Saya nak sharekan di sini, hasil mendengar satu kuliah. Mudah2an bermanfaat kepada sesiapa saja yang nak mengamalkannya.
Buatlah dengan yakin dan penuh pengharapan kepada Allah, mudah2an Allah permudahkan sampai jodohnya.
Apa yang perlu dilakukan, buatlah solat hajat 2 rakaat, dalam sujud akhir baca ayat 24 dari surah Al Qasas sebanyak 17 kali.
اللهم اني لما انزلت الى من خير فقير
Maksudnya..Ya Allah, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.
(Allahumma inni lima anzalta a'laiya min khairin faqir- saya tuliskan dalam ejaan rumi, tapi sebaiknya buka Al Quran untuk tahu lebih tepat panjang pendek bacaan dan makhraj huruf ye)
Ayat ini dibaca oleh nabi Musa as semasa baginda sedang duduk di bawah pohon dalam keadaan penat dan lapar setelah menolong anak perempuan nabi Shuaib memberikan binatang ternak mereka minum air dari satu perigi.
Bolehla dengar kuliah dari mana2 untuk mendapatkan cerita sepenuhnya.
Boleh juga amalkan mandi dengan 7 jenis bunga yang berlainan warna dan bau. Ini tiada kaitan dengan unsur khurafat dan jin ye. Sebab bunga memang ada auranya sendiri, yang in shaa Allah dapat membuang aura2 negatif yang ada dalam badan kita. Just hancurkan bunga dalam air dan mandi. Kalau nak lebih wangi campurkan sedikit minyak wangi 1000 bunga. Orang yang dah berkahwin pun boleh buat bila badan tu rasa lesu tak bermaya untuk mengembalikan kesegaran. Nak lagi bagus, campur dengan ketulan2 ais buat berendam, lagi power in shaa Allah.
Moga bermanfaat.