Asam Garam Kehidupan: Berfikir, berzikir, bertindak.

Nuffnang

Pages

18 Jan 2018

Berfikir, berzikir, bertindak.

ToSetiap takdir Allah ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran.

Kalau sesekali Tuhan sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antaranya Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu Kita insaf di atas kelemahan diri Kita, Dia mahu ingat2kan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat. Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar Kita menjadi orang yang lebih prihatin dan bersimpati. Dia juga mahu Kita lebih bergantung dan berharap kepadaNya.

Kalau sesekali Tuhan miskinkan Kita, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu Kita meneliti semula segala tindak-tanduk Kita, apakah Kita sudah melakukan apa2 kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu Kita.

Begitu juga apabila sesekali dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana Kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu Kita ungkai rasa sombong yang bersarang dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat Kita di sisi Nya.

Apabila  berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit2 hati yang masih bersarang di dalam hati kita seperti sombong, pemarah, hasad, dendam dan yg lainnya. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Penyakit2 inilah yang membuatkan Kita tension. Bila tension barulah Kita tahu siapa kita. Kalau sebelum ini nampak lemah- lembut, bila tension kita akan jadi marah2 tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan.

Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan atas kita adalah untuk kebaikan diri Kita. Dia mahu mendidik kita agar kembali kepadaNya sebagai hamba yang diredhaiNya. Agar kita selamat dari kemurkaanNya.

9 comments:

  1. BETUL TU KAK SETIAP APA YANG ALLHA BERIKAN PADA KITA PASTI ADA HIKMAHNYA, CUMA KITA PERLU BERFIKIR DENGAN POSITIF

    ReplyDelete
  2. terima kasih peringatan ni :)

    ReplyDelete
  3. Betullah tu mak.... setiap apa yg berlaku, semua ada hikmahnya. Cuma kita sebagai manusia biasa kadang kadang bertindak diluar kawalan.
    Caranya betullah apa yg ko cakap tu, banyakkan berzikir, isyaallah Allah bantu

    ReplyDelete
  4. syukran...bila diuji dgn musibah, kita bersabar, muhasabah diri...bila diuji dgn nikmat, kita bersyukur..

    ReplyDelete
  5. Mudah2an kita tidak diuji dengan musibah atau sesuatu yang tak mampu kita tanggung.

    ReplyDelete
  6. Bersangka baik Dalam APA jua Allah takdirnya utk kita

    ReplyDelete
  7. Insaf den baco entri ni zimah..
    Kono lihat hati sendiri kan..
    Hitam ke putih..
    😢

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign