Asam Garam Kehidupan: Bau....

Nuffnang

Pages

16 Apr 2014

Bau....

Letihnya badan ni ya Allah, rasa nak tidur balik selepas anak-anak dah pegi sekolah tadi, tapi saya dah 'haramkan' diri saya tidur selepas subuh atau tidur awal pagi..taknak hilang berkat hidup. Tapi Alhamdulillah sesangat sejak saya aktif ( aktif la sangat..) berblog ni, nilah ubat hilangkan ngantuk saya ( hari ni saya cuti ).

Semalam semasa menunggu kedatangan kawan di stesen bas depan JPN, datang sorang pakcik, mungkin nak tunggu bas la kan. Saya mula cuak, sebab dari jauh nampak muka dia tersengih je ( rupanya memang muka dia camtu sebab giginya dah jarang-jarang ). Dia bertanya dengan sepatah perkataan je, beberapa kali saya dok 'apa..apa' sebab tak faham. Rupanya dia tanya bas. Pakcik ni berseluar jean lusuh dengan kemeja kotak-kotak. Saya tak tau pakcik ni melayu atau indon..

Tapi yang sangat tidak menyenangkan saya selepas itu ialah..baunya. Ya, hancing sesangat!. Saya cuba bertahan kat situ. Kemudian di keluarkan rokok, MasyaAllah bercampur-campur bau hancing dan asap rokok...membuatkan saya menahan nafas.

Tapi saya mengalah, tak boleh bertahan dah, tarik tangan Umar Zikri pergi agak jauh dari situ.

Bukan nak sangka buruk, tapi kalau kencing betul-betul di tandas dan basuh, mana ada bau sampai camtu sekali. Dulu kawan pernah cakap, jangan beli aiskrim cedok-cedok yang orang jual kat motor tu, sebab apa tau..diorang pun ada yang tak basuh kencing, Wallahu'alam...

8 comments:

  1. mungkin golongan sebegini perlukan pembelaan dan sokongan kut, tapi apa pun wallaua'lam kan.. nak bantu lebih2 pun tak tau nak bantu camna

    ReplyDelete
  2. kalau nampak betul-betul dhaif tu InsyaAllah

    First impression tu kadang kita dah ada rasa, tapi entahla..saya kot cepat sangat ada rasa tak senang..

    ReplyDelete
  3. Kesian tapi sayangnya kalau bab isitinja' tak diambil berat macam manalah hidupnya..

    Azie ni buat kakak takut nak beli aiskrim cedok-cedok tu tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kzakie, ramai yg tak amik berat bab istinja' ni, kadang tu terperasan ada je yg selamba pegi tepi2 semak2...

      cuba kzakie fikir lojiknya la kan, kalau tengah bawak motor tu nak terkencing agaknya sanggup ke diorang cari tandas, tapi mungkin tak semua, saya dulu nak beli siap minta dia basuh tangan dulu.

      Delete
  4. ish... tak terbayang macam mana baunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya duduk lebih kurang semeter dari dia, boleh bau, kalau dekat tak taula camane..

      Delete
  5. Nak kemana la pakcik tu ye, naik bas nanti berbau la. Emak saya pesan jangan beli aiskrim cedok tu. Lama tak makan aiskrim pun dah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dia tunggu bas.

      hi hi, tau jugak pasal tak basuh kencing tu? Kalau nak beli, beli aiskrim mangkuk atau yg ada batang je.

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign