Asam Garam Kehidupan: Pokok terape.

Nuffnang

Pages

8 Jan 2019

Pokok terape.

Ha, mesti korang yang luar dekrah Terengganu tak pernah dengar nama pokok ni. Sejenis pokok renek yang macam takde pekdah apa2, tapi rupanya punya manfaat yang besar kalau kita tahu macamana nak guna.
Inilah pokok terape. Tolong jangan tanya nama saintifik dia ke, nama lain ke, memang den tak tau. Terape tu yang part 'ra' dia korang kena sebut 'gha' baru betul pronaun dia. Meh den cerito guna dia seperti yang dimaklumkan oleh makcik den yo. First akar dia kita boleh guna untuk buat ubat lelah. Akarnya direbus, airnya diminum.
Ni daun dia, boleh guna buat peram pisang weyh. Seyes menjadi. Den cakap kat suami, kita tanam pokok ni banyak2, buat cam ladang. Daunnya kita jual kat orang menanam pisang. Jadi takdelah guna kabait yang bahaya untuk kesihatan tu. Bagus kan idea den ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Meh den tunjuk bukti. Tengok ni, sebenarnya pisang ni tumbang, buahnya belum tua, tu pasal nampak busuk bila diperam. Caranya kita alas dalam kotak bhgian bawah dengan daun terape ni,letak pisang pastu bhgian atas letak lagi daun ni. Pisang ni boleh masak serentak weyh, tapi tak manis sebab buahnya belum matang. Den amik masa dalam 5 hari lah untuk peram pisang ni. 

13 comments:

  1. Ceq tak pernah dengaq nama pokok ni. Kalau wujud di kampung ceq pun mungkin namanya lain kot hihi...

    Bernas idea tu kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, mgkn lain dwkrah lain namanya.
      Kan, otak akk mmg bernas, wahaha..

      Delete
  2. Dok rajin dengor pokok ning. Kalau napok pong dok kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org2 tua kampung je kenal, saya pun tak kenal kalo tak dibagitau oleh makcik.

      Delete
  3. Asslamualaikum kak, moga beroleh rahmat, keberkatan dan kesihatan yang baik di tahun baru ini.
    Sekali tgk pada daunnya mcm biasa. Mungkin di tempat saya namanya lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, amin2x..trmkasih atas doanya..moga ustaz and family pun sama.

      Ya, sekalu pandang mcm daun rambutan je.

      Delete
  4. camne ni, anak dekrah trg ni x pernah dengar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uk aloh mung ni, wak malu org teganung jah, hehe.

      Tulah, biasa org muda2 mmg tak kenal, biasa org tua2 yg tau.

      Delete
  5. Mungkin kat Johor ni org sebut nama lain .Kalau sebut terape ni rasa nya memang x siapa yg tahu.Kot2 ada banyak kat belakang rumah akak...mana lh tahu kan๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik akk gi check sekarang juga, haha..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Yelah kak, saya rasa tempat lain namanya lain tu.

      Delete
  6. Pokok terape, pokok terape, pokok terape...... tengah hafal nama ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opocot..jangan UA melatah keluar perkataan terape sudah la..hihi

      Delete
  7. Cinfirmlah den tak pernah dengo wei....Bagus gak idea ko tu.... Tokey Terape lah nampaknya ko 5 tahun lagi kan hihi

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign