Asam Garam Kehidupan: IMAM ABU HANIFAH...diracun

Nuffnang

Pages

4 Oct 2013

IMAM ABU HANIFAH...diracun

sambungan kisah Imam Abu Hanifah..moga memberikan kita kekuatan jiwa dalam memperjuangkan Allah dan Rasul.

Pada tahun-tahun akhir kehidupannya iaitu ketika Bani Abbasiyah telah mengambil alih pemerintahan, Imam Abu Hanifah telah dipilih untuk memegang jawatan ketua Perbendaharaan Negara ( Baitul Mal ). Tetapi beliau menolaknya hingga Gabenor Yazid bin Amr yang sewaktu itu menjadi Gabenor di Iraq merasa tidak senang.

Pada ketika lain, Yazid menawarkan jawatan khadi kepada Imam Abu Hanifah, tetapi juga ditolak, sebagaimana beliau menolak jawatan yang sama yang pernah ditawarkan oleh Khalifah Marwan.

Yazid memanggil para alim ulama terkemuka Iraq. Imama Abu Hanifah juga diundang tetapi beliau tidak hadir. Yazid menyerahkan jawatn-jawatan penting kepada alim ulama yang hadir. Kata Yazid, "Kalau Imam Abu Hanifah tidak mahu menerima jawatan yang diberikan kepadanya, dia akan dipukul." Ancaman Gabenor disampaikan kepada Imam Abu Hanifah, namun pendiriannya untuk tidak menerima sebarang jawatan tidak berubah.

Gabenor tidak dapat lagi menahan marahnya. Imam Abu Hanifah ditangkap dan dimasukkan ke penjara. Beliau dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 110 kali sebatan. Apabila hukuman itu tidak juga mengubah pendirian Imam Abu Hanifah, beliau dibebaskan.

Waktu terus berlalu. Teraju pemerintahan bertukar tangan. Namun pemerintahan Iraq terus menawarkan jawatan penting negara kepada Imam Abu Hanifah. Tetapi beliau tetap juga menolak. Kemuncak daripada usaha-usaha itu, Imam Abu Hanifah dipenjara lagi.

Beberapa lama dalam kurungan, gabenor memanggilnya ke istana. Untuk beliau dihulurkan segelas air yang bercampur racun. Gabenor memaksanya meminum air itu.

Selepas meminum air itu, Imam Abu Hanifah dihantar semula ke penjara. Sejurus selepas itu, kematian pun datang menjemputnya, pada usianya 70 tahun ketika itu.

2 comments:

  1. ni kena baca dr awal ni...thank you..ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila..sila..kisahnya sangat menarik dan menyayat hati juga

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign