Teringat pulak nak share masakan dan aktiviti di musim2 pkp nih. Tapi takat masakan biasa2 jelah, lauk2 kampung. Yang penting berjimat cermat dan yang kurang kolestrol. Antara yang menjadi kerisauan tulah dianye..menjadi semakin tembam bak tong drum, betul tak..asyik makan, tido, makan tido..
Ha..yang ni lauk kampung sesangat. Dapat resepi dari kawan.
Jom kita tengok.
PINCUK.
Bahan2.
Tempoyak 3 ke 4 sudu.
Sedikit air.
Ikan yang dibakar tawar.
Cili ikut suka, nak pedas lebihkan cili.
Timun saiz sedang dicincang2.
Cara membuatnya.
Tempoyak bancuh dengan air. Cili tumbuk masukkan dalam tempoyak. Ikan bakar ambil isi masukkan dalam tempoyak. Last masukkan timun yang dicincang, kalau kurang masin tambahla sedikit garam. Ada tempoyak yang memang dah masin tak perlu tambah garam dah.
Hidangkan bersama ikan goreng jer, berjimat cermat di musim pkp nih.
Assalamualaikum...yang ni tak biasa makan lagi...boleh cuba ni...
ReplyDeleteWsalam.
DeleteBolehla cuba, sbb senang tapi sedap
Memang pertama kali dengar pincuk.
ReplyDeleteKan, saya tau ramai yg pestaim dengar ni, hihi.
DeleteMakan dgn nasi panas2..sedap ni..pertama kali jg dgr pincuk..
ReplyDeleteSaya pun baru pestaim buat ni, buat utk sekali makan je ye, sbb ada timun nnt cepat basi.
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteRezeki sentiasa ada walau pun time PKP
Alhdulillah wak
DeleteMenu ganu ke NA?
ReplyDeleteAwat saya tercicir ni? jk masak bening masuk ikan rebus, biasa daa..
Bukan resepi teganu UA, ni resepi org kampung pahang daerah jerantut ni
Delete