Asam Garam Kehidupan: Bagaimana hidayah dan taufik ditarik semula.

Nuffnang

Pages

8 Apr 2014

Bagaimana hidayah dan taufik ditarik semula.

Hidayah dan taufik kalau tidak pandai menjaganya ia akan diambil semula dari kita. Jika terjadi begitu, hidup kita jadi terumbang-ambing, huru-hara, tiada disiplin, tiada istiqomah, malas beramal, pandang ringan dengan maksiat, jiwa derita dan sengsara walaupun ada kekayaan yang menimbun. Di antara sebab kenapa hidayah dan taufiq boleh ditarik semula.

1.   Kita derhaka dengan guru kita yang pernah memberi tunjuk ajar dan kita lari dari pimpinannya. Di waktu ini kita kehilangan pimpinan yang selama ini selalu memberi panduan dan ilmu kepada kita.

2.   Derhaka kepada dua ibu bapa,kita sia-siakan mereka, kita biarkan ibu bapa tidak terurus hingga terabai kebajikan keduanya. Dan perbuatan kita ini menimbulkan rasa marah dan tidak redha mereka terhadap kita.

3.   Apabila jiwa kita mula terpengaruh dengamn dunia, membuatkan ibadah jadi tidak seronok atau mula rasa berat mengerjakannya. Waktu ini hidayah dan taufik perlahan-lahan luntur dan mula cuai, halal haram mula dipandang ringan. Akhirnya rasa takut dengan Tuhan perlahan-lahan dihakis dari hati kita dan akhirnya hilang semuanya sekali.

4.   Menzalimi orang lain. Dengan sebab menzalimi orang, ( pecah amanah, fitnah dsb ), rasa takut dengan Tuhan dan rasa berdosa sedikit demi sedikit dicabut.

5.   Mula bergaul bebas dengan orang yang tidak menjaga syariat. ( lainlah kalau kita berniat untuk membimbing mereka ). Kemudian terus rasa seronok dengan kebebasan itu, seronok dengan maksiat dan kemungkaran, dan berbangga malah menghebahkannya. Takut dengan Tuhan pun lenyap dari hati.

Perlu diingat , hidayah dan taufik tiada galang gantinya, seperti barang yang berharga umpama emas, intan berlian ia boleh hilang. Barang yang hilang dari kita, susah hendak memilikinya semula melainkan terpaksa berhempas pulas mencarinya. Kalau tidak ia akan terus hilang dari kita buat selama-lamanya.


ihsan google

4 comments:

  1. Peringatan buat semua ni Azie. Moga kita kuatkan iman agar hidayah dan taufik yg Allah berikan tidak ditarik balik.

    ReplyDelete
  2. semoga kita tidak tergolong didlmnya ...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign