillah masaalah sakit kaki akk hilang. Yelah suplement kena ambil untuk membantu masaaalah sakit kaki..
ReplyDeletebaru baca tadi pasal radang sendi di blog someone. kengkadang kalau sy berdiri lama sngt, sakit juga tumit tu
ReplyDelete