Takdo idea, kering kontang. Tapi cam rasa lama tak berceloteh kek sini. Ado yang rindu tak?. Takdo? Haha. Perasan je. Eh mane tau kan, kot2 ada silent reader ke..
Nak cakap pasal apa ek? Ermmm..
Kita cakap pasal solat lah ek. Antara perkara pokok yang sangat dipesan oleh nabi dalam khutbah wada' baginda, yang dipesan sungguh2 supaya kita jaga.
Solat tu memang berat tuntutannya kan. Tapi berat tak berat kena buat juga. Sebab yang memerintahkan kita solat tu Dialah yang mencipta kita. Kita hamba Dia. Solat itu tanda kita ada hubungan dengan Dia. Macam kita ada hubungan dengan suami kita, itulah ikatan suami isteri. Bila ada ikatan tu suami yang baik akan bertanggungjawab terhadap kita. Kalau takde ikatan tu nak ke seorang lelaki tu tiba2 bagi kita duit, sediakan rumah, sedia makan pakai secukupnya? Memang ada, tapi dah tentu ada maksud lain. Tapi hubungan kita dengan Allah, memamg Dia Maha Pemurah..kita engkar, kita derhaka, kita buat dosa... tapi tetap juga diberi makan minum, sihat, cantik,...tapi diberiNya atas dasar sifat Pemurah saja, sama seperti yang diberi kepada orang2 kafir sahaja. Jadi tanya balik diri sendiri, apa kelas kalau sama taraf pemberian tu kepada orang kafir sahaja. Sebab Allah dah kata... Dunia ni memang takde harga, takde nilai lansung pada Dia walau seberat sebelah sayap nyamuk pun, sebab tu orang kafir pun dapat malah berlebih2an pula. Kaya raya, hartawan, jutawan.
Tapi kalau kita ada hubungan dengan Dia, dengan kita berusaha menjaga solat kita.. tentulah lain nilai pemberian Allah itu. DiberiNya atas sifat Penyayang. Bahagia tak? Tentulah. Suami sayang pun kita bahagia, kekasih yang belum ada hubungan sah dengan kita pun, dia sayang kita, kita bahagia sampai perasaan tu melayang2 ke langit, inikan pula kalau Allah yang sayang kita. Sebab Kasih sayang Allah tu tidak sama macam kasih sayang manusia. Kasih sayang manusia boleh berubah2. Tapi kasih sayang Allah akan diberiNya syurga sebagai ganjaran, tak nak ke??
Jadi jom kita jaga hubungan dengan Allah dengan cara kita jaga solat kita.
mendirikan solat tanda syukur kepada Yang Esa...
ReplyDeletesejuk mata tengok anak2 kecil solat berjemaah..
best perkongsian ni :)
ReplyDeleteteruskan berceloteh ticer...ni antara silent reader paling setia tunjuk diri :)
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang sangat mengesankan ini. Saya benar-benar beroleh manfaat daripadanya.
Tidak mudah mendirikan solat, kerana Allah SWT sendiri menyatakan bahawa solat itu amat berat melainkan bagi orang-orang yang khusyuk. Moga kita semua digolongkan mereka yang tetap mengerjakan solat..amiinn
Aku pun dah lama tak memblog mak.... tak sempat nak merindu hihi....
ReplyDeleteTerima kasih tazkirahnya mak, syukur kita kan mak masih sihat, dan mampu solat dengan sempurna. Tanpa izinNya tak de daya kita waima nak buka mata pun apa lagi nak solat...
perkongsian yg sgt bermanfaat ni kak Azie... terima kasih :-)
ReplyDeleteDidik anak2 cucu2 kita mendirikan solat dari kecil.
ReplyDelete