Asam Garam Kehidupan: Potong kuku.

Nuffnang

Pages

10 Jan 2018

Potong kuku.

Huhu..itupun nak buat entri ko?
Eh..suko ati den la, blog den kan..hehe.

Korang potong kuku apa? Selasa? Isnin? Ikut suka jer, tak kira hari apa? Eh..takleh le macam tu.

Den ni seboleh- bolehnya nak potong kuku hari Isnin, khamis atau jumaat. Masalahnya menjelang jumaat tu terlupa nak potong kuku, tunggu plak hari Isnin, pun terlupa juga..nak tunggu khamis..kuku dah panjang jenggong kata arwah mak den orang Teganung, yang maksudnya panjang sangat..last2 rasa tak mampu nak tunggu lagi dah macam tadi ( rabu ) terpaksalah dengan berat hati potong juga.

Kata orang, tak taulah mana sumbernya, nak kata dari hadis ke, kata2 para hukamak ke, dari orang2 tua berilmu dulu2 ke..potong kuku hari rabu ni akan memasukkan penyakit ke dalam badan kita dan mengeluarkan sihat. Kalau hari selasa pula akan mengundang bahaya..Wallahu a'lam..

Tapi pada den lah, kita potonglah kuku pada Hari Isnin, khamis dan jumaat seperti yang dianjurkan dan diajar oleh Nabi kita tercinta..sekurang2nya bila Kita tak dapat amalkan Sunnah yang besar2, Kita hidupkan Sunnah yang kecil2 dulu contohnya memakai wangi2an semasa hendak menunaikan solat, mencukur bulu ari2 sebelum tempoh 40 Hari, memakai celak, membaca Bismillah dalam setiap pekerjaan..mudah2an kita tergolong dalam golongan yang menghidupkan Sunnah..
Nail clipper, pemotong kuku..arwah ma punya, masih tajam,meskipun ma dah 6 tahun pergi... masih boleh berbakti kepada aku yang menjadi tuannya sekarang..moga2 jadi jariah buat ibuku tercinta.. 

7 comments:

  1. kadang2 tu saya pun lupa jugak. tau2 kuku dah terlebih suda. hehe. tp mmg akan usahakan utk potong hari jumaat

    ReplyDelete
  2. Kadang2 ikut suka jer, adoiiiiiiii

    ReplyDelete
  3. salam jumaat, jom potong kuku :)

    ReplyDelete
  4. salam Jumaat.

    samalah asyik terlupa. sampai kena tegur dengan anak. aduhh

    http://mommycici.blogspot.my/2018/01/burger-bakar-abang-burn-cheese-lebur.html

    follow sini ye. salam kenal dari Cici

    ReplyDelete
  5. try jgk nak ikut tapi selalu terlupa..
    buang kuku yg dipotong ke tanah..yg ni selalu ingat..

    ReplyDelete
  6. Aku pun selalunya terlupa mak... sudahnya ikut dan hari apa yg ingat hihi... betullah kata ko tu,tak dpt hidupkan sunnah yg berat berat tu, yg simple gini patutnya kita buatlah kan

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign