Asam Garam Kehidupan: Pening nak bagi nama.

Nuffnang

Pages

17 Dec 2018

Pening nak bagi nama.

Anak saudara baru den, anak adik ipar. Anak nombor 5. Lelaki. Sape nak join contest bagi nama.. haha, takdelah..gurau je.

Maknya tengah penin tu, anak dah seminggu lebih lahir tapi belum kasi nama, takdo idea. Kakak kepada baby nak bagi nama gabungan huruf N dengan Z, yang si mak pak tak kisah asalkan sedap, mudah disebut, ada makna yang baik.
Tulah, den pun cakap juga, tolonglah..tolong bagi nama yang senang disebut, senang dieja. Kesian weyh kat anak tu kat tadika nanti, kesian kat cikgu tadika. Ni den cakap regard tu my pengalaman as cikgu tadika. Makpak nak anak tu pandai tulis nama sendiri, nanti senang masuk darjah 1. So bila tiap kali suruh tulis nama, nanti dorang tanya, " ticer, tulis nama panjang ke nama pendek?" Bila den kata..tulis nama panjang, adalah nanti dengar rungutan.." alaaa.." tak pun kalo dia tak bersungut jawabnya berjanggutla tunggu dia siap tulis nama..bayangkan kalo namanya Muhammad Qaliff Zayyan ke..contoh..atau kalo yang perempuan plak Puteri Qaseh Nur Qaisara ke...memangler lemak berkrim gitew..tapi nama panggilnya pendek jer, tu yang diorang tanya, nak tulis nama panjang ke pendek.
.
Den pun cam adik ipar ni juga masa keluar si bongsu dulu. Nak kasi nama yang berkat, ada makna, senang nak panggil tapi still nice, manis didengar..so jadilah namanya Umar Zikri. Asalnya nak eja zikri tu ziqrie..tapi abah eh tak kasi, takyah nak eksyen lah kato eh. Nak panggil Umar boleh, nak panggil Zikri pun boleh, nak panggil Umar Zikri pun boleh.
Si bongsu yang belum bernama.
Anak dara den dua orang yang tudung pepel dan merah tu, yang rendah sikit lagi dua orang tu kakak si baby atas tu, bersepupula kan..tengah membawang sambil goreng cekodok..anak den Aisyah Humairah, sorang lagi Nadhrah Hannani..sepupu dorang tu sorang Nur Zafirah, sorang lagi Fatini Rauhah..tu trend dulu, gabungan 2 huruf lagi. Sekarang ni dah gabungan 4, 5 huruf..mana tak pening.

4 comments:

  1. Noah Mikael..kikiki nama ni anak saya si adam tu suka benor

    ReplyDelete
  2. Best gak kan, nak sebut pun senang..gabungan nama nabi dgn malaikat😁

    ReplyDelete
  3. Alya semasa tadika dulu, jika cikgu tanya nama, siap bagi nama penuh binti nama bapanya + nama datuk + nama moyang.. Mujur setakat nama moyang Alya jer umi tau, teruk betul uminya kenakan anak.. 🤗🤗🤗

    ReplyDelete
  4. Nuqman Zaki pun N dengan Z. Akak suka Zaki tu heheheh

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign