Asam Garam Kehidupan: Sambal Roselle makcik.

Nuffnang

Pages

6 Oct 2020

Sambal Roselle makcik.

Mentang2la laki dia tanam roselle kan, pastu asyikla citer pasal roselle..nyampah haku..hehe, janganla nyampoh kat makcik nih..cian makcik jenuh kumpul modal nak citer ni ha..

Jomla kita buat sambal roselle plak nak. Mana tau boleh lawan sambal itam Pahang tu. Roselle ni dia punya masam takleh nak translet camane ntah..tahap gaban kot, tapi sure tinggi vitamin c dia kan. Roselle ni dia punya bentuk, dia punya warna bukan main cantik..Subhanallah..merah hati kaler dia tu nampak macam maniss je..
Ensomi nak tanam lagi tu, girang sangat agaknya hati tengok pokok tu berbuah, tapi makcik kata..cukup2la..penin pale makcik nak mengolahnya, takkan nak buangkan, sayang jugek.

Pikir punya pikir, punya pikir..makcik pun acu try buat sambal. Ala2 sambal itam Pahang kekdahnya.
Kita rebus bagi dia lembut. Roselle ni cepat lembut tau. Asingkan dari airnya. Airnya kita amik buat jus. Kelopak kita amik buat sambal. Ni rasa makcik ada la dalam semangkuk. Lebihnya makcik buat jem.
Ni adunan bawang besar dalam 3 labu, ikan bilis semangkuk, cili setengah mangkuk, garam secukup rasa. Kita goreng sampai garing.
Bila dah garing masukkan kelopak roselle tadi. Kita masak2 lagi sampai kering. Ikutlah nak kering camane, nak basah2 sikit ke..ikutlah selera memasing.
Tadaaa..dah siap. Rasa dia memang ada macam sambal itam tu juga. Belimbing buluh dengan roselle tu setara masmnya, sebab tu rasa dia cam lebih kurang je. Tapi makcik rasa lebih mudah, kalau belimbing tu lama nak kena rebus sampailah kecut jadi warna hitam..roselle ni kejap je rebus dah layu.
Rasa makcikla cam ada je angan2 nak buat perusahaan sambal roselle plak, haha..korang layanla angan2 makcik ni yek.

20 comments:

  1. Ok itu guna buat macam-macam. Rasa mesti macam sambal hitam, warna roselle pun merah hati dan rebus mesti makin pekat warna.
    Saya baca ok sahaja tiada bosan pasal roselle.
    Teringin pula hendak rasa. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Na nak rasa ye, in shaa Allah akk buat lagi, boleh post. Na bagi add kt email akk ye

      Delete
  2. Bolehlah buat bisnes sambal hitam roselle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah wak, mcm teringin juga nak bisnes ni, wak tolong doa yek bagi saya kuat semangat sikit, hihi

      Delete
  3. kalau akak buat bisnes tu, nanti saya ambikkan order dari staf ofis..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, cam best ye ada yg ofer nak tolong ni, in shaa Allah bagi akk plan baik2 sikit. Kikiki

      Delete
  4. Molek sangat idea tu mokcik :p
    Orang sekarang suka mencuba benda2 baru & rare.

    Sy pun boleh jadi agent :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..betul juga tu, kita try benda rare mana tau ada rezeki mokcik ek, hihi

      Delete
  5. Oh! Roselle boleh disambalkan. Interesting!

    ReplyDelete
  6. kreatif nor mesti sedap rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PI suka makan pedas tak? Kalo boleh kak PI bagi alamat ke email saya, saya pos in shaa Allah.

      Delete
  7. Nak acu try test bolet tak? 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, tuan sambal itam pahang dah bunyik, larikkk

      Delete
  8. boleh pelbagaikan produk guna roselle..boleh test market..bg jiran2, kwn2 rasa dulu..mesti ada permintaan..InshaaAllah..

    ReplyDelete
  9. Assalam Azi...akak pun banyak tanam rosel ,x pernah terfikir lak nk buat sambal.Akak nak try juga lah nanti,nak rasa mcm mana hasilnya.Terimakasih kongsi idea menu berasaskan rosel.

    ReplyDelete
  10. wahh rare ni sambal roselle. Tak pernah tahu pun roselle boleh buat sambal selain jus dan jem. Boleh cuba buat ni kalau ada roselle.

    ReplyDelete
  11. menariknya..mesti sedap kan kak zimah :)

    ReplyDelete
  12. Nmpk sedap pulak sambal Roselle Tu zimah..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign