Asam Garam Kehidupan: Imam Malik- "Aku rasa malu menunggang kuda ini..."

Nuffnang

Pages

23 Nov 2013

Imam Malik- "Aku rasa malu menunggang kuda ini..."

Sedari kecil dia berusaha sendiri mencari rezeki. Dia bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang berada. Pernah dia menjual kayu bumbung rumahnya yang gugur bagi memenuhi keperluan hidupnya.

Ujian kesulitan dan kesempitan hidup itu merupakan didikan lansung dari Allah dalam membentuk peribadinya yang mulia. Walaupun hidup susah, dia tidak pernah mengeluh apalagi meminta-minta. Baginya cukuplah Allah sebagai penolong dan sebaik-baik pelindung.

Itulah peribadi Imam Malik rhm. Setelah dewasanya dia menjadi seorang yang tawadhuk dan pemurah. Lebih-lebih lagi sebagai ulama yang terkenal, beliau sering menerima pelbagai hadiah dari orang ramai, termasuk dari Khalifah Abu Jaafar Al Mansur dan Khalifah Harun Al Rasyid.

Imam Malik tidak mensia-siakan nikmat Tuhan yang diperolehinya itu. Wang dan harta-hartanya dibahagi-bahagikan kepada orang ramai, terutama kepada fakir-miskin yang benar-benar memerlukan. Tanpa dilantik sesiapa, beliau berperanan sebagai bank kepada masyarakat.

Tawadhuknya pula amat ketara. Pernah tercatat suatu peristiwa tatkala seorang muridnya menziarahi beliau. Murid itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Syafie yang ketika itu masih kecil. Terpandang Imam Syafie akan seekor kuda sambrani tertambat di hadapan rumah gurunya. Kuda itu rupanya hadiah daripada seseorang kepada Imam Malik.

Tiba-tiba terpacul Imam Malik dari rumahnya. Sambil tersenyum Imam Malik berkata," Kuhadiahkan kuda ini buatmu."

Imam Syafie terkejut lalu berkata," Terimakasih wahai Imam, tetapi ambillah ia buat kegunaan tuan."

Kata Imam Malik, " Tidak. Demi Allah, saya rasa malu menunggang kuda ini dengan menginjak-nginjakkan kakinya di atas bumi, di mana di dalamnya ada jasad Rasulullah."

No comments:

Post a Comment

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign